Jumaat, 17 Oktober 2008
KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah, di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, menegur seorang pelajar perempuannya berhubung kelewatan menghantar tugasan diberikan, terutama kandungan kata-kata kesat 'Gila Babi' yang diconteng pada kerja kursus yang dihantar.
Tidak cukup dengan insiden di dalam kelas itu, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang dikatakan masih belum berpuas hati dengan teguran guru berkenaan, dikatakan memanggil beberapa lagi rakannya dari kelas lain untuk membalas dendam.
Mereka kemudian 'menyerang' dan membuat kacau di kelas terbabit ketika Azahana yang juga guru mata pelajaran Fizik itu sedang mengajar, sehingga memaksa mangsa lari menyelamatkan diri ke bilik guru.
Azahana ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dengan alasan bimbang ia akan mendatangkan kesan termasuk diserang sekali lagi oleh kumpulan pelajar terbabit.
Bagaimanapun, Azahana yang masih fobia dan ketakutan ketika ditanya mengaku ditendang pelajar perempuan terbabit pada perut. Dia kemudian lari menyelamatkan diri ke bilik guru, sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.
Difahamkan, Azahana baru saja berpindah ke sekolah berkenaan pada awal tahun lalu dari Johor, selepas menghadapi masalah kesihatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Mohd Yusof Diah, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menegur salah seorang pelajar perempuan dari tingkatan dua berhubung kelewatannya menghantar tugasan kerja kursus.
Pelajar terbabit dikatakan tidak dapat menerima teguran sehingga menyebabkan berlaku kekalutan, sebelum mangsa ditendang dua atau tiga kali pada perut.
"Sehingga kini, kes masih disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.
Sumber: berita harian online
9 comments:
cukup sedih ana baca bila seorg pelajar sggup memperlakukan begitu pd seorg guru... :(
mmg sdh + geram sgt nur... ape a nk jd kt budak2 sekolah skang ni, beto la cg pon kena belajar seni mempertahankan diri jg, kurang2 tau elak mengelak bila diserang xpe dh.
igt dye tuh raje ker arh ?
naa wat chegu camtuh ?
taa hormat chegu langs0ng !
kalu ta na kene teg0r ik0t laa arahan !
mengade ngade t0wl .
ish ish ..
kesian chegu tuh .
**** sngguh si pelajar tuh ! :)
p/s : adik2 , kakak2 , abg2 ..
len kali hormat laa chegu anda !
kalo naa enjoy pown jgn smpai lupe diri .
smpai chegu pown hang naa blasah !
apa punya plajak laa hang nie .
hihi ! :)
kalu kiter dulu...bkn main hormat lagi kat cikgu...kalu time cikgu marah..nk pandang pun takut
piz...
agaknya untuk sebuah perjalanan yang jauh, yang sukar dan meletihkan ini...itulah mahar yang harus di bayar oleh seorang guru.....
bukan sedikit pedih yang raih....
Ya Allah, ampunilah dosa murid-muridku....sesungguhnya mereka tidak 'mengetahui'....
maria...
yo la che', zmn kito mulo gak cg behe pon senyap jh, abis2 nnitik air mato... huhu. konpem x royak dh ko mi nga abah, takut blh koho sedap, baik kito senyap.
khamleng
beto moksu... meme namo cikgu ni keno banyok berkorban, sabar la mcm2 la... mahal sungguh mahar ni ke moksu. kenut nkak.
ambo takut a nk keno posting mano xtau moksu wei... huhuhu
yela,,budak sekarang mmg dah terlampau kurang ajar,,
tapi time kami form 5 dulu ckgu kami selalu bagi tutol pecuma kat kami,,
tapi kami suka,sedih n kesian kat ckgu kami 2,dapat anak murid yg degil mcm kwn2 kami"kami x t'masuk"
ape pulak nye??
kalo cekgu perangai tak elok tak salah kan bagi sedikit tunjuk ajar?
cekgu bukan malaikat.
ade salah ngan silapnye jgk..
kalau cekgu sendiri taknak mengalah bile bertengkar ngn murid, bukanlah ciri2 educator name nye tuh,,,
so dalam soal ini kedua2 blh phak la yg bertangggungjwb, n sbagai cekgu, kene la bertimbang rasa sikit...
Post a Comment