Sunday, October 11, 2009

"Interview" la pulak!

Masa cuti raya baru-baru ni kat Mache, tetiba je aku rajin nak check status temuduga aku kat SPP tu, ye la dah ramai geng-geng aku dan adik aku ni dipanggil temuduga ni, aku je belum lagi, risau juga aku ni. Tup-tup nama aku dah naik untuk dipanggil temuduga pada 15 haribulan Oktober ni, hari Khamis ni la. Adoi laaa, nak jawab apa la aku nanti. Mula-mula tu gembira juga, tapi lepas tu rasa risau la pulak. Macam-macam piz nih.


Temuduga ni diwajibkan kepada semua guru-guru yang baru dipostingkan dan juga semua PPS la. Kiranya sebagai syarat pengesahan jawatan dari DC kepada DG la. Nanti kalau aku nak mintak tukar kelik semenanjung tu senang le sikit. Aku ni paling tak suka temu-temu duga nih, malas le, tak pasal-pasal aku yang ganah ni kena jadi skema pulak. Ish kurang gemar aku. Ni aku nak kena belek nota-nota pasal PIPP la, Falsafah Pendidikan la, macam-macam la, tu yang aku malas tu. Kalau dia nak ajak borak-borak takpe, huhu.


Ni kat sini aku bagi sedikit panduan temuduga untuk SPP nih:

1. Sebagai persediaan menghadiri temuduga, pertama sekali kita bersedia dengan segala isu semasa terutamanya hal berkaitan pendidikan di samping mengenali beberapa tokoh penting dalam pendidikan..

2. Seterusnya dari aspek pakaian mestilah kemas dan sesuai serta memakai "name tag". Haha, name tag aku ni sebelum ni aku jarang pakai, ye la duk dalam hutan pedalaman ni takdenya aku nak skema pakai name tag, pakai kasut ni (tapi cikgu lain pakai je, aku je tak), tu sebab bila sampai je kat Tegelam ni, aku cari-cari tak jumpa name tag aku ni, aku ingat nak pergi buat yang lain dah, tengok-tengok ada kat dalam bekas alat-alatan aku tu, tu aku siap-siap sangkut kat kotak barang aku tu takut hilang lagi, hehe.

3. Selain itu, kemahiran berkomunikasi mestilah mesra, berkeyakinan, dan cekap serta pandai 'mengadun' topik yang dibincangkan. Elakkan penggunaan perkataan negatif seperti 'tak tahu', 'entah' , 'agaknya' seumpamanya. Harap-harap aku jangan terkeluar loghat standard budu aku nih, kalau tak bermasalah le aku jadinya.

4. Kena tahu topik-topik terkini di dalam suratkahabar harian, contohnya berkenaan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ke? :|


Ada banyak lagi tips, korang baca kat sini la ye...



Bila aku ingatkan pasal temuduga ni, dah lama aku tinggalkan alam ni, yang terakhir sekali aku ditemuduga semasa nak masuk KPLI dulu la. Tak tau la apa aku jawab dulu, tapi berjaya jugak le aku masuk IPKB tu ye, rezeki aku kot. Aku sebenarnya fobia sikit dengan temu-temu duga ni, ye la aku masih teringat la temuduga pertama aku selepas aku tamat diploma dulu. Temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat melalui SPA la. Aku fobia bukan apa, masa aku dapat panggilan temuduga ni, aku baru je dua minggu mendaftar masuk belajar kat Sintok ni. Tapi bila aku dapat panggilan ni aku ingat aku nak cuba try test la, sebab aku belum pernah lagi hadiri temuduga skema gini sebelum ni. Jadi, aku ponteng kelas la dua hari, biasa la hero, dia kena ganas sikit, lagi pun ponteng untuk tujuan baik bukan untuk wat benda tak baik. Malam tu aku naik bas daripada Alor Setar, sampai kat Mache dekat subuh dah. Kebiasaan aku, kalau sampai rumah dari mana-mana, mesti aku tidur dulu, penat la duk atas bas berjam-jam nih. Pastu dalam pukul 8 pagi aku dengar bunyi bising-bising, mi ngan anak sedara aku duk kejutkan aku, dorang cakap aku dah lewat untuk pegi temuduga! Waaa aku apa lagi, terus bangun, mandi kambing, siap ala kadar, sib baik kakak aku dah siapkan baju temuduga untuk aku, pastu abah aku dah sedia untuk pecut kereta ke Kota Bharu... Zummmm...

Korang bayangkan, temuduga aku sepatutnya pukul 8 pagi, sekurang-kurangnya mestila pukul 7.30 dah ada kat sana, tapi aku, pukul 8 pagi baru nak bertolak. Sampai kat tempat temuduga dah hampir pukul 9 pagi, adusla lewat giler aku sampai. Korang bayangkan la keadaan aku macam mana, mestinya bersepai je, sampai je aku terus jumpa kerani, kerani tu mengeleng kepala je tengok aku, dia siap tanda kat tepi nama aku tu "LEWAT"! Ceh, berkira la ngan aku nih. Aku tengok calon-calon lain semuanya macam hebat-hebat je, pakai pun smart-smart, vogue lagi... aku jugak le, macam biasa la, ganah! Hehe... Aku datang terlewat, jadi aku la calon terakhir dipanggil. Ni kira buat syarat je la, penemuduga pun macam soal tak nak soal je... Ade la dia tanya pasal kursus yang aku ambil tu, tanya aku apa multimedia, jenis, contoh... dia suh aku cerita la. Aku pun layan je la, tapi memang aku tau, aku ni orang pertama kena reject awal-awal lagi sebab kes kelewatan aku yang terlampau ni la.

Takpe, buat sebagai panduan, kira pengalaman aku la nih. Bila aku check result temuduga nih, nama aku memang takde dalam senarai pun, tapi kawan baik aku Che' berjaya la dalam temuduga nih, sekarang ni che' kerja kat Shah Alam.
Tu sebab aku kata macam fobia sikit dengan temuduga nih. Aku pulak, lepas temuduga tu balik Sintok semula le, memang aku ditakdirkan untuk terus sambung belajar lagi, aku terima je, lagi gumbira ade... hehe...

Temuduga aku selepas habis belajar kat Sintok pulak sempat la dua tiga tempat, semuanya swasta. Salah satu tu aku diterima la jadi pengajar Sekolah Qiraati sebelah siang, sebelah malam pulak aku jadi perekabentuk multimedia kat sekolah tu. Sekolah ni terbesar kat Kelantan, murid-murid die je dalam dua tiga ribu, tapi pengurusan sedikit hampes. Aku masa ni masuk ke sekolah ni ngan adik aku, kitorang sempat duk kat sekolah ni dalam tiga hari je, jadi pemerhati. Apa punya majikan la, aku mana boleh tengok majikan menzalimi pekerja ni, nak untung banyak kat dia je, ape la. Ade ke patut epf pun dorang tak pernah buat untuk pekerja yang berpuluh-puluh orang tu. Lepastu pulak memeras tenaga pekerja, ye a bayangkan kerja mula dari pukul 7 pagi, bukan setakat jadi pengajar, siap kena jadi guard, penjaga budak, sampai tengah malam pulak tu, gaji pulak, memang cekik darah pekerja betul!. Memang aku ngan adik aku tak puas hati tengok kelakuan majikan nih. Aku ngan adik aku duk sana 3 hari, siap menemuramah pekerja-pekerja kat sini lagi, aku tanya pasal ketidakpuasan hati dorang, macam-macam la dorang cerita, sedih aku mendenganya. Tapi dorang ni takut nak bersuara sebab dorang rasa tak mampu, kebanyakan pekerja kat sini lulusan SPM, STU, STAM dan STPM, yang diploma pun jadi kerani je.

Cukup tiga hari pemerhatian aku ngan adik aku nih, terus kami rasa tak tahan, geram wei, buat pekerja macam hamba, ape punya majikan la macam ni. Pagi-pagi esok tu kami berdua siap kemas barang semua, lepastu duk menunggu bos datang. Tak sabar rasanye nak jumpa. Bila dah jumpa tu, aku ngan adik aku ape lagi, serangla majikan tu, ape punya ustaz la macam ni. Aku cerita semua apa yang aku tak puas hati, kira mewakili para pekerja yang tertindas ni la. Ha diam sekejap dia. Tapi dia macam tak puas hati la ngan kami ni, siap cakap, kalau aku nak gaji lebih, dia akan naikkan. Sori naik lori, tak hingin aku nak kerja dengan orang macam nih, tak sanggup aku tengok pekerja lain makan hati begini, rasa nak pergi report je kat jabatan buruh ni. Ape a. Lepas je aku ngan adik aku ni cakap-cakap, lama juga la, panas jugak le, sib baik mem dia tu takde, kalau tak kena dua-dua nih. Lepas aku cakap terimakasih, aku ngan adik keluar je, terus pergi ke tempat meja aku, delete semua software yang aku masukkan ke dalam komputer pejabat, semua folder-folder video multimedia yang aku ngan adik aku sempat buat untuk sekolah nih. Takde maknanya aku tinggalkan kerja aku kat majikan sekolah nih. Hari tu juga kami blah dari sekolah tu. Menurut pekerja kat sini, selepas aku ngan adik aku keluar dari sekolah tu, terus majikan dorang buat mesyuarat tergempar, siap bagi warning lagi jangan nak terikut dengan keganasan aku nih, tapi yang aku rasa sedikit puas hati, majikan tu nak naikkan gaji kepada semua pekerja kat situ. Syukur, walaupun tak semua tuntutan aku diikut, tapi kiranya ada juga la kehendak aku yang dia ikut.

Lepas sekolah ni, aku ada lagi la pergi temuduga tempat-tempat lain. Tapi result temuduga ni aku dapat semuanya selepas aku diterima masuk IPKB, maksudnya memang rezeki aku jadi cikgu kut. Alhamdulillah, sememangnya aku bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat pada hari ini. Aku bukan sahaja dapat menggembirakan diri aku, tetapi yang penting aku dapat melihat kegembiraan mi abah aku...

post signatureHaha... ceritanya pasal temuduga spp aku hari Khamis ni je, tapi panjang lebar pulak jadinya... Banyak cerita betul aku nih. Tapi risau juga aku, kan dorang soal aku pelik-pelik kan tak terjawab aku nanti. Adoi laaa... tapi kawan-kawan aku yang dah lepas temuduga ni cakap, takde apa-apa, saja je dorang nak kenal-kenal je. Ada sorang kawan aku tu, disebabkan nama dia yang pelik tu, masa temuduga tu dia kena soal asal usul nama die je... huhu... tapi ada juga yang kena soal sampai tak terjawab... ha yang ni aku gerun. Tapi disebabkan aku ganah gedebe ni, lantak le, dia soal aku jawab. Bukannye soal rukun nikah ke ape! Hehehe...


pssttt... secoit pasal prk bagan pinang... takpe, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya... kita dah biasa kalah, dan kekalahan ni tak bermakna kita kalah, tapi sebagai musahabah diri kita dan peringatan untuk kita meneruskan misi menegakkan pemerintahan berteraskan al-quran dan assunnah sebagai ikutan kita yang utama... ok sal, mung jangang sedih-sedih deh, pengorbanang mung ke bp tu dah dikira sebagai satu jihad dah tu, teruskang... pasti ada kejayaang nanti... InsyaAllah...

0 comments: