Sempena 1 Muharram ini, saya cuba untuk memulakan langkah bagi mengembalikan semula blog pizmache yang hampir dua tahun tidak tercoret langsung catatan yang berlaku sepanjang tempoh itu... Entah lah, sejak berpindah dari bumi Tegelam, Sarawak hampir dua tahun yang lalu... semangat saya untuk mencoret kisah-kisah kehidupan terus hilang begitu sahaja... InsyaAllah nukilan pertama sempena Ma'al Hijrah ini akan dijadikan sebagai pemangkin bagi meneruskan ketukan jari saya pada kekunci "notebook" ini... Kepada teman-teman blogger yang lain, diharap kita akan terus bersama menggiatkan diri kembali sebagaimana di awal penubuhan blog-blog kita sewaktu dahulu... InsyaAllah... ;)
Saturday, November 26, 2011
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan Kareem...
Monday, May 3, 2010
Surat Centa
Sakit perut aku duk gelak sensorang baca surat nih. Siap tulis ngan pen merah tu..Teringat aku pantun zaman aku budak-budak dululah;
Tuesday, March 16, 2010
Cuti
Besnye duk cuti-cuti di mache nih... Walaupun tak semua adik-beradik aku balik, tapi yang masih belajar dan yang bujang senang semuanya balik. Yang lain semua akan balik cuti bulan Jun nanti sebab cuti dua minggu. Tapi hari Khamis ni aku dah nak pergi sekolah dah, kene bertugas beb, huhu nasib leee. Cuti kali ni cuti memeningkan kepala aku, kenapa ini terjadiii??? huhuhu...
Friday, February 19, 2010
"Aku terima nikahnya..."
Penat juga aku kali nih, setiap hujung minggu je mesti tak ada kat rumah sewa aku kat Melaka tu, mesti ada kerjanya. Kalau takde program kat sekolah mesti aku ikut kawan aku balik ke rumahnya kat Tampin, kalau tak, aku balik Mache, kadang-kadang aku gi melepak rumah kakak aku main ngan anak-anak sedara aku kat Shah Alam tu. Aku ingat la hujung minggu ni aku nak melepak kat rumah sewa aku la pulak, letih juga duk berjalan-jalan nih. Tapi, aku dengar-dengar housemate aku cakap kalau aku tak ke mana-mana, dia nak ajak aku join rombongan mualidul rasul sekolah. Aduslaaaa, malasnya aku!
Aku dihambat!!!
Moralnya... jangan kita memandang seseorang itu walaupun orang yang berpenyakit sebegini dengan perasaan jijik, kotor dan sebagainya, sebab mereka juga insan biasa dan hamba Allah yang terpilih menerima ujian ini... Namun keuntungan kepada mereka, mereka ini tidak akan menanggung dosa yang dilakukan disebabkan akalnya sudah tidak berfungsi sebagaimana manusia normal yang lain... Semoga kita semua dipelihara dari penyakit sebegini...
Tuesday, February 2, 2010
Kembali Menjenguk...
Hampir dua bulan aku tidak meng"update" blog aku nih. Bukan apa, aku rasa teramat-amat malas, perasaan nak menulis dan mencoret sesuatu kat sini rasa makin lama makin hilang. Sebenarnya banyak benda aku nak menulis dan berkongsi cerita aku kat sini, tapi persen "MALAS" tu lagi banyak berbanding persen "RAJIN", jadi aku mengikut jelah mood malas aku nih...
Cuma tetiba je, bila aku terbangun dari lena aku pada pukul 2.30 pagi tadi, terasa pulak nak menulis sesuatu kat blog hampes aku nih. Penat juga aku menyapu habuk-habuk sampai terbersin aku nih, dahle seminggu dua ni aku diserang selsema dan batuk-batuk, mujurnya aku tak demam je. NI pun sambil menaip sambil keh keh keh bunyi batuk aku nih. Harap-harap batuk aku ni lekas baik, ye la, aku ni bukan berminat sangat dengan ubat-ubatan nih, harap selsema ngan batuk aku ni baik sendiri lah.
Adoi la piz, sengaja mencipta alasan, suka sangat nak mengelak buat kerja yang sepatutnya. Biasalah dah peel aku macam ni, susah sket nak ubah. Sebenarnya aku nak bercerita mengenai tempat baru aku ni, suasana sekolah baru aku nih, tapi aku takde mood lagi nak menulis, memakan sedikit masa, sebab ada sebab-sebabnya... yang pasti, manusia ni sentiasa tidak akan pernah berpuas hati apa yang diperolehinya pada hari ini... Ye lah, aku tengah menyesuaikan suasana persekolahan dan persekitaran baru aku nih. Yang pasti aku "PENAT"! Teringat pulak kat sekolah aku di Tegelam...