Saturday, March 28, 2009

Earth Hour @ Tegelam


Sempena Kempen sedunia ‘Earth Hour’ yang mahu pemanasan global dikurangkan , maka tepat jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam tadi kempen ini bermula, dan semua diminta menutup lampu dan bergelap selama 60 minit. Pemanasan global memberikan kesan kesan negatif kepada bumi, antaranya ialah perubahan iklim, kenaikan aras laut dan peningkatan kandungan gas karbon dioksida di udara.

Penggunaan elektrik secara berhemah, berjalan kaki atau berbasikal bagi menggantikan kenderaan, menggalakkan penggunaan kenderaan awam selain memelihara serta memulihara alam sekitar dapat mengurangkan kesan pemanasan global ini.

Begitu juga di pedalaman hulu sungai Simunjan ini juga turut menyahut seruan, apabila suis generator di Tegelam ini ditutup oleh Carl, penjaga mesin ini tepat jam 8.30 malam... Huhu, aku yang tak ready apa-apa ni pun kira turut menyokong kempen "Earth Hour" ini... Semangat betul Carl dan semua penduduk Iban di Tegelam ni, bila mereka semua turut menyokong kempen ini. Aku ingat nak tutup lampu je, tup-tup si Carl ni terus tutup suis enjin generator, bukan setakat lampu, ngan kipas, tv, laptop aku pun tertutup sekali. Bergelap le aku sensorang selama sejam...

Kebetulan aku balik ke Tegelam petang tadi dari Kuching ngan Kakak, Al dan Puteri. Jadi kat rumah aku ni aku duk sensorang je, sebab roomate aku Lis tak balik lagi... Kalau aku tau si Carl ni nak tutup suis generator tu mesti aku gi join Puteri ngan Al kat rumah sebelah. Tapi aku tak sempat nak buat apa-apa dah sebab ngan lampu suluh, lilin semua aku tak ada... sib baik ada laptop ngan handset nih, jadi aku mengharapkan cahaya dari sini la... dengan gelapnya, kipas pun tutup... duk tengok laptop ni je la. Mujurla kak memot layan aku duk borak-borak , sambil duk ym ngan saing-saing aku nih, kurang le rasa kegelapan tu... bukan takut, cuma gerun je la...


post signatureApepun aku tabik la ngan penduduk Tegelam nih, walaupun jauh di pedalaman hulu sungai, tetapi mereka tetap mampu menyahut seruan kempen "Earth Hour" ni... Bagus a... Buat Carl, lain kali nak tutup suis generator tu bagi la hints skit, sib baik aku duk elok-elok je duk main tenet sambil makan burger pulak tu... kira nak marah pun tak jadi a, sebab aku tengah makan... lagi bagus pada masa sejam kita bergelap tu kita bayangkan kalau kita duk dalam kubur tu bermanfaat juga...

Wednesday, March 25, 2009

Kembali Melangkah di Titian Ini...

Setelah pulang bercuti selama seminggu di rumah aku kat Mache..., kini aku kembali lagi melangkah di atas titian ini... Turun dari tangga rumah sehingga ke kelas, aku akan meniti titian ini... Tapi titi kali ini bukan lagi seperti titi dua bulan yang lalu, kini titi ini telah ditinggikan dan ditukar dengan kayu yang lebih kukuh... Kalau sesiapa yang hendak datang melawat ke sini tidak perlulah memakai kasut yang bertumit tinggi, cukup dengan sendal atau selipar biasa sahaja, jika sebaliknya, bersusah payah pulak nak menarik tumit kasut tu yang terlekat di celah-celah kayu titi ni... Keadaan ini pernah berlaku kat kawan aku, nasib la...

Banyak juga perubahan yang berlaku kat sekolah aku ni.... selain daripada pembinaan titi baru, lantai-lantai bilik darjah juga turut ditinggikan, sehinggakan kepala mencecah kipas siling pulak. Selain itu itu aktiviti cat mengecat bangunan sekolah juga sedang pesat berjalan... wahh, semangat la lepas ni budak-budak ngan cikgu-cikgu sekolah ni... barulah nampak macam sekolah sikit...

Disebabkan bangunan bilik darjah dalam proses pembaikian dan pengecatan... jadi bilik darjah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran agak terganggu..., jadi untuk mengelakkan keadaan ini berterusan, maka kami tempatkan kelas tahun 6 di bilik ICT, tahun 1 dan 2 di kelas asal manakala tahun 4 dan 5 mengikut kekreatifan cikgu masing-masing. Biasanya cikgu-cikgu ni bawa mereka belajar kat tapak perhimpunan, kat pondok tepi jeti dan juga ke rumah guru... Aku, Lis, Shirley biasanya membawa budak-budak nih ke rumah kami, senang nak mengajar, white board pun aku pakai tampal kertas A4 putih je... Ada ke kat tempat lain macam sekolah kami ni? Siap bawa balik rumah lagi. Bagi makan, minum, tengok tv... aku pulak siap boleh bukak internet lagi... kadang-kadang sambil tunggu budak ni buat latihan, sempat aku masak nasi! Hehe, seronok juga kat Tegelam nih. Tapi masa waktu belajar, kena mengajar betul-betul, takleh a bagi budak-budak ni nak main, kalau dah habis waktu belajar baru boleh nak tengok tv ke main ke...


Hari pertama aku ke sekolah, semangat pulak aku nak mengajar... baru seminggu aku bercuti. Siap buat ABM untuk tampal kat kelas lagi, wah pelik sungguh aku kali nih. Sebenarnya semangat aku ni datang bila aku pergi melawat sekolah adik aku mengajar kat Tangkak tu... seronok tengok sekolah dia, macam-macam cikgu-cikgu kat sana buat untuk menceriakan kelas dan sekolah. Jadi dari apa yang aku lihat kat sekolah tu, aku bawa balik kat Tegelam nih, lebih-lebih lagi aku cikgu Matematik, banyak sangat benda-benda yang masih kurang untuk menarik minat murid-murid ni untuk belajar Matematik. Jadi projek pertama aku nak tampalkan semua sifir-sifir Matematik ni kat setiap dinding kat bangunan sekolah ni, senang budak-budak ni berjalan sambil melihat, sambil mengingat... ada lagi, tapi tunggu mood aku kata rajin, boleh la aku buat...

Kebetulan pula, masa mesyuarat pertama bulan ni, tu gb aku duk sebut pasal-pasal keceriaan dan P&P... gb aku suh la buat ape2 yang boleh, kalau cikgu Matematik buat mcm ni, cikgu BI macam tu.. dan semua la... aiii ni aku rasa mesti gb aku tengok aku duk buat projek aku nih, tu sebab dia sebut nih... sib baik! Aku ni nak buat, tapi masalah MALAS ni yang menganggu aku sokmo...

Tu pulak, masa budak-budak ni berehat makan, semua murid-murid sekolah ni layak mendapat makanan tambahan percuma... jadi kat sekolah ni tak pernah wujud kantin sekolah la. Setiap kali rehat, mereka akan sama-sama makan dalam satu atau dua kumpulan besar... harmoni je aku tengok dorang makan, ye la budak-budak 19 orang tak harmoni macam mana!

Harap-harap dua minggu lagi, proses pembaikan sekolah akan siap dengan sepenuhnya, dan dapat meneruskan P & P sebagaimana kebiasaannya...

post signature Pelik sungguh cikgu piz kali nih, ada semangat mengajar yang luar kebiasaan nih... hahaha... ye la, sebenarnya semangat ni muncul bila aku cuti sekolah, borak-borak ngan kroni aku yang bole dikatakan semuanya berada dalam bidang pendidikan ni... jadi macam-macam benda la yang kami kongsikan... dalam banyak-banyak cerita tu, cerita kat sekolah aku je yang agak pendek... ye la, ape je citer pasal sekolah aku, macam tu je lah... Jadi bila sampai je kat sekolah nih, aku cuba la buat apa yang aku boleh buat untuk melihat sekolah aku menjadi seperti kebiasaan sekolah...

Sunday, March 22, 2009

Jawab dah ni Kak Memot...

Soalan 1: letakkan 3 pictures dalam berlainan mood!!...(put 3 pictures of yours in different moods..)

Jawapan:
Ha tu kak, bukan setakat 3 gamba berlainan mood, 6 tu ambo bagi!!



Soalan 2: Describe in 5 words about yourself

Jawapan:

1. Suka senyum nampak gigi

2. Takleh nampak buku

3. Suka make

4. Tak rajin

5. Kecek tak banyok



Soalan 3: Berikan 3 perkara yang buat anda gelisah.... (3 things that make you uneasy/jumpy..)

1. Kalu tok make nasi dalam sehari

2. Kalu tok kelik dumoh lebih dari sebulan

3. Kalu tok tepon dumoh dalam seminggu



Soalan 4: Huruf yang anda selalu guna...(alphabets you always use..)

Jawapan:

A --> Aku, Ambo

B --> Budu

M --> make, mache, main, mu

Banyok la kak wei... dari A sapa Z la sene



Soalan 5: Senaraikan 5 perkara yang buat anda happy..(list 5 things that make you happy..)

Jawapan:

1. Bulih make nasi (kalu ado budu lagi la hepi!)

2. Bulih kelik dumoh

3. Bulih main games

4. Kalu anok murid pehe gapo hok kito ajar

5. Kalu tok payoh mari semula ke Tegele nih, alangkah gumbira nye!



Soalan 6: Senaraikan 5 insan yang anda sayang...(list 5 beloved persons of your life...)

1. Mi nga Abah

2. Semo adik beradik

3. Semo sedara mara

4. Semo saing2

5. Semo cikgu2 nga anok2 murid



Soalan 7: Anda marah bila.....(you are mad/angry when...)

Jawapan:

Ni kalu kak tanyo soale banyok2 pon ambo bulih maroh jg nih.

Kalu ore tanyo pelik2 pon ambo maroh jg.

Kalu tok make nasi sehari raso nok maroh jg!



Soalan 8: Anda nanges bila.....(you cry when...)

Jawapan:

Ambo payoh nok nangis nih., tok rock la.

Maso baby mulo kalu nangis..

Kak senyap2 sudoh2 la.



Soalan 9: Anda memang SELAMBA kalau tag....(you are cool when you

Jawapan:

Ambo ni malas, jd malas a nok tag2 nih.



post signatureHoh, siap jg jawab soale kak memot nih. Ho guano kak, serupo nga skema jawapan dok?Ambo tok niru sapo-sapo pun kak wei. Kalu sipi-sipi tu bui la markah tuh, jgn kedekut sangat tanda kertas jawape ambo ni kak wei...

Sunday, March 15, 2009

Mache Ooo Mache...


Akhirnya, setelah dua purnama aku melepak kat tepi sungai nun, dapat juga aku kembali ke rumah aku kat Mache nih... syukur sangat, walaupun hanya beberapa hari, tapi aku tak kisah, asalkan aku dapat menjenguk rumah aku ni kira ok sesangat la, tahan la untuk tiga bulan lagi...

Dalam pukul 2 pagi 15hb. Ahad, aku sampai kat Mache nih, penat sungguh rasanya, ye la bayangkan perjalanan aku keluar dari Tegelam nun sejak petang Khamis naik perahu, sampai ke seberang aku naik kereta kakak yang baik hati menghantar aku ke Kuching, sampai kat tengah jalan, jumpa pulak ngan gb aku, rupa-rupanya kereta dia rosak, sebab hujan, jalan jadi lembik, habis kereta tersadai kat tepi jalan, syukur lagi sekali sebab kereta kakak selamat keluar dari jalan bertanah ni dengan selamat... Sampai kat Kuching dah malam, terus gb, kakak, Nisa ngan Carl hantar aku ke rumah kawan aku, kak Ida... Sampai je kat umah kak Ida, aku terus tidur kepenatan. Pukul 5 pagi aku bangun kemas beg untuk pulang ke Mache. Pagi, kak Ida cakap dia tak boleh hantar aku ke airport sebab ada program kat sekolah dia, jadi kak Ida panggil teksi hantar aku, aku tak kisah pun, asal dapat sampai ke Mache je!

Tengah hari Jumaat, aku selamat sampai, tapi aku bermalam pula kat umah kakak aku kat Shah Alam, mi abah aku pun ada, seronok jumpa anak-anak sedara aku nih, waaa dah besar-besar dah semua budak-budak ni, yang bes sekali Awfa ni, dah makin laju berlari, bercakap pun dah pandai sikit-sikit. Pagi Sabtu, terus ke Tangkak, ambil adik aku kat sana pula, masa nak tinggalkan budak-budak ni tadi, Awfa menangis sungguh-sungguh,kesian... nanti bulan 6 pula la aku berjumpa ngan budak-budak ni... Dah sampai kat Tangkak, ambil adik aku kat sini, mi aku sempat borong kain kat sini, kami terus balik... Akhirnya setelah transit di beberapa tempat, syukur, kami selamat sampai juga kat Mache nih.

Gumbira tak terkata aku bila dah nampak atap rumah aku ni, masuk saja kat bilik aku, terus aku nampak novel baru, apa lagi... menyambung kembali hobi aku ni, tak menyempat-nyempat terus baca sampai ke pagi...

Begitu la kisah perjalanan aku ni, dari petang Khamis aku keluar dari Tegelam, pagi Ahad baru aku sampai... Buat Bee, selamat bercuti la ye, jangan lupa kelik kembali ke sungai Rajang mu tu Bee... Buat Kak Memot, sorila tak sampai juga kat umah kak, InsyaAllah lain kali kita jumpa, tak pun kak mai jalan Mache la... Buat LB selamat datang ke Kelate, sori juga, pagi tadi tak sempat nak pergi ke KB, penat sesangat, sampai tertidur panjang... Buat UT, selamat bercuti juga la, mu bercuti juga ke?... Buat meksal, selamat jalan-jalan, bawa anak-anak, abe, mok tu molek-molek la, jangan duk bekeng sangat ngan budak tu, mu kan mama yang baik, lagikan anak kucing pun mu sayang, inikan pulak anak orang... Buat atok kc, cuti-cuti ni ajak anak-anak atok pergi mancing dok? sabar la tok wei... Buat Man, sibuk nampak... tak bawa man junior bercuti ke man, gi cari sarape hok baru pulok... man tadi ambo gi make nasi kukus Haiqal kat cabe 3 Pengkalan Chepa tu, sedap jugok man!... Buat YB, cuti sekolah ni ada kat KB ke? ke duk bercuti kat KB belah ganu tu... Buat Nur, selamat bercuti sekolah ye... tapi Nur mesti cuti sekejap je ni, cikgu rajin, biasa cuti-cuti pun gi sekolah juga, tak mace cikgu piz nih... hehehe...Dan buat semo saing... ambo cumo nok royak, ambo amat suko cuti sekoloh!!!


post signatureHari ni dah hari Ahad... konon tak nak pergi jalan mana-mana, nak duduk kat umah... emmm, dari sampai sini, asyik berjalan je aku nih, ni pun baru je balik dari Tumpat ke Pengkalan Chepa, esok nak pergi jalan lagi, nak tengok anak sedara baru pulak... pejam celik-pejam celik, hari Sabtu ni aku dah nak kena pergi Tegelam dah... huhuhu, apepun abaikan dulu hal tu, sekarang pikir mu duk kat Mache je, duk la puas-puas... Wei la budu raja aku tak jumpa lagi ni...



---> Ucapan spesel untuk saing-saing aku Ma, Hasni, Hidhir dan Rasyid... SELAMAT PENGANTIN BARU... Semoga diberkati, dirahmati dan kekal hingga akhirnya... Sori tokde g bekwoh demo deh... nanti esok lusa, kalau sempat kita jumpa la...

Monday, February 23, 2009

Gara-gara "Good Luck Plant"

Adusla gara-gara "Good Luck Plant" ni atau nama biasa aku panggil pokok setawar ni, aku dikenakan oleh budak-budak berenam ni, budak-budak tahun satu dan dua plak tu ...

Alkisahnya gini... aku mengajar matapelajaran Sains tahun 1 dan 2 ni, masuk la tajuk "How Plant Produce Young" ni... jadi selepas aku bercerita-ceriti ngan budak-budak ni, jadi nak suruh menampakkan lagi macam mana anak pokok yang baru ni boleh bertunas dan membesar, aku suruh la dorang ni buat eksperimen dengan mengambil daun "Good Luck Plant" ni dan aku suruh simpan la dalam buku teks Sains masing-masing. Dengan aku sekali buat juga eksperimen ni. Dorang mula buat eksperimen ni hari Jumaat lepas, jadi pagi tadi selepas perhimpunan aku sesaja la pergi masuk kelas budak-budak ni tanya berkenaan eksperimen dorang hari tu... Budak-budak ni sibuk la tunjuk daun masing-masing... Aku pun check la daun sape yang dah bertunas... Daun Suzanne ngan Frisyila je yang dah bertunas, yang lain-lain semua tak bertunas pun lagi, yang Pillus lagi la dah berubah warna kuning dah.

Pastu budak-budak ni tanye la aku, apesal daun dorang tak bertunas? Aku pulak tetiba bagi jawapan saja a nak kenakan si Pillus yang nakal sangat ni... Aku cakap le, daun yang dah bertunas tu sebab tuan daun tu budak baik, dengar cakap cikgu... daun yang masih tak bertunas tu sebab tuan daun tu nakal sangat, suka main, tak dengar cakap cikgu tu sebab daun tak nak bertunas tu... hehehe, bila aku bg jawapan gitu, suka la Suzanne ngan Frisyilla tu, tapi budak-budak lain ni tak puas hati plak. Tu a padan muka, suka sangat main-main kan aku, ade ke patut kasut aku pon dorang ni main sembunyi, geram betul aku.

Tapi si Pillus ni memang banyak idea la, lepas aku cakap gitu, dia pun tanye aku, "daun cikgu dah bertunas ke belum???" Aku ni lepas budak ni tanya, aku cakap le daun aku pun tak bertunas juga... jujur sungguh aku, tak terpikir benda pon... Abis aku jawab gitu, budak ni cakap " aaa jadi cikgu pun nakal juga la ye!!" Pergh, hampeh sungguh budak-budak ni, aku pulak yang kena, dah takleh nak tarik dah jawapan aku nih, adus la... bakpo la aku ni betul sangat... dah kena gelak kat budak-budak nih!! Yang hampeh lagi, kebetulan plak GB aku pun duk dengar juga aku duk bercakap ngan budak-budak nih, lagi le aku telah menghampeskan diri aku nih!!!

post signaturePiz... piz ape a mu nih, ngan budak pon bulih terkena... Takpe, lepas ni aku dah tak mengajar Sains dorang dah aku ambik semo subjek math je, ha baru padan muka dorang, dapat cikgu baru, yang dorang memang takut plak tu, ha rasakan! Masa ni la baru nak tunjuk muka seposen ngan aku, duk pujuk aku suh ajar dorang lagi... hehehe, sori naik lori la ye, nasib korang le, aku pon suka juga mengajar budak-budak kecik ni sebab ngan aku sekali boleh main...

Sunday, February 15, 2009

Lukisan Alam

Lokasi: Sungai Batang Sadong, Simunjan, Samarahan.
Masa:6.00-7.00 petang

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


post signatureKalau kita tengok, hayati keindahan alam nih, boleh juga melapangkan fikiran kita yang kadangkala kusut, banyak sangat berfikir dan macam-macam benda la, selagi boleh masuk kat dalam otak kepala ni selagi tu le kita sumbat! Aku pun gitu juga a... sebab tu kalau aku la, suka juga tengok gambar-gambar alam gini ni, lagi pun takde rugi sesen pun kita menghayati lukisan alam yang indah ni, sebaliknya banyak faedah pula yang kita boleh dapat... Betapa hebatnya alam ciptaan Allah ni... Minggu ni disebabkan aku ni tak mau keluar dari tegelam ni, keje aku kumpulkan semua gambar-gambar nih, tengok... tilik je... banyak lagi ni, semula-semula la ye, lagi pun aku sibuk ngan hobi baru aku, hehe aku dapat satu game best!! (woi2, jangan sesapa kata aku jiwang pulok deh!!!)

Tuesday, February 10, 2009

Memancing la pulak...

Hari Ahad semalam, aku ingat nak duk memalaskan diriku kat umah aku ni je, malas nak pergi mana-mana... Aku ingat nak sambung games aku yang dah lama juga aku tinggalkan, tapi bila buka je, hampes, dah habis tempoh plak dah, tensen je aku. Malas aku nak download baru game tuh. Nak tengok cerita pun, cerita sama je, cerita baru takdok la plok. Nak tengok tv... tau doh takdok benda baru, kalau berita, berita sama duk ulang, wak sakit ulu ati aku ni sungguh. Aiiii duk mikir lamo juga aku nak wak gapo hari tu... Dah le aku terbangun awal plak, nak sambung tidur semula, tok molek sangat plok... Basuh baju, kemas rumoh huduh-huduh sudoh blako doh... adus la nok wak gapo la... Nok baco buku? paper? emmm sori la mana la aku nok dapat... payoh la luk. Nok gi main ngan budok-budok pon tak nampak sapa-sapa pun lalu kut umah aku nih... nok g lepak kat tepi sungai tu, nanti orang kata jiwang plok, malas aku!

Tengah duk baca-baca berita kat sini nin, tetiba aku dengar Shirley ngan Lis cakap nak ikut Boss ngan Josh gi mancing kat sungai... Dorang ni ajak le aku sekali, ngan Putri, Uya sekali... Emmm aku cakap kat dorang ni aku nak pikir dulu, bes juga ikut dorang ni mancing daripada aku duk memboringkan diri aku gini ni... Pikir punya pikir, lama wei aku pikir dai kul 11 pagi sampai kul 1 tengah hari tu, punyala payah nak wak keputusan... Akhir sekali bila aku dengar Shirley panggil Lis turun sebab Boss ngan Josh dah naik perahu, aku pun cepat-cepat panggil suh dorang tunggu aku nih. Ceh, akhirnya aku ikut juga... dengan terpaksa sebenarnya... Takpe a, bila lagi aku nak try menghayati hobi memancing nih, kat atas perahu pulak tu...

Tu dia, rombongan memancing Tegelam, dah siap ngan joran, penyauk, dan yang penting umpan! Betul ke aku nak ikut nih... jauuuuhh dari celah-celah hujung hati aku nih... sebenarnya terpikir takut terjumpa lagi si croc tuuuu, tu sebab aku malas tu, dah le aku ni cepat boring... tapi bila aku tengok semo macam semangat jah... aku pun tetiba je dapat rasa suasana menyeronokkan le plak... tu baru naik atas perahu... tak jalan lagi tu...

Cuba teka apa dia nih??? Hehehe... ini lah dipanggil umpan untuk mengail ikan ngan udang. Ada cacing tanah ngan anak-anak udang dan anak ikan... Kalau takde umpan nih macam mana la nak mancing. Semua umpan ni, bukan aku yang cari, aku tengok dah ada kat atas perahu ni, kalau bukan Boss yang cari mesti budak-budak ni. Aku ingat aku nak gi cari, tapi dorang dah cari siap-siap umpan nih, aku baru je nak menunjukkan ketereran aku menangkap cacing tanah nih, rugi tu...

Ok, mula-mula nak memancing nih, kena la ada joran, mata kail ngan umpan. Mula-mula ambil batang joran yang dah dipasang mata kail nih, lepas tu ambik le cacing ke anak udang ke ape-ape umpan ke sangkutkan je la kat mata kali tu... Aku kan ganah jadi aku pilih umpan cacing!! Tapi masalah le plak cacing ni panjang, adusla macam mana nak buat nih.. Ooo rupa-rupanya kena kerat dulu cacing ni ye... Aisey, guano nih, rase zalim le plak nak kerat cacing nih... sambil duk pikir tu, Boss cakap kalau nak kerat, kerat yang belah ekor, jangan belah kepala, kalau belah kepala tu mampus pulak cacing tu, kalau belah ekor cacing tu hidup lagi... Ye betul-betul boss!! Ape mu nih, benda kecik macam ni pun nak kena orang ajar juga ke... Ye a, aku takut dikatakan zalim je nak belah-belah cacing gitu je, sib baik boss bagi petua... Dengan sekali tarik, terputus juga cacing nih... hehehe. Pastu aku pun memulakan proses mengail... Yang ni le bermulanya perasaan boring aku nih... Ye a, aku nak borak-borak pun takleh... siap duk suh aku syyyy lagi... susah betul le, nak kena senyap je, aku mana boleh! Boring a...

Sambil duk tengok ke air sungai yang macam laut tu... dah tu aku nak tengok gapo lagi, tengok sungai ngan joran aku je la... tetiba aku tengok joran aku bergerak-gerak, menarik-narik plak tu...Aku yang terpinga-pinga tu pusing je la joran aku tu, lagak macam yang dah pro plak, hahaha... Bila dah tarik tu, waaa rupa-rupanya aku dapat kail udang tu... yahooo berjaya juga aku mengail...

Ini dia, gaya pemancing-pemancing Tegelam... hebat-hebat semua nih, aku bila dah berjaya pancing udang sekor nih, terasa gumbira la plak, semangat nak memancing lagi... tapi sekejap je la, lepas tu aku boring semula... Dah lama duk situ, setiap sorang dari kami boleh memancing sekurang-kurangnya seekor udang dan ikan, pastu boss bawak kami ke lubuk lain plak... Tapi ketiga-tiga lubuk baru nih semua tak dapat hasil... agaknya ikan ngan udang sini duk tidur semua kut, tak pun lari terus, sebab aku duk bising-bising je... nasib a... Lambat wei la dorang ni nak balik, aku dah letih dah, rasa lapar ngan ngantuk dah aku, tak tahan aku tiga jam duk main macam nih... cepat la kelik wei... tapi takde sorang pun layan aku, tensen wei la... Tak lama lepas tu, Josh plak tensen sebab takleh hasil pun, gumbira aku bila tengok Boss ngan Josh dah macam sedia nak balik je... hehehe... tapi Lis ngan Shirley pulak masih bersemangat duk mancing... kene tunggu dorang kejap le... Ape pun aku berhasil juga mendaratkan seekor udang galah dengan menggunakan umpan cacing... jadi le tu...


post signatureBila dah sampai kat umah aku dalam pukul 5 petang tu, aku cepat-cepat naik umah aku, tak berenti borak-borak dah... Boss ajak lagi gi mancing kat sungai belakang sekolah... ooo tidak, stakat ni je, mungkin selepas ni aku tak mau dah memancing, kalau setakat sepuluh minit boleh lagi aku tahan, ni berjam-jam, banyak membazir masa, cuba bayangkan kalau aku duk kat umah tadi, masa yang panjang ni apa yang aku boleh buat? Banyak benda la... Tapi dalam aku duk mengail tadi, rupa-rupanya si croc tu ada, tapi aku je tak perasan... hoho... tidakkk lepas ni aku tak mau ikut dah! Serik doh!!