Wednesday, April 30, 2008

Murabbikah Aku...?

Bismillahirrahmanirrahim...

"Murabbikah Aku...?" dijadikan sebagai tajuk utama kepada blog ini.

Pabila kuhayati kembali maksud "Murabbi, Guru atau Cikgu atau Pendidik" ini secara umum, ianya memang bersesuaian untuk semua orang... Tetapi apabila direnungi kembali maksud "Murabbi" secara khusus ini, adakah bersesuaian dengan sifat aku ini??

Maka dengan sebab itu aku terfikir-fikir, apakah betul pilihan yang aku telah bulatkan ini?

Entahlah..., tapi semasa aku mendapat tawaran mengikuti kursus ini hati dan perasaan aku amat gembira dan lega sekali, kerana usaha yang aku buat selama ini akhirnya tercapai jua... Jua berkat daripada doa Mi dan Abah aku yang tidak putus-putus agar anak-anaknya ini berjaya dalam hidup bahkan selalu pula memohon agar diriku dan adik beradikku yang lain berjaya menjadi seorang pendidik... Yang pasti apabila aku berjaya mendapat tawaran ini, mereka berdua inilah yang paling gembira dan bahagia...

Untuk itu aku amat berharap agar keputusan aku ini untuk menjadi seorang Pendidik adalah merupakan keputusan yang betul dan tepat...

2 comments:

Unknown said...

Murabbi - adalah satu pengiktirafan yg diberikan ke atas seseorang oleh orang lain dan bukannya satu pengakuan seseorang. Murabbi tidak pernah mengaku dirinya murabi sepertimana seorang wali yg tidak pernah menyedari kewaliannya.

piz said...

ooo gtu...
patutla, jarang org menggunakan perkataan "murabbi" ni...
biasa guna mua'llim/ah dll...
Sbnrnye smlm, duk pk2 cr idea nk wak tajuk ni... mula2 nk wak "Gurukah Aku...?", tp mcm x bes, tetiba adik plak bg idea buat murabbi je...

Jd rasanye x sesuai la penggunaan murabbi ni ye GB, nnt nk pk smula la, GB ada idea x?