Friday, October 17, 2008

Bicara Buku (8)


Judul Buku : Seluhur Budi Guru
Penyusun : Azman Ahmad
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bil. M/S : 202
Harga : RM 20

Pendahuluan

Alam persekolahan ditempuhi oleh semua orang. Pelbagai kisah dan pengalaman dialami penghuni alam persekolahan. Buku ini merakamkan pengalaman istimewa itu dengan menghimpunkan certot atau cerita kontot berkaitan alam persekolahan guru-guru yang berhadapan dengan kerenah pelajar-pelajarnya sebagai kenangan paling berharga.

Terbitnya buku ini melambangkan usaha murni para guru dari Johor dalam memartabatkan profesion perguruan mereka dalam masa yang sama memartabatkan kesusasteraan Melayu di Malaysia.

Antara yang terkandung dalam kumpulan certot ini adalah kisah-kisah guru yang berhadapan dengan pelbagai kerenah para pelajarnya yang melucukan dan menyayat hati. Ia menampilkan keprihatinan guru-guru pada kemajuan pelajaran pelajar dan usaha mengatasi masalah mereka. Selain itu, buku ini turut menyentuh peristiwa yang menyentuh hati pada Hari Guru dan perpisahan yang berlaku.

Diharapkan buku yang memaparkan suka duka tugas sebagai guru ini mampu membuka mata masyara kat berkaitan kemurnian profesyen ini dan keindahan nilai kesusasteraan Melayu.


Ulasan Piz

Setelah membaca kesemua kisah-kisah yang dipaparkan di dalam buku ini, saya masih tertanya-tanya, mampukah saya menghadapi suasana dan cabaran sebegini rupa? Bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang guru yang betul-betul guru. Sementalahan lagi saya yang hanya megikuti kursus perguruan selama setahun sahaja, berbanding dengan guru-guru yang betul-betul mengambil bidang perguruan dan pendidikan sebelum ini. Namun saya amat berharap dengan ilmu yang kami timba selama setahun di institut perguruan ini mampu menjadi panduan kepada kami untuk meneruskan khidmat kami di bidang pendidikan ini.

Baiklah berbalik kepada buku " Seluhur Budi Guru", banyak kisah yang dipaparkan mampu menyentuh jiwa saya. Antara tajuk certot yang amat mengharukan saya ialah Hadiah Guru, bagaimana seorang murid sanggup untuk berjalan kaki dari rumah ke sekolah semata-mata untuk menyimpan duit sebanyak 20 sen untuk dihadiahkan kepada gurunya sempena Hari Guru... huhuhu sungguh mulia hati seorang budak.

Selain itu kisah "Cikgu Yusuf Menyiasat" juga memaparkan kisah kebijaksanaan seorang guru dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Kisah ini bermula apabila seorang murid mengadu duit yang dibawanya sebanyak RM100 telah hilang. Dengan kebijaksanaan guru dan penggunaan rotan mampu menyelesaikan masalah kehilangan duit, peras ugut, dan kisah pelajar yang bekerja semasa waktu sekolah semata-mata untuk mendapatkan duit dan membeli barang-barang yang tidak bersesuaian dengan seorang pelajar sekolah. Moralnya, penggunaan rotan masih relevan digunakan pada ketika ini, ia merupakan satu alat yang sesuai digunakan bagi mendisiplinkan seorang pelajar.


piz: Apabila aku mebaca kesemua kisah guru di dalam buku ini, makin menguatkan semangat aku untuk menjadi seorang guru, seorang murabbi yang mampu mendidik bukan hanya mengajar murid-murid itu semata-mata... InsyaAllah...


2 comments:

nur_raudhah said...

wahi bace buku piz nih..bagus2..huhu

piz said...

hehe nur, ambo bacola jg skit2, ni pon curi maso jh, baco buku hok nk prekso malas plok, siap tdo lg... huhu