Friday, February 19, 2010

Aku dihambat!!!

Aku dihambat??

Sebenarnya, aku sesaja nak mencoretkan sesuatu kat blog aku ni, sementara menunggu ayam berkokok. Sebab tu pagi ni aku nak bercerita kisah menakutkan dan melucukan yang dialami oleh aku kelmarin semasa aku balik bercuti di Mache sempena Raya Cina ni.

Ceritanya begini, kelmarin aku pergi ke Klinik Kota Bharu, kebetulan aku kurang sihat jadi terpaksalah aku ke klinik dan mendapatkan mc untuk hari Rabu tu. Sekolah aku ni semua Islam, jadi cuti Raya Cina pun sekejap je lah. Jadi hari Rabu sepatutnya aku dah berada kat sekolah aku tu, tapi nak buat macam mana, aku kurang sihat hari tu, jadi aku kembali ke sekolah keesokkan harinya dengan keadaan sihat walafiat.

Kembali kepada cerita aku dihambat nih, selepas aku mengambil ubat kat klinik tu, aku pun keluarlah dan berjalan-jalan sambil mengeluarkan hanset aku untuk menelefon adik aku yang duk sibuk bersoping tu, baru je aku mengangkat hanset tu, tetiba seorang lelaki yang berpakaian tidak terurus menegurku sambil berkata "mari sini telepon tu nok pinje semeta!"... terkezut juga aku ni, aku rasa orang ni tak berapa betul, jadi aku cepat-cepat berjalan, bila aku berpaling je, aku tengok orang tu mengekori aku sambil menghulurkan tangannya, aduslaaa menakutkan aku sungguhla, aku pun cepat-cepat berjalan ke arah klinik tadi kembali, aku masuk ikut pintu belakang, bila aku berpaling, orang tu pun turut ikut aku sama... waaa ni memang aku tak gemar nih, aku pun cepat-cepat berjalan masuk ke dalam kaunter klinik tu. Pekerja-pekerja klinik tu semua terkejut tengok aku begitu. Tapi yang aku geramnya, aku dah masuk ke belakang kaunter tu pon orang tu masih ikut aku... huhu... pastu salah sorang pekerja kat situ pun menghambat orang tu keluar dari klinik tu. Dorang juga rasa pelik dan terkejut kerana sebelum ni, orang tu jarang kacau orang dan tak pernah masuk ke dalam klinik tu...

Selepas lima minit, pekerja tu cakap orang tu dah pergi, jadi aku pun keluarlah dari tempat persembunyian aku tuh. Aduslaaaa lawak le piz nih, biasa ganah, tapi hari tu kena kejar kat orang jiwa sakit gitu pun boleh lari sembunyik... Aku bukan ape, aku cuma gerun je tengok orang tu. Lepas tu aku telefon adik aku suruh datang cepat-cepat ambik aku ni, selagi adik aku tak sampai aku memang tak keluar dari klinik tu, walaupun pekerja klinik tu kata orang tu dah pergi. Tetiba je aku jadi fobia dengan orang sebegini, sebelum ni memang aku relek je bila terserempak dengan orang macam nih.



Cumanya bila aku terlihat dan memerhati kepada orang yang jenis sebegini aku rasa begitu simpati yang amat. Ye lah, kebanyakan orang yang tidak berapa betul nih sebenarnya bermula dari orang biasa, normal macam kita semua, tapi disebabkan ketentuanNya, terpaksalah kita menerima keadaan mereka ini. Antara punca yang aku ketahui menyebabkan mereka ni mendapat sakit begini adalah disebabkan putus kasih, mangsa cerai, tekanan perasaan yang terlampau dan juga semestinya iman yang kurang kukuh menyebabkan mereka mengikut perasaaa kecewa, perasaan sedih, perasaan sakit hati dan sebagainya dan akhirnya terjadilah kepada gelaran yang selalu kita gunakan seperti "sakit jiwa", "gila" dan sebagainya... wana'uzubillah min zalik...

Bila pagi tadi aku turun dari bas ekspress yang aku naiki dari Pasir Putih dan aku turun di Cheng, Melaka, sambil menunggu kawan aku datang menjemput aku, tetiba lalu seorang lelaki yang juga berpakaian selekeh, kotor melalui tepi aku, tetiba je aku rasa gerun, sebab takut terjadi sebagaimana aku dihambat di Kota Bharu tu, Alhamdulillah, orang tu tak mengacau sesiapa pun, aku ingat nak menghulurkan roti dan air kepada pakcik tu, tapi disebabkan pakcik tu berlalu dengan pantas aku cuma melihat sahaja. Takkan aku nak panggil pakcik tu pulak, tak pasal-pasal dia hambat aku kat situ pulak...


Tapi kalau aku menghambat dan dihambat oleh burung-burung merpati yang berpuluh-puluh ekor dekat bandar Kota Bharu ni best juga... Seronok aku tengok pakcik cina tu memberi makan burung-burung ni berhampiran kedainya, ramai sungguh burung nih.


post signatureMoralnya... jangan kita memandang seseorang itu walaupun orang yang berpenyakit sebegini dengan perasaan jijik, kotor dan sebagainya, sebab mereka juga insan biasa dan hamba Allah yang terpilih menerima ujian ini... Namun keuntungan kepada mereka, mereka ini tidak akan menanggung dosa yang dilakukan disebabkan akalnya sudah tidak berfungsi sebagaimana manusia normal yang lain... Semoga kita semua dipelihara dari penyakit sebegini...

1 comments:

Anonymous said...

aisey piz...ramainya peminat sampai kena hambat...haha

~k.memot~