Monday, September 7, 2009

UPSR 2009





Buat semua murid yang akan menduduki UPSR 2009 di seluruh negara diucapkan selamat menjawab peperiksaan dan semoga mendapat kejayaan...

Teristimewa buat anak-anak murid di SK Tegelam dan SKSW di Gua Musang, ucapan Selamat Berjaya dan selamat menempuh peperiksaan... Semoga kalian mendapat kejayaan yang diingin-inginkan selama ini...


Anak-anak murid sulungku di SK Tegelam, adik Cantona, Brandon, Ramoson, Durina, Olivia dan Roslend, besok mula periksa, jawab betul-betul, ingat semua pesan mak ayah, guru-guru yang ingin melihat kalian semua berjaya dan lulus dengan cemerlang. Tunjukkan kepada semua, walaupun kita berada jauh nun di pedalaman, kita juga mampu mengenggam kejayaan sebagaimana mereka yang berada di luar sana, yang lengkap dengan segala kemudahan pembelajaran. Beritahu mereka semua, kalian bukan anak pedalaman, anak kampung, anak sungai yang hanya dikatakan bersekolah kerana terpaksa, yang hanya tahu bermain tanah lumpur, yang tidak pernah bergosok baju, yang hanya mandi manda dengan air hujan dan air sungai... Tapi kalian mesti tunjukkan kepada mereka semua kalian adalah anak Malaysia yang juga mampu berjaya seperti mereka!




Jua buat anak-anak muridku nun di Gua Musang... Sentiasa ingat pesan gurumu ini, belajar dan terus belajar, nescaya hidup kalian akan sentiasa disinari cahaya yang akan membantu kalian dalam menggapai kejayaan...




post signatureAkhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid tahun 6, tiba jua. Bermula 8 hingga 10 September 2009 (Selasa hingga Khamis) bermulanya medan juang yang terakhir bagi murid-murid ini... Harapan aku sebagai seorang guru, agar mereka semua mampu lulus dengan baik dan berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR ini. Semoga segala usaha dan keringat yang tercurah dapat membantu mereka ini dalam menjawab soalan nanti.

Ucapan selamat berjaya juga buat anak sahabat blogger kak memot , mus, yb, wak j dan mok teh, semoga harapan ibubapa ini untuk melihat anak-anaknya mendapat kejayaan akan tercapai...

"Man jadda wajada, wa man zaro'a hasoda..." (sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh, berjayalah dia dan sesiapa yang menanam, tuailah ia akan hasilnya.)

"Allahumma yassir wa la tu'assir...

(Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah dan jangan menyusahkan...)

6 comments:

mujahidah... said...

Entry yg sungguh bermakna...
harapan seorang guru...
alahaii..sedihnya baca..tersentuh weh...uhhuk..

maymot said...

wa piz...
nostalgia tgk sekolah gua muse tu...
itula dia hati nurani seorang cekgu yg prihatin...
anak2 murid sentiasa dlm ingatan...

piz said...

ho la dik mujhidah...

gtula harape seore cg nih, cg ni gak kalu blh nk suh anok2 murid ni gak berjaya semo laaa, doh tugas dio gtu doh...

tp hok ambo plg sadis, traso la sdh pilu tu maso majls penyerahan ilmu tu... hu2 sdh aaa :(

piz said...

ho la kak memot...

anok2 murid ni, duk mano2 pon cg dio ingat sokmo, sbb demo ni duk skoloh brapo jam doh, duk kepit ngan cg2 ni laaa, semo bendo ngadu ke cg...

tu la, rindu jg laaa ke guo ambo tuu, guano la, spidemeng, klawameng, geng2 ambo kt guo nun, lamo x g jengok ssano, jauh ngat guo muse nih!

guano la cg2 ambo dulu dih, hp2 sehat segar sokmo laaa, tp ado jg hok meninggal dunia doh... semoga rahmat Allah bersamamu wahai guru...

P.Wakuba said...

Good luck kepada 6 students cikgu itu..mmg sedap nama mereka..hope mereka boleh berjaya sokmo!!!

piz said...

timoksh cg wakuba..

ho la, biaso sini namo sedap2 glemer2 blako, pemain bola dunia ramai sini, ronaldo ado, ranaldinho xdok lg, penyanyi justin tenggelam (bkn timberlake) semo ado..

hrp2 berjaya semo laa...
ank murid smk wakuba pon xlamo doh nk pmr tu, good luck jg la ke ank murid demo :)