Saturday, November 26, 2011

Salam 1 Muharram 1433H




post signature Sempena 1 Muharram ini, saya cuba untuk memulakan langkah bagi mengembalikan semula blog pizmache yang hampir dua tahun tidak tercoret langsung catatan yang berlaku sepanjang tempoh itu... Entah lah, sejak berpindah dari bumi Tegelam, Sarawak hampir dua tahun yang lalu... semangat saya untuk mencoret kisah-kisah kehidupan terus hilang begitu sahaja... InsyaAllah nukilan pertama sempena Ma'al Hijrah ini akan dijadikan sebagai pemangkin bagi meneruskan ketukan jari saya pada kekunci "notebook" ini... Kepada teman-teman blogger yang lain, diharap kita akan terus bersama menggiatkan diri kembali sebagaimana di awal penubuhan blog-blog kita sewaktu dahulu... InsyaAllah... ;)