Sunday, February 8, 2009

"Life Jacket"

Tetiba pulak aku bercerita pasal "life jacket" nih, sebenarnya bukannya apa saja nak bagi peringatan kepada kita semua... terutama kepada pengguna laluan air nih. Jaket ni amat penting dipakai untuk keselamatan pengguna air... Namun penggunaannya langsung tidak dititik beratkan oleh pengguna jalan air, murid-murid sekolah juga turut tidak menggunakannya. Walhal, jaket ini telah pun dbekalkan kepada setiap sekolah berhampiran sungai, contohnya sekolah aku ini.

Teringat aku masa aku nak bertolak ke Tegelam pada 6hb Januari lepas, wakil PPDK yang berkebetulan hendak ke sekolah aku bagi membuat pemantauan, dengan baik hatinya menumpangkan kami bertiga naik bot laju yang bertutup kepunyaan PPDK... dalam aku duk berborak-borak dengan encik tu, aku pun tetiba bertanyakan pengunaan jaket keselamatan ni... lepas je aku tanya, encik ppdk tu senyum sengeh je... sambil tersenyum dia jawab,"emmm kalau cikgu nak pakai boleh je, kebiasaannya sekolah tepi sungai pihak kami ada bekalkan jaket keselamatan ni... tapi biasanya orang-orang kat sini tak guna pun... dorang dah biasa macam ni, ala dreba perahu tu tau la macam mana cikgu... dorang dah biasa ngan keadaan sungai ni..." habis jawab soalan aku pun dia tetap sengih juga, aku pun angguk je la, malas nak tanya lebih-lebih.

Ini dia... tepatlah yang dikatakan oleh encik ppdk tu, rupa-rupanya banyak betul jaket ni tersimpan kat stor sekolah ni... Aku pernah juga berniat nak beli sendiri untuk kegunaan aku bila keluar dari Tegelam nih, tapi dah semamangnya ada... sehinggakan adik aku pernah cakap kalau takde jaket tu kat sekolah, dia nak belikan dan poskan kat aku, keluarga aku ni runsing dengan keselamatan aku nih... ye a, aku pun. Bila nak keluar ke pekan Simunjan hari jumaat lepas, kami sepakat untuk memakai jaket nih, untuk keselamatan bersama juga, malang tak berbau... lebih-lebih lagi aku ni yang tak lepas-lepas lagi nak berenang...

Tu ha, cikgu Shah, cikgu Josh, Lis ngan Uya, bersemangat betul memakai jaket nih... Barulah duduk kat atas perahu tu rasa selamat sikit. Boss and the geng gelak-gelak je kat kami nih, dorang takpe a boleh eksen ngan kami sebab dah lama hidup kat tepi sungai nih, tapi aku risau juga tengok bebudak sekolah yang sering naik perahu nih, tapi tak pakai pun jaket nih. Dah nak buat macam mana... nanti lah kami nak suarakan hal ni kat sekolah nanti... kami pun dah berbincang sesama kami tentang hal ini.

Waa sempat lagi kami berempat bersantai kat atas perahu nih, siap makan-makan lagi, kalau nak basuh tangan pun senang je hulur je tangan dalam sungai tu... tapi AWAS!!! jangan amalkan masukkan tangan dalam sungai ye... kejap lagi mu tengok takde tangan tu... huhu, ini petua aku dapat dari geng cikgu-cikgu yang dapat sekolah kat p3 nun, eksen ngan aku dorang nih, ye a, dorang takyah naik perahu, tapi teruk juga kena melalui jalan balak, bukit, jalan kaki dan sebagainya... macam-macam la... Ha tu pulak perahu lain yang sempat memotong perahu kami nih, hampeh sungguh, tetiba je perahu ni potong kami, berlagak a pakai enjin laju tuh!! Ni plak pakcik Karim yang jadi dreba perahu kami pada hari tu... sporting betul pakcik Karim nih, setiap kali dia nampak croc mesti dia cepat-cepat panggil kami suruh tengok, pastu siap nak matikan enjin perahu lagi, supaya aku dapat ambik gambar si croc nih... waaa ape a pakcik nih, wak kecut perut aku je...


post signatureBila aku tengok je dorang ni pakai "life jacket" ni teringat aku pesanan Encik Zainol pensyarah PJ aku yang mengetuai program BIG kami kat maktab dulu... dia sentiasa wajibkan kami memakai jaket nih, tak kira lama ke sekejap ke asalkan masuk je kat air, wajib pakai... bahkan semasa kami sedang berkhemah kat Tasik Kenyir dulu pernah dia menghalau sebuah rombongan sekolah supaya balik semula kerana tidak memakai jaket dan cikgu perempuan sekolah tersebut pulak memakai baju kurung untuk mendaki bukit. Mengamok lect aku tu... Rupa-rupanya segala ilmu yang encik Zainol ni berikan kepada kami ni amat berguna juga walaupun dia bekeng giler2 dan cakap pun aku kau je ngan kami nih!! Apa pun terima kasih Encik Zinol...

0 comments: