
Jom bersedia nk gi semelih esok nih... Binatang yg suka berkorban ialah Lembu dan kambing! Syabas :D
Guano piz, mu puas hati doh ko, tempoh setahun tamat doh ni... Ho la aku bahagio sangat2 la ni, tapi aku tak tau la nok kata gumbira sangat ko sedih sangat... ape pun aku bersyukur di atas nikmat pemberianNya... Buat semua, Tahniah ye...
Tinggal beberapa hari lagi aku berada di bumi IPKB nih, tak sabar pula aku nak habiskan  kursus KISSM ni, letih juga rasanya... Apapun semoga tugasan dan peperiksaan KISSM pada hari Sabtu ini akan tamat dengan sebaik-baiknya. Aku nak lulus je...
Pagi ni layan blues skit, terasa sedih dan sayu pulak... :(
Masa cuti sekolah juga, semua kroni aku pulang ke rumah aku ni, kalau hari biasa hanya dengar suara beberapa orang sahaja, sekarang ni lebih dari 15 orang kat rumah aku ni... dengan suara anak-anak buah aku la yang paling riuh sekali. Memang seronok ramai-ramai ni, tapi kadang-kadang geram juga, menganggu ketenteraman aku yang sentiasa malas ni...Tak sabar aku nak menamatkan benda-benda ni semua, semuanya meletihkan aku je. Tapi yang aku rasa amat pilunya dan terasa sampai ke hari ni, apakah hubungan persahabatan kami setakat ini sahaja... entahlah, aku sebenarnya dah lama sangat memendam perasaan kecil hati aku ni, sehinggala berlaku apa yang terjadi sekarang ini... Macam-macam la mu piz... habiskan dulu semua kursus tu barula mu bulih gumbira ke ape ke... Cuba mu belajar bersyukur piz!
 Sayu bila menghayati lirik dan lagu Sang Murabbi ini... Sememangnya seorang murabbi itu merupakan seorang guru, seorang mu'allim dan merupakan tingkat yang tertinggi yang sukar dicapai oleh seorang guru biasa... Seorang Murabbi sanggup berkorban jiwa dan raga, sanggup berdepan cabaran dan dugaan, sanggup menempuh segala mehnah dan ikhlas mendidik jiwa-jiwa yang amat memerlukan bimbingan dan didikan dari mereka ini...
GAMBAR rakaman video telefon bimbit merakamkan pelajar perempuan sebuah sekolah  di Kangar  menumbuk dan menendang Azahana (gambar kecil)     di dalam kelas, pagi semalam.
Akhirnya... aku kembali semula ke PC nih, kembali menjadi pelajar, perlu ke kelas dan menjalani rutin-rutin biasa sebagai seorang pelajar atau guru pelatih. Kalau ikutkan hati aku, memang malas sangat dah nak masuk maktab semula, letih la, byk sangat peraturan yang perlu aku ikut. Lepastu tugasan pun banyak pula nak disiapkan. Semakin nak berdepan dengan peperiksaan, semakin banyak pula tugasan yang perlu aku buat.
Buat semua adik-adik murid, cikgu ucapkan selamat kembali ke sekolah. Ni dah lepas raya ni jangan malas-malas pulak nak gi sekolah tu. Lagi pun selepas ni ada peperiksaan akhir tahun. Untuk semua adik murid terutama di kelas 4 Bestari, 5 Arif dan 4 Bestari, belajar sungguh-sungguh ye...
Ni sape ni yang duk tidur-tidur lagi ni, mu ke piz? Wahaha, paham-paham sendirila ye... Hari ni hari pertama sepatutnya aku kena kembali ke maktab untuk meneruskan kursus aku yang bersisa lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum aku menduduki peperiksaan terakhir.Tengah berusaha untuk menyiapkan tugasan praktikum yang belum siap ni. Petang ni aku akan kembali menjadi warga PC. Letih la berpindah randah ni, betapa gumbiranya aku kalau dapat duduk kat Mache ni terus!!!
Assalamualaikum buat semua pengunjung blog pizmache...
Subhanallah... bila aku tengok je kat langit tu ada kalimah Allah kat atas paparan awan tu... Ini kali pertama aku tengok peristiwa sebegini dengan mata kepala aku sendiri. Bukan aku sahaja yang tengok, 
anak-anak murid aku dan beberapa orang guru pun turut menyaksikan kalimah Allah ini... Menurut budak-budak ini, kalimah Allah ini lebih jelas dilihat pada pukul 7.00 pagi tadi. 
Pada masa aku tengok tu kalimah ini dah berbalam-balam dan beransur-ansur hilang, tapi aku sempatla mengambil beberapa keping gambar sebelum kalimah itu hilang. Peristiwa ini mungkin untuk memberi peringatan kepada kita semua yang masih alpa dengan kebesaran Allah subhanahuwataala...


Kalu sapo-sapo puas duk ssajo tu, boring ko, tensen ko, mari pakat-pakat acu cuba try test senaman nih! :)
            Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la…
              sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni…
              untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
              ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan…
              buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
              buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula…
              jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin
              sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali
              buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu
              ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~
Murabbikah Aku...? ©2008 Blog Designed by Ipiet
| Image Header Taken From Wallcoo