Jom bersedia nk gi semelih esok nih... Binatang yg suka berkorban ialah Lembu dan kambing! Syabas :D
Sunday, December 7, 2008
Selamat Tinggal PC
Selamat tinggal Pengkalan Chepa, selamat tinggal Padang Tembak, dan Selamat Tinggal IPKB, banyak kenangan yang aku himpunkan selama hampir setahun aku begelar pelajar di IPKB ini. Akhirnya niat aku selama ini untuk merasai suasana pembelajaran di sebuah maktab atau institut ini berjaya juga aku realisasikan.... Syukur Alhamdulillah.
Selamat tinggal juga aku ucapkan kepada teman-teman seperjuangan, banyak perkara yang aku pasti takkan lupakan, dari hari pertama aku menjejakkan kaki masuk ke IPKB dan melangkah keluar dari IPKB ini. Semoga setiap langkah dan niat kami untuk menuntut ilmu di sini diberkati dan dapat diaplikasikan bersama bakal anak didik kami nanti...
Terima kasih kami ucapkan kepada semua, kepada semua pensyarah, kakitangan IPKB, pakcik2 dan makcik2 yang sering mambantu dan melayan karenah yang pelbagai ini... Jua kenangan selama hampir dua bulan menjadi tetamu istimewa asrama maktab ini takkan kami lupakan sampai bila-bila... Betapa banyak sungguh dugaan dan ujian yang terpaksa kami tempuhi selama menjadi pelajar di sini...
Guano piz, mu puas hati doh ko, tempoh setahun tamat doh ni... Ho la aku bahagio sangat2 la ni, tapi aku tak tau la nok kata gumbira sangat ko sedih sangat... ape pun aku bersyukur di atas nikmat pemberianNya... Buat semua, Tahniah ye...
Monday, December 1, 2008
Majlis Perpisahan
Kata-kata nasihat dan dorongan dari Puan Siti sebagai tutor, dan Puan Suwaibal sebagai pensyarah Matematik memberi semangat dan kekuatan kepada kami untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa besar dan mampu mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, walau di mana kami ditempatkan.
Kepada semua sahabat seperjuangan Chief Arif, Din, Pok, Ustaz, Helmi, Fadli, Shahril, Miji, Maria, Tie, Nurul, Wani, Baby, Raihan, Siti, Kak Ayu, Tusi, Ilya, Dian, Yuzi, Sue, Yan dan Kak Je teruskan perjuangan kita, hayati sokmo lagu "Guru Malaysia"...
Tinggal beberapa hari lagi aku berada di bumi IPKB nih, tak sabar pula aku nak habiskan kursus KISSM ni, letih juga rasanya... Apapun semoga tugasan dan peperiksaan KISSM pada hari Sabtu ini akan tamat dengan sebaik-baiknya. Aku nak lulus je...
Friday, November 28, 2008
Selamat Pengantin Baru
Salam kasih sayang buat Lin & Ina dari BaytRahmah...
Pagi ni layan blues skit, terasa sedih dan sayu pulak... :(
Saturday, November 22, 2008
Perjalanan Ini...
Bukan apa, kekadang kemalasan yang sering menjadi tabiat aku ni selalu mencengkam rasa sedikit kerajinan yg ada (rajin ke aku ni??). Kalau ikutkan banyak benda aku nak bercerita di sini, tapi kerana sifat kemalasan lebih banyak dr sifat kerajinan ni, jadi aku simpulkan dan pendekkan sahaja cerita aku ni...
Pertama-tamanya, syukur Alhamdulillah, aku akhirnya telah menamatkan kursus yang aku jalani selama setahun ini, bermula dari Januari 2008 sehingga November 2008. Peperiksaan akhir pun telah selamat aku duduki dari 3 sehingga 5 November baru-baru ini. Perasaan aku masa tamat peperiksaan akhir tu rasanya lebih kurang macam budak-budak yang tamat peperiksaan UPSR lagaknya. Hohoho... Ya la hakikatnya aku gembira la, sebab dapat menghabiskan pengajian aku ni dengan selamat, walhal keputusan peperiksaan belum diketahui... Ni aku tawakkal je la, harap-harap kami semua lulus dengan baik.
Untuk pengetahuan juga, sekarang budak-budak sekolah sedang bercuti akhir tahun, seronok juga jadi budak sekolah ni, lama betul dorang cuti ni, ingat zaman aku sekolah dulu, kalau cuti memang buku langsug tak disentuh, hari-hari mengadap tv, baca komik ngan main, lebih-lebih lagi musim hujan, seronok tu... Agak-agaknya boleh tak aku praktikkan kembali kepakaran aku bermain pada musim cuti skolah ni sekarang?? Hehe ada hati mu piz!!
Masa cuti sekolah juga, semua kroni aku pulang ke rumah aku ni, kalau hari biasa hanya dengar suara beberapa orang sahaja, sekarang ni lebih dari 15 orang kat rumah aku ni... dengan suara anak-anak buah aku la yang paling riuh sekali. Memang seronok ramai-ramai ni, tapi kadang-kadang geram juga, menganggu ketenteraman aku yang sentiasa malas ni...
Dalam pada itu, keluarga kami juga bakal mendapat ahli keluarga baru, bila mana adik aku bakal menamatkan zaman bujangnya pada 28 November nanti, bertambah lagi sorang ahli keluarga aku. Lepas tu, InsyaAllah penghujung Jauari 2009 ni atau awal Februari, abang aku pula bakal menimang cahaya mata yang pertama... bertambah lagi sorang anak buah aku yang sekarang ni berjumlah empat orang tu. Seronok juga kami ni...
Namun, walaupun aku dah tamat pengajian dan sedang menunggu surat penempatan aku yang berkemungkinan akan diketahui pada bulan Disember ni, aku wajib pula menduduki 2 kursus wajib. Kursus pertama selama 5 hari kat Besut, telah selamat aku sertai. Sekarang ni kursus terakhir selama 3 minggu sedang aku bertungkus lumus untuk menghabiskannya. Penat juga la, letih duk mendengar sehingga tu kadang-kadang boleh pulak aku tertidur dengan nyenyaknya... huhu... nak buat macam mana tindakan tidur ni susah nak disekat-sekat, dah puas makan gula-gula, letak minyak cap kapak kat mata, celik-celik mata, semua dah aku usahakan, akhir sekali terpaksa tidur juga walaupun sekejap! Kesian juga kat penceramah kat depan tu, tapi nak buat macam mana, dengan suasana sejuk, hujan pulak tu lagi la lena... hehe.
Tak sabar aku nak menamatkan benda-benda ni semua, semuanya meletihkan aku je. Tapi yang aku rasa amat pilunya dan terasa sampai ke hari ni, apakah hubungan persahabatan kami setakat ini sahaja... entahlah, aku sebenarnya dah lama sangat memendam perasaan kecil hati aku ni, sehinggala berlaku apa yang terjadi sekarang ini... Macam-macam la mu piz... habiskan dulu semua kursus tu barula mu bulih gumbira ke ape ke... Cuba mu belajar bersyukur piz!
Monday, November 10, 2008
Sang Murabbi
Penyanyi: Izzatul Islam
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Lirik dari YoHang
Sayu bila menghayati lirik dan lagu Sang Murabbi ini... Sememangnya seorang murabbi itu merupakan seorang guru, seorang mu'allim dan merupakan tingkat yang tertinggi yang sukar dicapai oleh seorang guru biasa... Seorang Murabbi sanggup berkorban jiwa dan raga, sanggup berdepan cabaran dan dugaan, sanggup menempuh segala mehnah dan ikhlas mendidik jiwa-jiwa yang amat memerlukan bimbingan dan didikan dari mereka ini...
Murabbikah aku...??Friday, October 24, 2008
Pasukan Bola Keranjang
Jamuan ringkas yang disediakan oleh ahli perempuan pasukan bola keranjang.
Tak pernah aku terfikir untuk menyertai pasukan bola keranjang ni. Kalau masa sekolah dulu setakat badminton dan bola baling tu memang aku main. Tak sangka pulak aku boleh jadi pemain bola keranjang kat sini, teringat aku watak kegemaran aku, Hanamichi Sakuragi dalam anime Jepun "Slam Dunk"... hehe...
Friday, October 17, 2008
" Pelajar Tendang Guru", Apa Sudah Jadi?
Jumaat, 17 Oktober 2008
KANGAR: Seorang guru di sebuah sekolah menengah, di sini, mendakwa diserang sekumpulan pelajar termasuk diterajang berkali-kali pada perut oleh salah seorang daripada mereka di dalam bilik darjah sekolah terbabit, di sini, pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, menegur seorang pelajar perempuannya berhubung kelewatan menghantar tugasan diberikan, terutama kandungan kata-kata kesat 'Gila Babi' yang diconteng pada kerja kursus yang dihantar.
Tidak cukup dengan insiden di dalam kelas itu, pelajar perempuan berusia 14 tahun itu yang dikatakan masih belum berpuas hati dengan teguran guru berkenaan, dikatakan memanggil beberapa lagi rakannya dari kelas lain untuk membalas dendam.
Mereka kemudian 'menyerang' dan membuat kacau di kelas terbabit ketika Azahana yang juga guru mata pelajaran Fizik itu sedang mengajar, sehingga memaksa mangsa lari menyelamatkan diri ke bilik guru.
Azahana ketika ditemui bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dengan alasan bimbang ia akan mendatangkan kesan termasuk diserang sekali lagi oleh kumpulan pelajar terbabit.
Bagaimanapun, Azahana yang masih fobia dan ketakutan ketika ditanya mengaku ditendang pelajar perempuan terbabit pada perut. Dia kemudian lari menyelamatkan diri ke bilik guru, sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.
Difahamkan, Azahana baru saja berpindah ke sekolah berkenaan pada awal tahun lalu dari Johor, selepas menghadapi masalah kesihatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Mohd Yusof Diah, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menegur salah seorang pelajar perempuan dari tingkatan dua berhubung kelewatannya menghantar tugasan kerja kursus.
Pelajar terbabit dikatakan tidak dapat menerima teguran sehingga menyebabkan berlaku kekalutan, sebelum mangsa ditendang dua atau tiga kali pada perut.
"Sehingga kini, kes masih disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.
Sumber: berita harian online
Bicara Buku (8)
Judul Buku : Seluhur Budi Guru
Penyusun : Azman Ahmad
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bil. M/S : 202
Harga : RM 20
Terbitnya buku ini melambangkan usaha murni para guru dari Johor dalam memartabatkan profesion perguruan mereka dalam masa yang sama memartabatkan kesusasteraan Melayu di Malaysia.
Antara yang terkandung dalam kumpulan certot ini adalah kisah-kisah guru yang berhadapan dengan pelbagai kerenah para pelajarnya yang melucukan dan menyayat hati. Ia menampilkan keprihatinan guru-guru pada kemajuan pelajaran pelajar dan usaha mengatasi masalah mereka. Selain itu, buku ini turut menyentuh peristiwa yang menyentuh hati pada Hari Guru dan perpisahan yang berlaku.
Diharapkan buku yang memaparkan suka duka tugas sebagai guru ini mampu membuka mata masyara kat berkaitan kemurnian profesyen ini dan keindahan nilai kesusasteraan Melayu.
Setelah membaca kesemua kisah-kisah yang dipaparkan di dalam buku ini, saya masih tertanya-tanya, mampukah saya menghadapi suasana dan cabaran sebegini rupa? Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang guru yang betul-betul guru. Sementalahan lagi saya yang hanya megikuti kursus perguruan selama setahun sahaja, berbanding dengan guru-guru yang betul-betul mengambil bidang perguruan dan pendidikan sebelum ini. Namun saya amat berharap dengan ilmu yang kami timba selama setahun di institut perguruan ini mampu menjadi panduan kepada kami untuk meneruskan khidmat kami di bidang pendidikan ini.
Baiklah berbalik kepada buku " Seluhur Budi Guru", banyak kisah yang dipaparkan mampu menyentuh jiwa saya. Antara tajuk certot yang amat mengharukan saya ialah Hadiah Guru, bagaimana seorang murid sanggup untuk berjalan kaki dari rumah ke sekolah semata-mata untuk menyimpan duit sebanyak 20 sen untuk dihadiahkan kepada gurunya sempena Hari Guru... huhuhu sungguh mulia hati seorang budak.
Selain itu kisah "Cikgu Yusuf Menyiasat" juga memaparkan kisah kebijaksanaan seorang guru dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Kisah ini bermula apabila seorang murid mengadu duit yang dibawanya sebanyak RM100 telah hilang. Dengan kebijaksanaan guru dan penggunaan rotan mampu menyelesaikan masalah kehilangan duit, peras ugut, dan kisah pelajar yang bekerja semasa waktu sekolah semata-mata untuk mendapatkan duit dan membeli barang-barang yang tidak bersesuaian dengan seorang pelajar sekolah. Moralnya, penggunaan rotan masih relevan digunakan pada ketika ini, ia merupakan satu alat yang sesuai digunakan bagi mendisiplinkan seorang pelajar.
piz: Apabila aku mebaca kesemua kisah guru di dalam buku ini, makin menguatkan semangat aku untuk menjadi seorang guru, seorang murabbi yang mampu mendidik bukan hanya mengajar murid-murid itu semata-mata... InsyaAllah...
Sunday, October 12, 2008
Dari GM kembali ke PC
Seminggu pertama berada di maktab, hanya kelas AP sahaja yang aku perlu hadiri. Lepas tu sukan olahraga, aku terpaksa menghabiskan ujian lompat jauh aku yang sebelum ni tak sempat aku habiskan. Dengan tiga kali percubaan barulah aku lulus ujian ni... ye la, dah lama rasanya aku tinggalkan lapangan olahraga ni sejak menjalani praktikum ni. Teringat pula permainan yang aku suka sukan bola keranjang, seronok juga main.
Aku cipta sejarah pula, minggu pertama kat PC nih aku tak pulang ke Mache... sebenaryna aku dah kemas semua barang-barang aku nak balik, tetiba aku rasa malas pula... Biarla, sekali sekala aku duk melepak kat PC ni ok juga! Tapi semalam aku rasa keputusan aku tak balik ke Mache tu memang silap la, sebab tetiba je aku rasa nak mengamok dan mudah terasa pulak! Bila aku fikir, rupa-rupanya yang menjadi punca utamanya sebab aku tak kelik ke Mache... ish... ish...ish...
piz: Ape la mu ni piz, baru tak kelik sekali dah mengamok, ape a!! Konon nak jadi murabbi, sanggup dihantar ke mana sahaja!! Hohoho...
Sunday, October 5, 2008
Selamat Kembali Ke Sekolah
Wednesday, October 1, 2008
Selamat Hari Raya
Di kesempatan 1 Syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri buat semua rakan-rakan terutama dari blog GB dan sahabat-sahabat yg selalu mengunjungi saya di sini iaitu Che', Alam,Ijad dan Moksu. Tak lupa ucapan ini ditujukan buat semua guru-guru di SKSW, Gua Musang, rakan-rakan sekelas, serumah dan seasrama, serta tak lupa kepada semua adik-adik murid SKSW semoga gembira di hari raya ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf andai selama ini ada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Buat semua ahli Bayt Rahmah, ore nk ucap Selamat Hari Raya dan maah banyok deh. Maah la xde nk gi dapo pon hr nih! Spesel buat geng Cerita Kudat - abe K, Umayr, Dhuha & Awfa, kalu nok duit rayo mari la kelik Mache nih, semo ayoh2 nga mok2 duk tunggu blako nih, kalu x kelik tokleh la... CK masok gapo rayo esok tu? kalo nok tau kami masok gapo tunggu kemunculan juadah dan gambar2 kami sempeno rayo ni kat blog tokbah! jgn jeles2 deh!
piz: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Pakat mari jale blako la :D
Tuesday, September 30, 2008
Selamat tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal
Sahur pagi tadi juga sahur terakhir, aku teringat dari awal Ramadhan lagi aku dah memulakan kempen bangun sahur ni, Alhamdulillah, dari 1 Ramadhan sampai ke pagi tadi, aku tak pernah ponteng sahur, ye la aku yang buat kempen bangun sahur, mestila aku pun kena bangun sahur la. Sebenarnya bukan apa, tujuan utama aku menggerakkan kempen bangun sahur ni supaya kita dapat bangun awal, boleh memulakan hari kita di awal pagi dengan melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, dan lagi dimurahkan rezeki. Kalu kita bangun awal pagi ni, tubuh kita pun rasa segar bugar, boleh pergi sekolah atau kerja dengan bersemangat dan ceria. Betul tak?
Ape pun aku tetap rasa sedih dengan pemergian Ramadhan tahun ni, bagaimana agaknya Ramadhan tahun depan ni, adakah aku masih berpeluang untuk bertemu dengannya lagi... entahlah, aku amat berharap doa2 dan amal ibadat kami ini walaupun sedikit dapat diterima olehNya...
piz: Selamat tinggal Ramadhan... Selamat datang Syawal...
Friday, September 26, 2008
Cerita Terakhir di Gua Musang
3.30 Pagi
Aku terbangun buat kali ketiga pada pagi itu, semenjak dua menjak ni bila aku letak je kepala kat mana2 tempat je, mesti aku terlena walaupun sekejap. Mungkin disebabkan sebelum ni aku memaksa diri aku supaya tidak tidur dan kalau tidur pun hanya sejam atau dua jam sahaja. Ini disebabkan kerja-kerja praktikum aku yang selalu aku tangguh-tangguhkan. Habis je penyeliaan dari pensyarah dan guru pembimbing, aku terus je tidur berjam-jam sehari. Tapi selepas raya ni aku perlu juga siapkan 2 kerja kursus aku yang tak siap lagi ni, sebab tu sekarang aku kembali bangun tengah malam,
awal pagi sebab nak menyiapkan kerja tertangguh ni la pula. Sambil-sambil tu, aku kemaskan barang-barang aku kat rumah sewa di gua ni sebab hari ni hari terakhirku berada di Gua Musang ni. Penat la juga, ye la nak menyepahkan barang tu mudah je, tapi nak kemaskan barang ni yang susah + malas. Kalau rasa lapar aku rendam je megi ni, kira boleh mengenyangkan ok la.
5.00 Pagi
7.30 Pagi
9.00 Pagi
11.00 Pagi
12.30 tengah hari
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa