Saturday, August 16, 2008

Gelagat 5 Arif

Assalamualaikum... Di sini saya paparkan gelagat anak-anak murid saya dari kelas 5 Arif. Bermacam gaya dan telatah yang ditunjukkan oleh mereka ini, kadang-kadang tu pening juga, tp saya seronok bersama mereka...


Seronok juga mengajar budak-budak sekolah rendah ni, banyak benda juga yang boleh saya kongsikan bersama mereka ini... contohnya, pengalaman saya semasa kecil, semasa belajar, cerita-cerita kartun dan permainan-permainan... Kalau bersama dengan budak-budak besar, lain pula caranya.

Di kesempatan ini, sempena cuti sekolah selama seminggu ni, cikgu nak ucapkan selamat bercuti kepada murid-murid 5 Arif ni..., selamat balik kampung, ingat ye jangan main terlebih-lebih pulak, homework yang cikgu bagi tu harap dapat disiapkan ye, kalo tak siap... emmm tunggulah "hadiah misteri" yang cikgu janjikan tu ye... Hemmm...



Bacaan puisi daripada Anis, Azza, Wardah, Faiz & Aizuddin...
Budak-budak lelaki ni pemalu betul la!

Mohd Afdhal

Juga tidak lupa cikgu ucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya kepada adik Afdhal kerana akan berpindah ke sekolah lain di Pahang, semoga sahabat kita ni akan memperoleh kejayaan di sekolah barunya nanti. Jangan lupakan kami Afdhal... Kalo makan coklat crisphy tu ingat-ingatkan cikgu ye... :)


piz: hoho, pening wei aku mengajar budak2 nakal ni, BI plak tu... kadang2 lawan tokey pn ade budak nih! Tp yg besnye aku blh bermain sekali... hehe




0 comments: