Bukan apa, kekadang kemalasan yang sering menjadi tabiat aku ni selalu mencengkam rasa sedikit kerajinan yg ada (rajin ke aku ni??). Kalau ikutkan banyak benda aku nak bercerita di sini, tapi kerana sifat kemalasan lebih banyak dr sifat kerajinan ni, jadi aku simpulkan dan pendekkan sahaja cerita aku ni...
Masa cuti sekolah juga, semua kroni aku pulang ke rumah aku ni, kalau hari biasa hanya dengar suara beberapa orang sahaja, sekarang ni lebih dari 15 orang kat rumah aku ni... dengan suara anak-anak buah aku la yang paling riuh sekali. Memang seronok ramai-ramai ni, tapi kadang-kadang geram juga, menganggu ketenteraman aku yang sentiasa malas ni...Dalam pada itu, keluarga kami juga bakal mendapat ahli keluarga baru, bila mana adik aku bakal menamatkan zaman bujangnya pada 28 November nanti, bertambah lagi sorang ahli keluarga aku. Lepas tu, InsyaAllah penghujung Jauari 2009 ni atau awal Februari, abang aku pula bakal menimang cahaya mata yang pertama... bertambah lagi sorang anak buah aku yang sekarang ni berjumlah empat orang tu. Seronok juga kami ni...
Namun, walaupun aku dah tamat pengajian dan sedang menunggu surat penempatan aku yang berkemungkinan akan diketahui pada bulan Disember ni, aku wajib pula menduduki 2 kursus wajib.
Tak sabar aku nak menamatkan benda-benda ni semua, semuanya meletihkan aku je. Tapi yang aku rasa amat pilunya dan terasa sampai ke hari ni, apakah hubungan persahabatan kami setakat ini sahaja... entahlah, aku sebenarnya dah lama sangat memendam perasaan kecil hati aku ni, sehinggala berlaku apa yang terjadi sekarang ini... Macam-macam la mu piz... habiskan dulu semua kursus tu barula mu bulih gumbira ke ape ke... Cuba mu belajar bersyukur piz!

0 comments:
Post a Comment