Thursday, May 29, 2008

"Queen's Clasroom"

Sempena cuti sekolah yang agak panjang ni, sambil duk melilau kat tempat lain, sempat jugak aku mendownload dorama Jepun nih. Citer Queen's Classroom ni bes wei... Jom kita tengok kisah citer ni di samping watak-watak utama dalam citer ni...



Watak utama: Kanda Kazumi, Manabe Yusuke, Baba Hisako, Shindo Hikaru dan Akutsu Sensei.

Queen's Classroom menceritakan kisah pelajar-pelajar di sebuah sekolah rendah. Ia memfokuskan kepada sebuah kelas darjah 6 yang menjadi kucar kacir setelah kehadiran seorang guru (sensei) kelas misteri yang bernama Akutsu yang bersikap terlalu tegas dan kejam kepada anak-anak muridnya yang lemah. Oleh itu mereka bersatu untuk menangani konflik antara Akutsu sensei yang diketuai oleh seorang murid (Kanda Kazumi) yang sentiasa gelabah tetapi berani dan mengikut sahaja semua arahan dan denda yang dikenakan oleh senseinya bersama-sama dengan rakannya iaitu Manabe Yusuke, Baba Hisako dan Shindo Hikaru. Mereka mula mempelajari makna-makna ketabahan dalam melangkah ke usia remaja. J dorama ini jugak agak serius...diselangi paparan sikap guru yang kejam, pengkhianatan oleh rakan sekelas dan semangat setiakawan.

Huhuhu... sedih rupenye citer nih. Mula-mula tengok, sakit hati beto ngan cikgu dia nih, Akutsu Sensei..., rase geram je... ada ke patut, dia tak benarkan anak murid dia ke bilik air masa tengah jawab ujian, akibatnye... terkencingla budak tu kat lantai. Ada lagi, setiap pagi dan waktu habis sekolah, boleh dia suruh anak2 murid dia yang berempat ni, untuk menyapu, mengemop kelas sampai bersih!! Sampai budak-budak ni menangis dan ada yang ponteng sekolah sebab tensen blaja ngan sensei nih! Memang takde perasaan beto la cikgu nih. Tapi bila dah nak abis tu, kita pun tahula, rupa-rupanye Akutsu sensei ni buat macam tu sebab dia nak anak-anak muridnya dapat mempelajari dan memahami pelajaran dengan betul serta dapat berfikir dan tabah menghadapi cabaran apabila mereka memasuki sekolah menengah nanti... Walaupun sensei ni nampak serius sepanjang masa dengan pakaian hitamnya dan sanggul di kepalanya, namun dia tetap mengambil berat terhadap semua murid-muridnya, malah Akutsu sensei juga akhirnya dapat menemukan kembali Yusuke dan ibunya yang telah terpisah semenjak kecil.

Yang pasti, jika anda menonton dan menghayati J dorama ini dengan sebetul-betulnye pastinya anda akan merasa terharu dan mengalirkan air mata melihat pengorbanan seorang guru terhadap anak-anak muridnya..., dan kekecewaan anak-anak murid apabila dilayan secara kasar dan tidak bersungguh-sungguh dengan masalah yang dihadapi mereka... namun akhirnya mereka ini akan menangis kesedihan apabila mereka mula memahami apa sebenarnya yang dilakukan oleh Akutsu sensei terhadap mereka selama ini adalah disebabkan kasih dan pengorbanan seorang guru itu...

piz: Wooo... aku memang sedih tengok citer nih, tak sangka Akutsu sensei ni beto2 sanggup berkorban untuk anak muridnya.... wooo... Mampukah aku menjadi Akutsu sensei???--- jadi cikgu bekeng!!

1 comments:

mohad said...

salam .. saya sudah link blog awak dalam blog saya..