Wednesday, March 25, 2009

Kembali Melangkah di Titian Ini...

Setelah pulang bercuti selama seminggu di rumah aku kat Mache..., kini aku kembali lagi melangkah di atas titian ini... Turun dari tangga rumah sehingga ke kelas, aku akan meniti titian ini... Tapi titi kali ini bukan lagi seperti titi dua bulan yang lalu, kini titi ini telah ditinggikan dan ditukar dengan kayu yang lebih kukuh... Kalau sesiapa yang hendak datang melawat ke sini tidak perlulah memakai kasut yang bertumit tinggi, cukup dengan sendal atau selipar biasa sahaja, jika sebaliknya, bersusah payah pulak nak menarik tumit kasut tu yang terlekat di celah-celah kayu titi ni... Keadaan ini pernah berlaku kat kawan aku, nasib la...

Banyak juga perubahan yang berlaku kat sekolah aku ni.... selain daripada pembinaan titi baru, lantai-lantai bilik darjah juga turut ditinggikan, sehinggakan kepala mencecah kipas siling pulak. Selain itu itu aktiviti cat mengecat bangunan sekolah juga sedang pesat berjalan... wahh, semangat la lepas ni budak-budak ngan cikgu-cikgu sekolah ni... barulah nampak macam sekolah sikit...

Disebabkan bangunan bilik darjah dalam proses pembaikian dan pengecatan... jadi bilik darjah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran agak terganggu..., jadi untuk mengelakkan keadaan ini berterusan, maka kami tempatkan kelas tahun 6 di bilik ICT, tahun 1 dan 2 di kelas asal manakala tahun 4 dan 5 mengikut kekreatifan cikgu masing-masing. Biasanya cikgu-cikgu ni bawa mereka belajar kat tapak perhimpunan, kat pondok tepi jeti dan juga ke rumah guru... Aku, Lis, Shirley biasanya membawa budak-budak nih ke rumah kami, senang nak mengajar, white board pun aku pakai tampal kertas A4 putih je... Ada ke kat tempat lain macam sekolah kami ni? Siap bawa balik rumah lagi. Bagi makan, minum, tengok tv... aku pulak siap boleh bukak internet lagi... kadang-kadang sambil tunggu budak ni buat latihan, sempat aku masak nasi! Hehe, seronok juga kat Tegelam nih. Tapi masa waktu belajar, kena mengajar betul-betul, takleh a bagi budak-budak ni nak main, kalau dah habis waktu belajar baru boleh nak tengok tv ke main ke...


Hari pertama aku ke sekolah, semangat pulak aku nak mengajar... baru seminggu aku bercuti. Siap buat ABM untuk tampal kat kelas lagi, wah pelik sungguh aku kali nih. Sebenarnya semangat aku ni datang bila aku pergi melawat sekolah adik aku mengajar kat Tangkak tu... seronok tengok sekolah dia, macam-macam cikgu-cikgu kat sana buat untuk menceriakan kelas dan sekolah. Jadi dari apa yang aku lihat kat sekolah tu, aku bawa balik kat Tegelam nih, lebih-lebih lagi aku cikgu Matematik, banyak sangat benda-benda yang masih kurang untuk menarik minat murid-murid ni untuk belajar Matematik. Jadi projek pertama aku nak tampalkan semua sifir-sifir Matematik ni kat setiap dinding kat bangunan sekolah ni, senang budak-budak ni berjalan sambil melihat, sambil mengingat... ada lagi, tapi tunggu mood aku kata rajin, boleh la aku buat...

Kebetulan pula, masa mesyuarat pertama bulan ni, tu gb aku duk sebut pasal-pasal keceriaan dan P&P... gb aku suh la buat ape2 yang boleh, kalau cikgu Matematik buat mcm ni, cikgu BI macam tu.. dan semua la... aiii ni aku rasa mesti gb aku tengok aku duk buat projek aku nih, tu sebab dia sebut nih... sib baik! Aku ni nak buat, tapi masalah MALAS ni yang menganggu aku sokmo...

Tu pulak, masa budak-budak ni berehat makan, semua murid-murid sekolah ni layak mendapat makanan tambahan percuma... jadi kat sekolah ni tak pernah wujud kantin sekolah la. Setiap kali rehat, mereka akan sama-sama makan dalam satu atau dua kumpulan besar... harmoni je aku tengok dorang makan, ye la budak-budak 19 orang tak harmoni macam mana!

Harap-harap dua minggu lagi, proses pembaikan sekolah akan siap dengan sepenuhnya, dan dapat meneruskan P & P sebagaimana kebiasaannya...

post signature Pelik sungguh cikgu piz kali nih, ada semangat mengajar yang luar kebiasaan nih... hahaha... ye la, sebenarnya semangat ni muncul bila aku cuti sekolah, borak-borak ngan kroni aku yang bole dikatakan semuanya berada dalam bidang pendidikan ni... jadi macam-macam benda la yang kami kongsikan... dalam banyak-banyak cerita tu, cerita kat sekolah aku je yang agak pendek... ye la, ape je citer pasal sekolah aku, macam tu je lah... Jadi bila sampai je kat sekolah nih, aku cuba la buat apa yang aku boleh buat untuk melihat sekolah aku menjadi seperti kebiasaan sekolah...

4 comments:

maymot said...

syabas cg piz yg kembali bersemangat...

chayok chayok
ganbatte kudasai...

piz said...

smangat lg la mula2 buko cuti nih, lps2 ni x tau la...

kak wei, rusing nih, esk ambo duk tegele sore2 nih, cg2 lain semo kelik... adusla... xpo, ambo ajak dh sekelas budak2 nih mari duk umoh ambo nih, jd guard.. huhuhu

maymot said...

uishh...

ramai la bodigard piz samapi satu kelas...

jange runsing2 la kalo camtuh,,apola piz...!!

piz said...

ye a, 1 kelas 4, 5 org je kak wei...
alamak kak, gb ambo paksa jg a ambo tubik hr ni, dorang x bg ambo duk sensorang kt tegele nih, kena tubik jg la... malas nyo la