Adusla, selepas je aku dengar pakcik Karim kata kat depan nanti ada lagi... aku pun tak berenti-renti mengucap, gerun aku memikirkan kalau terserempak lagi ngan si croc ni. Pakcik Karim pula terpaksa membawa perahu ni menghampiri tebing sungai disebabkan arus sungai sedang melawan arus, jadi perjalanan kami ke pekan Simunjan pada hari itu mengambil masa 1 jam 30 minit, kalau ikut arus dalam 45 minit dah sampai.
Tengah aku duk mengambil gambar-gambar pemandangan kat tepi-tepi sungai, lagi sekali aku terkejut, bila pakcik Karim lagi sekali memberitahu si croc ada kat tepi sungai tu... Waa aku yang terkejut sambil terkaku melihat aksi si croc ni masih sempat juga mengambil gambar croc yang sedang berjalan-jalan di tepi sungai tu... Hoho, akhirnya, aku ditakdirkan juga melihat si croc ni secara realiti, baru sebulan aku duk kat sini dah boleh tengok, insan bertuah sungguh. Putri yang dah duduk kat sini hampir setengah tahu pun tak pernah lihat si croc ni lagi... Tapi yang aku lihat ni boleh dikatakan anak, kalau yang besar yang ibu bapak tu dia jarang nak menonjolkan diri, dia lebih selesa berada di bawah sungai ni... Itu la croc yang aku bulatkan merah yang aku nampak kat sungai nih. Ini betul-betul ni...
Ini la hari bersejarah untuk aku, Lis ngan Uya... tak pernah-pernah tengok buaya secara live nih, harap-harap lepas ni aku tak berjumpa lagi ngan si croc nih, cukuplah sekali ni je... Aku kalau boleh minggu-minggu selepas ni aku malas la nak keluar dari Tegelam nih, lagi pun stok makanan aku ngan Lis untuk sebulan dah kami beli semalam, cukuplah untuk sebulan ni. Aduhai nasib le mu piz, duk Tegelam...

2 comments:
piz..ala2 crocodile hunter laa,hehe
Patut piz gi salam ngan boyo2 tu..cam kat zoo nyer show,kuang3
tu pasal kak, ala2 crocodile hunter plak,teringt sape tu pengacara dia yg mati kena bisa ikan pari tu, haa steve irwin dok.. kalu dio hidup lg blh suh dio menjejak croc kt tegelam nih!
Post a Comment