Monday, August 17, 2009

Seminggu yang sibuk

Seminggu ni aku agak sibuk sedikit (ye ke?) ... sibuk cara aku le...tapi makan, minum, main, tidur macam biasa je, tak terjejas, cuma letih sedikit je. Aku sibuk bukan apa pun, sebenarnya sekolah aku dengan kerjasama PIBG sekolah nih menganjurkan sukan dwitahunan sekolah. Aku sebenarnya dah biasa dengan sukan nih, tapi yang menjadi sedikit luar biasa pada aku sebab sambutan sukan ni dibuat tiga hari dua malam. Pergh, macam-macam acara dan program yang dorang buat. Semua guru, PIBG, murid sekolah ngan orang kampung terlibat. Agak meriah juga la, sebab orang kampung dari kampung-kampung seberang sungai yang berdekatan pun turut berperahu ke kampung kami nih, macam kampung Lubuk Punggur dan Lubuk Bunting. Bagus betul semangat kejiranan dan kesukanan serta perpaduan yang begitu unggul sekali.


Dua hari sebelum kejohanan sukan ni bermula, kami mengadakan aktiviti gotong royong di sekitar kawasan sekolah ni. Membina astaka, membuat padang bola sepak dan sepak takraw, menghias kawasan sekolah dan pelbagai persediaan untuk hari sukan yang diadakan bemula pada hari Jumaat, 14 Ogos 2009. Aku pulak ditugaskan untuk bahagian sukaneka. Sepatutnya aku bersama ngan Nisa, tapi disebabkan Nisa masih bercuti sakit terpaksalah aku memikirkan aktiviti sukaneka ni seorang diri. Tapi guru-guru dan murid-murid turut sama membantu aku dalam hal ni. Biasala aku ni sokmo "hero tak ggaduh" akhir-akhir baru nak buat itu ini.Bukan gapo, aku rasa macam tak best buat awal, kalo wat last minute gini baru mencabar skit! Hehe, berat mu piz!



Hari ni pepagi lagi aku dah bangun, sebab acara sukaneka ni bermula seawal jam 9 pagi. Ye la, aku nak kena siapkan padang dan peralatan sukaneka nih. Tak boleh siapkan semalam, sebab hujan, jadi aku buat pagi ni la. Mula-mula tu ada acara senamrobik, lepastu ucapan perasmian oleh gb, lepastu barulah mula acara sukaneka untuk muris-murid sekolah aku nih. Ada tiga kumpulan iaitu merah, hijau dan kuning (biru aku tak berminat, hehe), bukan apa sebab murid sekolah aku ada 18 orang jadi cun-cun aku bahagikan kepada tiga kumpulan je.

Aku menyediakan tujuh acara untuk sukaneka nih. Macam biasala, masuk air dalam botol, tiup belon, tiup getah dalam tepung, berlari sambil kepit bola, boling kelapa, lari berganti-ganti dan tarik tali. Mula-mula aku ingat nak buat dalam 3 atau 4 permainan je, biasa la aku kan "mmalas" skit, tapi bila aku dengar permintaan budak-budak nih, ye laaa aku ikutla, aku tambah lagi biar korang puas hati main kat padang tu. Seronok le bebudak ni bila aku setuju tambahkan permainan nih. Awal-awal dah tawarkan diri nak tolong aku sediakan tempat ngan peralatan untuk sukaneka nih. Pandai la membodek aku.


Tengokla budak-budak ni main seronok sungguh. Aku pun ingat nak join juga, tapi tak boleh a... Teringat zaman aku sekolah rendah dulu, biasa mi aku la datang tengok aku bersukaneka nih, bila aku dah sekolah menengah, duk kat kolej, duk kat u, aku pulak gi tengok adik-adik aku main, ganti mi ngan abah aku la pulak. Ye la, adik-adik akupun macam aku juga, macam anak murid aku juga, kalau mak ayah ke abang kakak datang, mesti la seronok, lebih bermotivasi untuk dorang main sampai menang. Aku bab-bab main gini aku suka la, cuba kalau mi aku suruh aku pergi mesyuarat PIBG adik aku, huhu malas la, boring amat, tak sesuai dengan aku tempat-tempat gitu. Tapi bila aku dah jadi cikgu, huhu memang terpaksa ikut juga, memang memboringkan sungguh le...


Hampir jam 12 tengah hari baru acara sukaneka kanak-kanak ni tamat. Keputusan, pasukan merah juara. Lepastu, dalam pukul 4 petang pulak, sukaneka untuk oang dewasa pula diadakan. Warga kampung ni memang sporting sungguh. Bila ajak je main, dorang pun join je, tak kira muda, tua, datuk ngan nenek pon ikut sekali, bagus betul. Adala dalam lima permainan yang disediakan untuk orang dewasa nih. Yang paling mencabar dan seronok aku tengok, acara mengopek kelapa. Hebat, kali pertama aku tengok, geng-geng pakcik iban nih mengopek kelapa tanpa menggunakan apa-apa parang atau pisau. Sebaliknya dorang guna tangan sahaja. Mula-mula, letakkan setompok buah kelapa tua, lepastu dorang berlari mengambil buah kelapa tu dan mengetuk-ngetuk buah kelapa tu dengan tangan sahaja, lepas tu terus kopek. Hebat la, lupa pulak aku ambil masa untuk mengetahui tempoh masa mengopek buah kelapa nih.


Habis acara sukaneka sehari tu, acara untuk malam pula pertandingan karaoke dan poco-poco. Setelah penat aku menguruskan acara sukaneka tu, aku ingat malas la nak join acara untuk malam tu, lagi pun aku ni kalau acara macam tu, bising-bising gitu aku rasa malas la. Tapi memikirkan tak molek buat gitu, aku pun turunla juga, lepas isyak tu aku turun, kalau ikut jadual pukul 7 malam dah mula, tapi biasala, pukul 9 malam baru mula. Dalam tempoh tu, beberapa kali aku balik rumah aku nih, ye la bingit telinga aku bunyi muzik yang bermacam tu, kalau aku masuk bertanding karaoke tu sekali ok juga, tapi aku takut ada orang terkejut pengsan je... hahaha... Bila dah mula, baru aku pergi kat tempat acara tu, aku pergi tunjuk-tunjuk muka, hai-hai sikit, tengok anak murid aku, Durina ni menyanyi, sempat tengok kumpulan "indai orang" (ibu orang) ngan kumpulan "nenek blues" ni berpoco-poco, aku pun balik rumah la, lagipun perut aku pun duk sibuk berkaraoke juga, lebih afdhal kalau aku mendiamkan perut aku nih, dengan menyuap nasi berlaukkan ikan sardin, ok jugak. Escapism la nih, aku bab-bab ni terer sangat! Aku sebenar tak tahan dengan bau asap rokok, lepas tu tengok ada yang duk menari-nari kat bawah tu sebab dah mabuk-mabuk minum tuak...huhuhu...


Hari ketiga, hari Ahad merupakan hari terakhir sukan dwitahunan nih. Acara hari ini ialah pertandingan bola sepak untuk separuh akhir dan akhir. Lepastu pertandingan sepak takraw suku akhir, separuh akhir dan akhir. Banyak juga penyertaan untuk ke dua-dua permainan nih. Sampaikan untuk perlawanan saringan pun sehari suntuk pada hari Sabtu tu. Kampung-kampung seberang pun turut menghantar pasukan masing-masing. Yang bagusnya, dari aspek pengangkutan, bila peserta ni sampai je kat seberang, wakil sekolah kami pasti akan pergi mengambil peserta ni dengan menggunakan perahu Bos. Meriah jugalah sukan kali ni.

Kemudiannya majlis penyampaian hadiah dan penutupan sukan dwitahunan sekolah disampaikan oleh wakil kepada YB Nordin, kira orang politik jugala yang sanggup datang menutup majlis sukan kami nih. Seronok orang kampung ni, aku pun tersengeh je bila wakil yb ni sanggup menjelaskan bil-bil tertentu untuk kampung nih dan juga membuat janji untuk membuat jalan dan membuat projek mesra rakyat yang begitu popular kat semenanjung nun, kalau kat sini masih baru lagi. Yang lawaknya, ada sorang pakcik tu, dalam mabuk-mabuk gitu, sempat kata kat wakil yb tu bercakap bohong! Sampaikan wakil yb tu tercengang-cengang je bila dengar pakcik tu cakap gitu... Hehe, sib baik pakcik tu tengah mabuk-mabuk, kalau tak, tak tahula...


post signatureHabis juga sukan 3 hari 2 malam nih. Walaupun sedikit penat, tapi yang bestnye hari ni (Isnin) sekolah kami cuti, kira cuti peristiwa la, untuk berehat selepas kepenatan bertungkus-lumus untuk menjayakan sukan yang tak seberapa ni. Yang paling best lagi, hari Khamis ni aku kelikkkk... hehehe, aku cuti sekolah le, 10 hari je, sempat menyambut Ramadhan kat Mache, lepas cuti tu pulak, duduk seminggu, peperiksaan sebenar UPSR pulak... haaa yang ni aku runsing betul. Kadang-kadang fikir tak nak balik, sebab aku rasa macam banyak benda lagi aku kena ajar budak-budak nih, tapi bila fikir lagi sekali, aku nak kelik wei... Adoi la. Ape pun, aku dah sediakan 6 set soalan Matematik UPSR dan tambahan beberapa set soalan percubaan dari negeri lain sebagai "homework" untuk dorang masa cuti nanti... siap kena sign "AkuJanji" lagi, aku bukan nak menyusahkan, tapi nak suruh dorang bersedia untuk pereksa sebenar pada 8, 9, dan 10 September nanti...

4 comments:

maymot said...

waaahh!!
meriah abis sukan dan sukaneka...
cam nk join plak..he3

-> kak rasa pcik yg jerit yb tu penifoo wat2 mabuk la pizz...
kalau tak wat gitu,takde can la dia nak luah perasaan...he3

->> sama berat kita piz oi...
kak pun rajin gak wat kije last menet...hu3
TAPI bab2 packing balik kampung ke,berjalan ke...tak penah last menet,hi3

piz said...

kak join ngan mokcik2, nenek iban ni main, pergh, mst kaloh kak.
ado sore nenek tu, meme tua dh la, larat dio msk tarik tali, rebut kerusi pastu suko menari... kuat stamina ore ibe nih, sbb masa muda demo kuat keje.

haha, ambo nk ssuko laa, bijok a org iban nih, xpasal2, yb sanggup byr bil, ribu2 jg, pastu byk le janji2 die, tp bkn utk thn ni la, utk thn akn dtg... emmm...

sama ke "berat" kita kak? hehe...
keje las menet dr dulu sampai loni kak wei, kalo duk dumoh tu, mi ambo sokmo duk peringat, ni duk gini, ambo wak kijoe las menet gni laaa, nk kelik esk pon x xtau mmano lg. bkn xsir kelik,tp rase berat ati nk tinggal bdk hok nk prekso upsr nih... :(

dzura said...

hi piz..
thanks a lot sbb balas balik msg saya tempoh hari. saya dah terdesak sangat nk cari uya sbb tu sampai sesat masuk blog awak ni. Anyway, uya dah contact saya...tapi masalah saya masih tak selesai lagi. Sijil maktab dan slip result saya masih ada pada uya. Saya dah nak kene gi interview 10hb Sept. ni..nak minta tolong dari piz lagi bleh? tlg remind kat dia contact saya semula. sangat2 urgent!..kalau dia tak pos lagi sijil n slip result tu, saya nak bagi alamat saya di kl. tlg yer piz...harap sangat2 ni...hidup mati saya bergantung pada uya ni...

Anonymous said...

Web Casino tyuueooru
http://stonewalljacksoncarnival.org/ - Best Casinos
There are several advantages of playing online casino and some of them include: 1.
[url=http://stonewalljacksoncarnival.org/]Virtual Casino[/url]
Play wherever and whenever you want The best thing about online casino is that you don?t have to visit your local casino in order to meet your gambling desire.
Top Online Casino
Online casino seems to take the industry by storm.