Thursday, July 30, 2009

Cerita Minggu Ni...

Banyak cerita betul la minggu nih. Tapi aku cerita sikit-sikit jelah. Ni aku sebut perkataan "Minggu" pun budak-budak ni gelak sokmo kat aku nih. Ape pelik sangat ke? Dorang nih siap mengikut bunyi sebutan "Minggu" aku ni macam bunyi "Menggu"... aku rasa taklah salah sangat, memang aku dah biasa sebut gitu, ape a budak-budak nih.


Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2009



Alhamdulillah, keenam-enam murid-murid aku ni berjaya lulus dalam subjek Matematik. Seorang A, Tiga orang dapat B dan dua orang dapat C. Aku mengambil masa lebih kurang sepuluh minit je untuk menanda jawapan budak - budak ni, ye la murid enam orang je sekejap je la. Kalau sekolah aku sebelum ni, ada dekat seminggu juga baru siap menanda jawapan, sebab ramai. Jadi, kat sini cepat je aku tanda dan terus boleh bincang jawapan dengan budak-budak nih. Tengokla tu, Cantona pelajar harapan untuk mendapat 5A UPSR tahun ni. Setakat ni Cantona ni dah berjaya mendapat 4A, dan rakan-rakannya yang lain pun menunjukkan prestasi yang baik dan memberansangkan.


"Matong"


"Matong" ni berlaku apabila air surut, sampaikan air sungai ni menjadi kering. Biasa berlaku dalam bulan Julai dan bulan Ogos ni bolehla kita melihat kejadian "Matong" nih. Biasanya ia berlaku dalan pukul enam petang, kemudiannya dalam pukul 8.30 hingga 9 malam, air sungai ni akan pasang kembali. Kalau dah surut, sungai ini akan menjadi kosong dan kering. Pada masa nilah, budak-budak, orang kampung ngan cikgu-cikgu kat sini keluar beramai-ramai untuk bermain-main kat dalam sungai yang dah jadi "Matong" ni, macam pantai pulak. Ye la siap boleh bermain bola sepak, bola tampar, berlari-lari dari hujung sini ke hujung sana. Seronok tengok dorang ni main. Aku?? Haha... aku setakat menjadi penonton je la, ye la aku kan eksen sikit, ganah pulok tu, manala berminat nak main-main lumpur nih. Ye ke?



Budak-budak ni boleh dikatakan hari-hari duk ajak aku main kat "Matong" nih, siap datang ketuk pintu rumah aku. Aku malas le nak bermain-main ngan lumpur nih, kalau betul-betul kering takpela. Nanti membazir pulak air hujan yang aku tadah tu. nak membersihkan lumpur nih. Aku tengok kawan-kawan aku yang pergi main, ha sampai ke kepala macam dah mandi lumpur dah, dah tak nampak muka dah sebab budak ni main "pacak-pacak" lumpur tu. Pastu, aku takut tetiba duk ralit main tu "benak" (tsunami kecik atau ombak besar) pulak datang, tak pasal-pasal kene berenang dalam sungai tu bersama ngan "croc" tu... Haha, banyak pulak alasan aku.


Kumbang


Grrrrr!!! Geram betul aku ngan kumbang sekor nih, tak padan ngan kecik, habis rosak tudung aku tu. Tu le satu-satunye tudung hijau yang aku ada, yang lain warna putih ngan krim je, tudung aku biasa warna ni je la, senang boleh pakai semua. Memang dengki ngan aku betul le kumbang nih. Aku rasa dia terperangkap dalam tudung yang aku sangkut kat dinding tu, lepas tu nak cari jalan keluar, abis dirobek-robeknye tudung aku tu. Hampes le.


"Baby" baru


Akhirnya mek Kasih nih beranak juga pagi tadi dalam pukul 1 pagi. Patutle dari petang tadi aku tengok Kasih ni macam tak senang duduk je, buat bising, pergi situ sini, tak boleh duk diam... rupa-rupanya dia nak beranak. Aku ni mana la nak faham bahasa kucing ni, dah aku tengok si kasih ni duk bising-bising, duk mengiaw tak berenti, aku bagi je la dia makanan, ingatkan dia lapar ke ape. Pastu senyap sekejap, bila dah tengah malam tu dia mula bising balik, rupa-rupannya dia duk berusaha nak mengeluarkan baby dia tu. Ni pengalaman pertama kasih melahirkan anak, tu dia nampak macam tak tau sangat. Kasih selamat bersalin betul-betul depan pintu rumah aku, jiran aku sebelah yang bagitau aku pagi tadi. Dialah yang jadi bidan kepada si kasih ni. Alhamdulillah kasih selamat melahirkan empat ekor baby. Tengokla lagak mek kasih nih, aku pergi mengendap anak dia je, terus datang, dia ingat aku nak kacau anak dia la tu. Sayang betul Kasih kat anak-anak dia nih, memang ada sifat keibuan la. Haha. Ape pun tahniah Kasih, harap dapat menjadi ibu yang baik...


Hari Tidur-tiduran

Waaa... hari ni memang hari tidur-tiduran bagi aku la. Tak jenero bakpo, seharian...semalaman aku tak tidur. Aku ingat semalam tu aku nak tidur la macam biasa, tapi tak mengantuk le plak, dah boring duk main tenet nih, aku ternampak pulak buku baru rumet aku nih. Mula-mula aku ambik, belek-belek je, sebab biasa aku baca novel ni waktu hujung minggu je, hari sekolah aku tak nak baca, takut jadi macam hari ni la, tak tidur!! Tapi aku tengok cerita dia macam bes je, sebab cerita pasal cikgu juga. Aku ni kalau dah dapat buku, mesti baca sampai habis, dari kulit ke kulit. Ha apa lagi, dari pukul 11.30 malam hingga bunyi loceng sekolah pukul 7 pagi keesokkan harinya pulak aku baru habis baca novel nih. Pergi sekolah, masuk dalam kelas pun macam duk jalan atas air je, nak rebah aku rasa. Dah tak tahan sangat mengantuk, masa aku takde kelas tu, konon aku balik untuk sarapan sekejap, tak sempat bersarapan ape, aku dah pengsan atas tilam aku nih. Tak ingat ape dah. Bila bunyi loceng rehat pulak baru aku terjaga, jadi aku tak ponteng kelas la, tak berkat tau... Balik sekolah tengah hari pun, aku letak je kepala aku, terus lena sampai pukul 4 petang. Serik dah aku nak buat gini lagi. Dengan makan minum tak tau ke mana, huhu sib baik perut aku dah baik sikit, mungkin juga dalam dua minggu ni aku duk makan ubat yang dikirim oleh Kak Memot nun... tu pun ada juga masa aku lupa nak makan ubat tu... Sori la kak memot, ambo ni bab-bab ubat nih payoh skit nok make. Mujur ubat tu kena kemam je, manis, kecik-kecik je... kira ok la ngan aku nih. Hihihi... gapo-gapo pun terima kasih la kak memot, susah-susah je. Lain kali boleh la pos buah durian ke, pulasan ke bes juga!


post signatureBanyak le piz mu ni duk bebel nih. Ada aku baca dalam novel semalam tu, dia kata orang yang jadi cikgu ni biasa jenis banyak cakap, bila dah bercakap, susah nak berenti pulak tu. Emmmm betul ke a? Aku ni banyak cakap ke? Tak tau la plak.

Wednesday, July 22, 2009

Contoh Karangan 2

Ini adalah contoh karangan bahasa Melayu penulisan, kalau tak silap saya, penulis karangan ini adalah murid sekolah rendah. Contoh karangan ini diambil dari web nih. Kalau kita baca kat komen-komen tu semua kata lawak. Jom kita pakat baca dan hayati...


Komen Piz:

Emmm... selepas beberapa kali mengulangi membaca karangan pendek adik ni, memang la saya rasa nak tergelak kah kah kah... (tapi memang dah terguling-gulung dah pun!). Secara seriusnya, adik ni memang mampu membuat karangan yang lebih baik dan bermutu. Tengokla, ada isi yang baik. Mungkin tajuk karangan ini mengenai seorang anak yang menunggu kepulangan ibubapa, mungkin juga tajuk mengenai benda atau perkara yang menakutkan yang pernah dialami dan pelbagai kemungkinan yang lain. Tengoklah tulisan adik ini pun nampaknya begitu cantik dan kemas sekali. Penggunaan "di" sebagai penghubung kata juga bersesuaian dengan penggunaan ayat yang digunakan. Adik ini juga mungkin suka membaca cerita-cerita dan buku komik seperti mestika, majalah Ujang dan juga menonton cerita-cerita menakutkan yang banyak menular di televisyen sekarang ini, seperti Keliwon dan pernahkah anda menonton drama "Wajah Sutinah" mungkin pada penghujung tahun 80an dan awal 90an, semasa saya masih di bangku sekolah, cerita itu amat menakutkan saya, begitu terkesan sekali. Apa-pun adik ini jika diasuh dan diberi tunjuk ajar yang betul oleh gurunya pasti akan dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dan bermutu...

post signatureFuh! Dasat betul aku baca karangan adik nih, boleh mengundang gelak ketawa aku sampai keluar air mata. Haha, gurunya pun macam best je, siap boleh tanya "Hantu tu gembira tak?" Hehehe... Dari manalah adik ni mendapat idea untuk membuat karangan nih. Karangan aku dulu macam mana ye? Entahle dah lupa laa... Nanti kalau balik cuti nih, aku nak semak karangan anak saudara aku Khayr tu, bagaimana agaknya ye, budak ni pun boleh tahan otak kartun juga nih.

Thursday, July 16, 2009

Catatan Awal Julai

Khamis, 9 Julai 2009

Habis je mesyuarat kat sekolah hari ni, aku terus pergi jumpa gb aku untuk melaporkan tentang perkembangan subjek Matematik untuk murid tahun 6 nih. Alhamdulillah, kali ni aku tengok keputusan budak-budak ni dah semakin meningkat. Cantona berjaya mendapat gred A, manakala yang lain dapat gred B dan C. Kiranya setakat ujian ke 4 yang aku buat semenjak buka cuti sekolah baru-baru ni, keputusan dorang ni semakin meningkat, tiada lagi yang gagal. Semoga keputusan budak-budak ni semakin baik dan meningkat serta moga-moga terus berkekalan sehingga peperiksaan UPSR pada 8 hingga 10 September nanti. Itulah harapan aku semenjak aku dihantar dan dipertanggungjawabkan menjadi guru di sini.

Selepas jumpa gb, aku singgah jumpa kakak sekejap, untuk memberitahu yang aku nak tumpang dia keluar ke Kuching esok, tup-tup kakak cakap dia cuti esok, jadi kakak keluar Kuching hari ni la. Alamak, macam mana aku nak keluar esok ni, sebab aku ada urusan kat Kuching, lepastu aku ada janji ngan Nurul and the geng yang datang dari Bintulu untuk jalan-jalan ke Kuching ni. Nurul tu housemate, classmate, dan kawan sepraktikum aku kat Gua Musang dulu tu dan juga orang pertama yang aku kenal dan bersahabat baik dari IPKB sampai le ke hari nih. Adoila, macam mana la aku nak keluar nih, dahla Nisa pun dah seminggu ada kursus kat Simunjan nun, jadi dia takde la kat sini. Pikir punya pikir, pastu memandangkan urusan penting aku kat Kuching tu, jadi aku pun turut mengambil cuti dan keluar bersama kakak. Lagi pun, aku nak mencari angin baru luar dari Tegelam nih, sedih memikirkan keributan aku selama dua minggu ni...

Sebaik sampai kat Kuching, aku mintak kakak turunkan aku kat Wisma Satok tu, tempat biasa aku lepak. Aku sampai dah petang dah. Niat aku nak pergi rumah Lini, kawan satu sekolah aku dulu yang mengajar dah hampir lima tahun kat Santubong nun, boleh juga aku merasa angin laut kat sana, cantik pantai dia. Tapi bila aku fikir lagi sekali, aku ingat nak bersendirian je, nanti kalau jumpa Lini, banyak pulak benda aku nak bercerita, nanti aku sedih lagi, jadi aku cuba hubungi beberapa hotel di sekitar bandaraya Kuching ni. Syukur, ada juga lagi bilik kosong, jadi aku ambil keputusan, aku lepak kat hotel tu la, nanti aku keluar lain kali, aku pergilah lepak rumah Lini pulak, lama betul aku tak jumpa dia, sejak lepas SPM dulu sampai ke hari ni aku tak jumpa dia. Kalau ada reunion sekolah pun, kebiasaannya aku yang tak pergi. Tapi kami tetap berhubung melalui ym dan tepon la.

Waaa seronoknya aku rasa, yelah, bila kita rasa stress, pastu kita dapat keluar dari kelompok yang menyebabkan kita rasa tertekan tu, memang menyebabkan aku rasa gembira sangat. Lagi-lagi bila aku dapat jumpa air bersih nih, rasa tak nak keluar bilik air pula. Ye la kalo kat sana, kami je boleh merasai suasana air yang kami guna tu. Hujan pun tak turun, terpaksa mencatu air hujan yang ditadah tu...


Jumaat, 10 Julai 2009

Semalam, aku tidur dengan nyenyak sekali, awal pulak tu. Ye la, sebab aku rasa selesa, gumbira jadi emosi aku pun ikut sekali jadi ok. Lepas sarapan nasi lemak, aku jalan-jalan dari tempat menginap aku ni ke Wisma Satok tu dalam setengah jam juga le aku jalan, tapi tak penat pun, sebab sebelum ni pun aku dah biasa jalan gitu. Sehari suntuk aku kat situ, aku dah nekad, segala urusan aku mesti selesai hari ni juga. Lagi pun aku ni susah nak keluar selalu, jadi aku usahakan untuk selesaikan hari nih. Haha, ganas sungguh aku nih, masuk pejabat pun pakai pakaian macam nak pergi kebun je... hahaha. Petang tu, bila aku balik semula ke bilik aku, aku terkejut dengan berita kematian Natrah kat Belanda. Pergi jua Natrah, sadis betul tragedi Natrah nih. Lepas aku baca berita dan kisah Natrah nih, malas pulak aku nak keluar jalan-jalan kat tengah-tengah bandaraya Kuching tu, aku ingat petang ni aku nak pergi jalan-jalan situ kejap, tapi bila dah malas tu, aku lepak je la kat bilik. Aku cuma keluar dalam pukul 6 petang untuk cari makan je. Pergi pulak kat restoran orang Klate, dari jauh lagi pakcik tu dah cam aku ni ore klate, memang ada cop klate kut kat muka aku nih. Hehe.

Dalam pukul 1 pagi, aku tetiba terbangun dari tidur, tengok-tengok ada mesej dari Nurul tu, dia cakap dia dah sampai kat Kuching, tapi duk kat hotel lain. Takpelah, sebab nurul ngan member dia dah tempah lama dah hotel tu. Aku janji pergi jumpa Nurul esok, ingat nak bawak dorang ni jalan-jalan kat sekitar sini je, tup-tup Nurul ni ajak aku join dorang jalan-jalan sambil melancong, sebab dorang dah tempah van pelancong esok. Aku ok je. Waa lama betul aku tak jumpa Nurul ni, yelah semenjak kami posting kat sini memang tak berjumpa lagi la. Aku ni dah anggap Nurul ni macam adik aku je, ye la umur Nurul ni baru 24 tahun, manja takyah cakap le. Esok aku jumpa budak ni. Tak sabar aku nak bercerita ngan Nurul nih, biasa dia duk bercerita ngan aku, takpe la...


Sabtu, 11 Julai 2009


Pagi-pagi lagi aku dah keluar, sebab aku janji ngan Nurul sebelum pukul 7 pagi jumpa dia. Nanti van pelancong tu akan datang ambil kami dalam pukul 7 pagi. Waaa Nurul ni makin kurus le, kesian betul, dahlah duk kat pedalaman 3 kat Bintulu tu, lagi la makin kurus. Ramainya geng-geng Nurul ni, ada dalam 10 orang. Patut la sewa van. Dorang ni kebanyakan dari pedalaman 3 ngan 2, aku pulak pedalaman 1, ni dah boleh buka kelab pedalaman nih. Haha. Macam-macam kisah aku dengar dari dorang nih. Yela, kisah pedalaman, hanya kami yang melaluinya yang dapat memahami. Tapi takpe, dorang duk pedalaman 2, 3 ni kaya-kaya belaka, tapi seksa!

Selepas sarapan pagi, Tijah, dreba van pelancong ni terus memulakan perjalanan kami pada hari ni. Kami sewa van ni selama 12 jam dengan harga RM250, Tijah ni akan bawa kami mengikut trip pelancongan pilihan kami. Mula-mula, kami dibawa ke Serikin, berhampiran sempadan Indonesia, ala tempat membeli belah le tu, macam-macam ada, macam yang aku cerita kat entri aku sebelum ni la. Aku ikut je la, meraikan kawan-kawan aku dari Bintulu nih. Kalau nak pergi ke Serikin ni kena pergi awal pagi, sebab cuaca kat sana panas terik, dan jangan lupa bawa duit lebih, kat sana takde mesin atm, nanti kempunan pulak. Perjalanan dari Kuching ke Serikin ni lebih kurang satu jam setengah ke dua jam. Amboi geng-geng Bintulu ni, mentang-mentang p2, p3, bersoping sakan. Takpe bagi peluang, ye la dorang cerita kat Bintulu takde benda ape pun, bandar kosong je, tak besar sangat pun. Kesian juga, beruntung lagi aku yang kat Tegelam ni lagi la ye. Hihi...


Hampir pukul satu tengah hari baru kami bertolak keluar dari Serikin nih, mujur hari ni cuaca redup je, kalau tak memang panas sakit kepala la. Selepas tu Tijah bawa kami ke Batu 7 pulak, singgah kat tempat jual tikar Sarawak nih. Tikar-tikar ni memang menjadi pilihan ramai la. Kalau kita beli kat sini, dia akan pos terus ke rumah kita kat semenanjung nun. Lagi sekali dorang ni menyoping tikar Sarawak le plak. Aku pulak dapat tempahan tikar dari kawan aku, Ma untuk belikan dia tikar tu dan terus pos ke rumah dia. Ma ni pun geng aku ngan Nurul juga, pun duk kat Bintulu juga, tapi dia ni dah sarat, jadi tak larat nak keluar jalan-jalan, mintak tolong kawan-kawan je la. Yang lawaknye, lepas beli tikar, aku tengok dorang ni beli pulak rotan panjang sorang satu, senang nak merotan anak murid kat sekolah nanti. Adoi le macam-macam.

Dah tu, kami pergi ke Batu 4 pulak, melawat tempat membuat pasu. Ada bemacam-macam jenis pasu kat sini. Kami juga berpeluang untuk melihat cara-cara membuat pasu nih. Kami duk kat sini sekejap je, aku tengok muka sensorang macam boring je, ye la, dorang ni kalau dibawa ke tempat bersopping baru le bersemangat, tau dah. Hehe. Dalam setengah jam duk kat situ, kami terus ke bandaraya Kuching kembali. Sepatutnya destinasi lawatan kami seterusnya ialah melawat Muzium Sarawak, tapi dah hampir pukul 5 petang, jadi kami batalkan je la. Lepas makan, kami ditinggalkan kat "water front" pulak. Ha apa lagi, kami pun jalan-jalan kat kedai-kedai tepi sungai nih, kat sini banyak kedai menjual barang-barang kraftangan Sarawak. Pastu kami jalan-jalan kat tepi sungai nih, sambil ambil gambar kat sini. Seronok je jalan petang-petang kat sini. Dah puas jalan-jalan, kami naik perahu ke seberang pulak, nak pergi ke tempat membuat kek lapis Sarawak tu. Tempat buat kek lapis tu memang glemer la, apa nama kedai tu ye, ada nama Dayang gitula. Kat sini macam-macam jenis kek lapis ada, biasa aku beli yang masam-manis tu, bes jugak. Kat sini pun kalau nak pos ke rumah pun boleh, hanya kena bayar pos RM5 je. Geng-geng Bintulu ni bagus betul, siap beli banyak-banyak kek ni untuk anak-anak murid kat sana. Begitula kalau dah jadi cikgu ni, kita pergi je kat mana-mana mesti teringat juga kat anak murid kita nih. Betul tak?



Haha... saja nak tunjuk gambar jalan-jalan cari makan nih. Ni di antara, masakan pilihan aku, ada nasi lemak, roti canai, bihun goreng, nasi goreng, nasi ayam dan lain-lain la. Nasi tu memang takleh tinggal la. Kalau kat Tegelam, 2 minggu lepas aku selalu je kena serang pedih-pedih perut nih, tapi bila keluar je, langsung tak rasa sakit, yela, kerja aku makan je, emosi pun stabil, jadi tak sempat nak rasa sakit. Jadi, moralnya, aku kena keluar dari sana la ye...


Ahad, 12 Julai 2009

Geng-geng Bintulu ni bertolak balik ke Bintulu dari airport Kuching ni dalam pukul 7 pagi lagi. Dorang terpaksa balik awal pagi, sebab takde banyak sangat penerbangan ke Bintulu nih, pastu dorang kan duk pedalaman 2 ngan 3 nun jadi masih jauh lagi perjalanan dorang nih. Nanti sampai kat airport Bintulu, dorang kena ambik teksi ke bandar Bintulu. Lepas tu tukar pulak naik kereta atau van ke jeti. Dari situ naik bot ke tempat masing-masing. Yang kawan aku kat p2 tu cerita, tambang bot untuk ke tempat dia je dah RM400 satu bot, sebab tu dorang selalu keluar beramai-ramai. Ada sekali tu, bot yang dorang naik ni tetiba enjin mati kat tengah-tengah sungai nih. Rupa-rupanya minyak bot tu habis, jadi dorang beramai-ramai mengayuh bot tu pakai tangan je... huhu, dasat tu...

Apa-pun, dorang gembira betul dapat datang melancong ke Kuching nih, bukan melancong ni, datang menyopping lebih tepat! Hihihi... Aku pulak seronok sungguh bercuti selama tiga hari kat Kuching nih, dapatla mengurangkan ketensenan aku nih. Aku bertolak pulang ke Tegelam dalam pukul 11 pagi, kakak terpaksa datang ambik aku awal-awal, sebab Bos yang jadi dreba perahu kami kat Sungai Batang Sadong tu ada sms kakak yang dia nak keluar ke Simunjan pukul 1 petang nanti. Jadi terpaksa kami balik awal, nanti kalau lewat, takde sape plak nak ambik kami nih. Huhu...


Sampai je kat rumah aku kat Tegelam ni dalam pukul 1.30 petang, sambil duk mengemas rumah sikit, yela akukan meninggalkan rumah tiga hari, jadi si abe cak ngan kak ti pun bermaharajalela la kat rumah aku nih. Tengah menyapu tu, budak-budak ni datang kat umah aku nih, ni ha anak-anak murid aku Olivia ngan Roslend. Duk borak ngan budak-budak ni, keluar pulak cerita Justin budak darjah 2 patah kaki, sebab jatuh dari pokok pedada tu. Terkejut aku, dorang cakap Justin jatuh pokok ni hari Khamis lepas aku keluar ke Kuching tu. Adoila, macam-macam budak ni. Tu korang tengok kat atas tu, baru je aku cakap kat entri aku sebelum ni pasal buah pedada, pasal budak-budak ni suka panjat pokok tu, ha tengok, dah ada yang jadi mangsa, sampaikan patah kaki, kena simen lagi. Menurut cerita budak-budak nih, selepas jatuh tu, cikgu-cikgu ngan orang kampung bawa Justin ke hospital Simunjan dengan menaiki bot laju milik Tuai Rumah, dalam setengah jam sampai kat Simunjan. Selepas dibawa ke hospital Simunjan, hospital sini pulak bawa ke hospital Kuching dengan menaiki ambulan. Teruk juga kecederaan si Justin nih.


Isnin, 13 Julai 2009


Ha ni dia hero Tegelam nih. Siap senyum lagi. Petang tu, kami semua guru ni, pergi melawat Justin ni kat rumah panjang nih. Justin ni baru je sampai kat rumah dia hari nih. Tengokla, sampai ke paha kaki Justin ni disimen. Kesian pulak kat budak nih. Duk mengadu kata kaki dia gatal, tapi tak boleh nak digaru. Tu la, aku cakap, sabar je la, nanti bila dah baik, dah boleh buang simen tu, takpela. Aku ada tanya kat dia, lepas ni nak panjat pokok pedada lagi tak? Cepat-cepat je geleng kepala. Ha, baru tau, kalau aku duk membebel sebelum ni tak nak dengar. Dah banyak kali aku cakap jangan duk panjat, tapi degil juga, panjat juga. Ye la budak-budak, selagi tak kena memang akan duk panjat memanjatla. Sejak peristiwa Justin jatuh nih, aku tengok dah takde dah yang duk memanjat pokok-pokok nih. Semuanya macam serik la, ye la dorang tengok sendiri keadaan Justin masa jatuh tu. Kiranya jadi pengajaran kat budak-budak ni la... Aku harap Justin cepat sembuh, dan boleh datang ke sekolah macam biasa.


post signatureItulah catatan aku sepanjang awal bulan Julai nih. Rupa-rupanya dah masuk bulan ketujuh aku kat bumi Kenyalang nih. Bermacam-macam cerita, peristiwa, pengalaman sepanjang aku berada di sini. Tak sabar rasanya aku nak kembali ke semenanjung nun... bila agaknye ye... Ape pun aku sungguh gembira la. Seronok dapat join ngan geng Bintulu nih. Majoriti semuanya dari Kelantan, yang lain sorang dari Johor, dan sorang lagi dari Pahang. Dorang ni memang memahami sungguhla, memang boleh dibuat kawan la, kat sini aku rasa la suasana ukhwah tu. Yela, sama-sama merantau, profesion pun sama, sepatutnyalah kami dapat memahami sesama kami ni, pastu pulak datang dari semenanjung pulak tu. Masa berkumpul beramai-ramai ni la, kami dapat bercerita, meluahkan masalah masing-masing dan sama-sama mendengar dan membantu menyelesaikan masalah kami nih. Barulah kita tak rasa tensen, tak rasa tertekan, nak balik ke tempat masing-masing pun macam bersemangat je, dan aku juga turut merasai kekuatan itu... Semoga hubungan kami selepas ini akan berterusan sampai bila-bila. Yang besnye, kami dah merancang nak pergi berjalan ke tempat lain pulak... Jom sape nak ikut!!

Saturday, July 11, 2009

Pergi Jua Natrah...





Sebaik saja aku membuka internet petang tadi, tetiba aku mendapat mesej dari adik aku yang menyatakan Natrah meninggal dunia...


Terhenti sekejap aku bila aku mendengar berita ini. Terus aku meng"google" mencari berita-berita terkini mengenai Natrah ni. Bagi aku, cerita mengenai Natrah ni merupakan satu sejarah yang masih tidak luput dari ingatan aku ni. Walaupun aku masih tidak wujud di dunia ni semasa tragedi ini berlaku, tetapi semasa umurku di awal remaja, masih belasan tahun, aku dan adik-beradikku telah didedahkan mengenai kisah sadis yang menimpa Natrah ini.


Aku juga selalu mendengar lagu berirama nasyid yang berjudul "Pulanglah Natrah" oleh kumpulan Al-Wadi, amat menyentuh perasaan aku sebagai seorang yang beragama Islam ini. Betapa kisah Natrah ini begitu sedih sekali apabila kita mengikuti ceritanya dari awal. Malahan kisah Natrah ini begitu diambil cakna oleh seluruh rakyat beragama Islam di Singapura khususnya sehingga mencetus rusuhan yang dinamakan Rusuhan Natrah. Betapa pada masa itu, orang Islam begitu amat sensitif apabila hal berkaitan agama seperti ini berlaku. Masih menebal lagi jiwa orang Islam dengan isu-isu sepeti murtad ini.

Namun, setelah pelbagai usaha yang dilakukan, terutamanya oleh keluarga angkat dan suami Natrah sendiri, Natrah tetap terpaksa kembali kepada keluarganya di Belanda. Banyak kisah kehidupan Natrah dipaparkan di pelbagai media cetak dan elektronik. Bahkan kisah Natrah juga turut difilemkan dan dibukukan. Ini menunjukkan kisah Natrah ini merupakan suatu kisah dan tragedi yang begitu besar sekali.


Kisah Natrah boleh dirujuk di sini, juga di sini dan banyak lagi laman-laman lain.

post signatureItulah, sebagai seorang yang beragama Islam, kita sepatutnya sensitif dengan pelbagai isu seperti murtad yang begitu ramai sekali dilaporkan. Banyak kisah-kisah seperti Aisyah Bukhari, Lina Joy dan ramai lagi yang pengakhirannya kita tidak tahu apa yang berlaku. Semoga kisah-kisah seperti ini mampu ditangani oleh mereka yang dipertanggungjawabkan dan juga sebagai individu juga kita patut dan wajib untuk membantu sedaya mampu kita hatta hanya dengan doa. Oleh itu, hendaklah kita mendidik anak-anak yang masih kecil ini dengan ilmu agama yang dapat membenteng kita dari melakukan perkara yang tak terjangkau oleh kita yang muslim ini.

Pergi jua Natrah...


Saturday, July 4, 2009

Aku takkan serik!!

Setelah aku berkurung hampir seminggu di bilik aku ni, baru hari ni aku kembali mendapat sedikit kekuatan. Walaupun sebelum ini memang kebiasaan aku menghabiskan masa luang aku di bilik ni, berhadapan dengan bespren aku si hp ni, tapi minggu ni aku betul-betul hanya duduk di dalam bilik ni je, merenung kembali apa kesalahan, perbuatan, sikap aku yang mungkin menyebabkan ada yang terasa hati dengan aku ni. Entahlah, bila aku fikir sekali, aku ni kebiasaannya balik sekolah hai-hai, cakap biasa-biasa lepas tu terus balik ke rumah aku. Kalau takde kelas pukul 2 petang aku terus berehat je, sambil layan anak-anak murid aku yang selalu duk mengetuk pintu rumah aku ni. Biarlah, apapun memang dah kebiasaan aku macam ni, orang lain pun tak boleh nak kata ape la. Kalau aku kat Mache pun begini juga, kalau duk rumah sewa sebelum ni pun macam ni juga, kalau duk mengaji dulu pun begini la juga. Susah juga rupanya ye...

Haha, gapo mu duk mengarut koksir ni piz? Hehe... sesaja melayan perasaan sikit, minggu ni aku rasa aku kureng ganah skit, tapi tetap ado la ganah tu, payoh doh nok bue... Dan untuk pengetahuan semua, walau apepun yang berlaku aku takkan pernah serik-serik untuk terus melakar cerita liku-liku kehidupan aku di sini, senang nanti, bila dah rasa tua-tua nanti (sekarang masih budak-budak lagi le...), bila nak rujuk cerita zaman muda belia aku ni tekan je tetikus ke touch pad ke, boleh baca cerita-ceriti aku ni ngan tengok gambar-gambar sekali, tu pun kalau masih tak rabun lagi la... hahaha...

Okey, sekarang aku nak bercerita la cerita sepanjang dua minggu yang lepas dan hingga hari ni...


Macam biasa la kat sekolah, ni dah masuk bulan ke tujuh tahun ni, aku ni mengajar subjek Matematik untuk darjah 3 hingga 6. Sekarang ni aku sedang berusaha sedaya upaya untuk menghabiskan silibus mata pelajaran matematik untuk darjah 3, 4 dan 5. Untuk darjah 6 dah lama aku habiskan, sekarang ni memang boleh dikatakan setiap hari aku bagi ujian kertas model UPSR untuk membiasakan mereka ni menjawab soalan sebenar UPSR nanti. Nampakya, aku melihat banyak peningkatan terhadap subjek yang dikatakan "killer" oleh kebanyakan budak ni. Ye la, sebelum cuti baru-baru ni, daripada 6 orang murid darjah 6 ni, kebiasaannya 2 orang daripadanya akan gagal. Tapi kini sehingga ke hari ini, aku lihat keenam-enam mereka ni berjaya lulus dengan baik dalam ujian Matematik ini. Syukurlah, aku harap lepas ni, keputusan mereka akan terus meningkat dengan lebih baik, InsyaAllah.

Sekarang ni aku rasa agak sibuk juga, dari pagi, petang, siang, malam dan hujung minggu aku kena jaga kelas. Tapi tidaklah setiap hari, mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semua guru terlibat. Kalau kelas malam tu dari jam 7 petang hingga 8 malam, lepas tu sambung lagi kelas mentor-mentee untuk murid tahun 6 dari jam 8 hingga 9.30 malam. Biasa kalau untuk mentee aku, aku buat kat rumah aku je, ye la dengan budak 2 orang je, senang sikit nak perhatikan dorang ni, nak makan minum pun lagi senang. Tapi sebenarnya, lebih menyenangkan aku sebenarnya, hihi...

Ni pulak kisah hujung minggu yang lepas. Minggu lepas tu semua orang keluar ke Kuching, jadi aku pun keluar juga la. Yang sadisnya, aku takde tempat nak menginap!! Huhu... mula-mula aku ingat nak pergi rumah kawan sekolah aku dulu yang mengajar kat Santubong tu, tapi biasa la jenis hero tok gaduh nih, bila aku tepon kawan aku tu, dia pulak ada program kat PERKIM sampai hari Ahad, adoi la. Pastu, Lini ni siap ajak aku join program dia tu, adusla, aku ni dahle tak bawa kelengkapan secukupnya, jadi aku cakap lain kali je. Lepastu aku tepon Kak Ida pulak, biasa kalau aku pergi Kuching aku lepak rumah Kak Ida ngan Zu la, tapi tak jawab pulak panggilan aku ni. Mesti duk kat sekolah lagi ni. Adusla. Pastu, aku tepon pulak hotel-hotel yang biasa aku lepak kat Kuching tu, alamak semua penuh! Sadis sungguh aku. Nak pergi mana la aku ni, takkan nak duk menginap kat masjid kut. Cubaan sungguh. Duk tengah kalut fikir tu, tetiba aku teringat kat Baby, housemate merangkap classmate aku masa duk IPKB dulu. Terus aku tepon dia, Alhamdulillah, Baby kata no hal, dia pun dalam perjalanan nak balik rumah sewa dia kat Samarahan tu. Aku pun apa lagi, terus mintak kakak hantar aku kat Desa Ilmu, Samarahan tu. Ada juga rumah aku nak menginap sepanjang dua hari tu. Lepas je aku bereskan hal tempat tinggal tu, tetiba Ha, kawan aku kat Samarang, Betong tu suh aku pergi lepak kat maktab Samarahan ni, sebab dia sekarang tengah tunggu pereksa akhir untuk jqaf kat maktab tu. Emmm, takpelah, kesian pulak Ha, kan kalau aku ada, duk mengacau dia nak study pulak. Lepas Ha tepon, Kak Ida pulak tepon aku, tanya kenapa aku tepon, dia kata kalau nak pergi rumah dia kat Kuching boleh la, tapi minggu ni ramai pulak kawan-kawan Kak Ida pun pergi melepak rumah dia. Kak Ida kata kalau nak pergi boleh je. Tapi bila aku fikir, aku rasa baik aku duduk ngan Baby je, lagipun dah lama aku tak jumpa ngan baby nih, banyak benda aku nak cerita ngan baby, terutamanya bab aku dah pandai masak! Hahaha...

Tu Baby ngan Nurul dan sorang lagi Baity, kawan serumah baby. Best juga dorang ni, macam kawan yang dah kenal lama pulak. Lagi-lagi Nurul tu, bagus sungguh, asyik duk bagi nasihat dan dorongan kat aku ni. Betul kata Nurul, kalau kita fikir kita ni susah, ada lagi lebih ramai orang yang lebih susah dari kita!. Ye, aku pun memang pegang macam tu, cuma nak kena dengar orang bagitau sokmo, hihihi. Duk kat Samarahan ni aku sempat merasa naik bas ngan van penumpang ke Kuching. Waaa tak pernah-pernah aku rasa, pertama kali aku naik tu, sensorang pulak tu. Ceritanya, sebab Baby, Nurul ngan Baity ada sekolah ganti hari Sabtu tu, jadi tinggal aku sensorang kat rumah tu. Boring punya pasal, aku keluarlah jalan-jalan. Ingat nak tepon teksi, tapi aku rasa macam tak mencabar je naik teksi ni, nak juga aku merasa naik bas ngan van penumpang nih. Baru le rasa ganah! Lepas aku bertanya-tanya orang kat tepi jalan ni, malu bertanya sesat jalan... aku berjaya juga menaiki bas 10A ke Kuching dan menaiki van penumpang semasa pulang. Ok la juga. Rasa hilang sekejap ketensenan aku tu. Dapat jumpa pulak kawan baru, Aisyah masa pulang kat atas van tu. Banyak dia bercerita pasal kebiasaan orang-orang di Kuching dan macam-macam lagi la. Menurut Aisyah, kalau boleh hari Sabtu jangan berjalan sensorang kat bandar Kuching terutamanya kat Water front tu, sedikit merbahaya, sebab ramai mat-mat dan mek-mek keluar melepak. Rupanya hari Sabtu hari untuk muda mudi yang memang orang tempatan Sarawak keluar melepak, manakala hari Ahad pulak geng-geng Indon pulak yang keluar melepak, dia gilir-gilir. Dan aku juga mengalami peristiwa menggerunkan juga la, semasa menunggu van tu bergerak, bila tetiba je sekumpulan remaja ni beramai-ramai mengejar seorang lelaki India, macam ada sedikit pergaduhan la. Huhu, macam-macam piz nih.

Apa-pun terimakasih kat baby, nurul dan baity, bes betul hari tu ye, yang bes lagi, aku sempat merasmi kereta baru baby tu, baru dua hari keluar... rezeki aku. Haha. Nanti lain kali, kalau aku keluar, kita lepak lagi la. Aku ni tak kisah, aku kawan dengan semua orang, tu la, bila duk kat tempat orang ni kawan-kawan ni memang penting juga la. Ada la dorang ni ajak aku menyewa sekali kat apartment tu, macam dorang ni pun duduk kat pedalaman juga, tapi setiap minggu dorang keluar dan tinggal kat sinilah. Tapi aku ni susah nak keluar, sekali sekala tu bolehla, maklumlah tenggelam. huhu.

Kembali plak ke Tegelam nih. Haa, tu buah kat atas tu nama dia buah pedada, rasa dia masam manis. Pokok dia kat tepi sungai ni je. Budak-budak ni memang suka makan buah nih, balik sekolah je mesti pergi panjat pokok nih. Isy runsing juga aku tengok budak-budak ni panjat, takut jatuh la. Tapi dorang ni memang pakar, walaubagaimana pakar pun, budak tetap budak, kalau bahaya tu tetap bahaya la. Tu pulak buah limau susu. Aku suka makan buah limau nih. Selalu budak-budak ni datang jual buah limau susu, buah limau kasturi nih. Aku ambik je. Rasanya taklah masam sangat, manis-manis gitu. Haha, yang tulisan "Tutup-cikgu rehat" tu terpaksa aku tampal kat pintu rumah aku. Budak-budak ni setiap masa datang menyerbu ke rumah aku nih. Kadang-kadang tengah aku tidur, duk main tenet, macam-macam la, budak ni datang ketuk pintu. Untuk mengurangkan kekerapan tu, aku tampalkan notis tu. Emmm, sekejap je, lepastu macam biasa juga, ketuk juga pintu aku tu, terpaksa la aku melayan... huhu, tak ikhlas la pulak! Hehe, ni kad Hello ni kad Hari Guru nun dari kak memot!! Timakasih kak memot, ingat kat ambo yang makin lama makin tenggelam nih... Kad ni aku terima lepas buka cuti sekolah baru-baru ni. Hampir sebulan juga kad ni dipos baru sampai... sib baik tak tenggelam...


Ini cerita kalau aku rasa tertekan, rasa tensen jadi ginilah. Keluarlah benda-benda yang bukan kebiasaan aku nih. Ni peel baru aku kat tegelam nih, tetiba kalau tensen aku memasak masakan yang tak pernah-pernah aku buat. Tu kari ayam, haha ni pertama kali aku masak kari, tak pernah sehayat aku ni memasak kari. Hahaha, gelak lagi.... ni pun rumet aku yang bagitau cara-cara nak buat, lepas tu Nisa ajar aku cara bancuh kari tu, hahaha, lawak... lawak... bila dah masak, Nisa orang pertama rasa. Nisa kata ok, cuma mata ngan hidung dia berair tak berhenti sebab pedas!! Memang aku makan pun pedas giler, rumet aku je makan dia kata ok, sebab rumet aku suka pedas. Tu pulak, entah lauk apa aku masak, berjenis-jenis sekali masak, sebab masa tu memang aku tengah tensen giler, hujan pulak tengah turun, sambil-sambil duk bersms ngan kak memot, sambil-sambil jawab tepon dari adik ngan mi aku.... huhu...tak tahannn... Yang bawah tu pulak, tensen yang menyeronokkan, beli kain batik pua kumbu untuk mi, abah ngan adik-adik perempuan aku nun. Haha, ni pun tensen bes juga. Yang tu pulak tensen paling teruk aku rasa, tak tahan, seminggu ni tensen, aku tempek je bedak sejuk tu tebal-tebal. Puas hati aku. Tapi bila tengok kat cermin ngan gambar nih, waaaaaaaaaaaaaa menakutkan juga!!!


Inilah dia akibat aku kalau aku mengalami ketensenan. Mulalah penyakit-penyakit aku muncul. Huhu... Aku ni kalau tak jaga makan, lambat makan maka mulalah rasa sakit-sakit perut, pedih-pedih perut. Selagi aku boleh tahan, aku tahan, aku takkan makan ubatnye, memang aku ni jenis manusia yang amat susah nak menelan ubat, kalau memang terpaksa sangat baru aku makan. Sebab tu aku tak banyak simpanan ubat, hatta panadol pun aku takde. Tu ubat minyak cap kapak ngan pil chi-kit teck aun tu aku terpaksa beli dan makan sebab tak tahan aku kena serang cirit birit berturut-turut selama dua minggu nih. Tak tahulah sebab apa. Tu pulak yang bermacam-macam jenis ubat tu, Al bagi kat aku sebab kelmarin aku diserang lagi sekali cirit-birit, muntah-muntah, sehingga hampir pitam, dari jam 2 pagi sehingga 4 pagi aku duk berulang ke bilik air. Aku memang rasa dah tak tahan sakit, rasa nak pergi hospital masa tu jugak! Tapi lepastu bau aku tersedar, rupa-rupanya aku duk kat kawasan pedalaman nun... huhu... aku hanya mampu bertahan sambil mengerang kesakitan dam cumur minyak cap kapak sahaja, sehingga ke pagi... Pastu, pagi tu aku dah pesan kat rumet aku, dah bagitau Al ngan gb yang aku tak dapat gi sekolah, aku hanya mampu duk melepek kat tilam je, ubat yang Al baru bagi pun aku tengok je, aku memang tak makan, memang susah betul aku nih. Tu aku mampu minum nestum ngan biskut je, tahan la sampai petang. Lepastu baru aku masak nasi, goreng telur, untuk alas perut aku. Yang ada halia, beras barli ngan gula batu tu, petua untuk ubat gastrik dari kak memot. Aku beli dari minggu lepas lagi, tapi sampai ke hari ni aku tak buat pun lagi. Entah bila aku nak proses benda tu. Cara nak buat pun aku dah lupa, nanti kalau aku tanya lagi sekali kat kak memot mesti kena nih! Huhu...


post signaturePiz... piz... mace-mace la mu nih. Gi gi kelik mache la gitu gak, aku sokong mu!!!

Apapun, ini semua adalah cabaran untuk aku bernama manusia dan hamba Allah ni. Macam Nur kata la, setiap kesusahan tu ada kebaikan, cuma kita kena redhala... Aku juga nak ucap terimakasih la kat semua keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada aku ni. Terimakasih banyak-banyak. Dan aku juga berharap, moga-moga permohonan aku itu diterima dan diuruskan dengan serta merta. Aku dah letih, penat sebenarnya... aku tak tahannnn... tapi aku takkan serik!!

Wednesday, July 1, 2009

"Don't be Sad..."










post signature

Salam kemaafan buat semua pembaca blog ini, andai ada salah silap dari penulis buat semua. Tiada niat untuk membuat seseorang terasa hati atau tidak. Tujuan utama blog ini dibina ialah untuk bercerita mengenai kehidupan seorang bakal guru pada masa itu dan kini sebagai seorang guru. Blog ini hanyalah satu wadah luahan hati seorang penulis yang suka bercerita di dalam hati. Apabila dinukil begini terjadilah entri-entri ini.

InsyaAllah penulis akan terus menulis dan mengambil iktibar dari semua peristiwa yang berlaku. Sekali lagi salam kemaafan buat semua... Semoga penulis terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh ujian dan cabaran di mana jua berada... Yang pasti kebenaran itu memang sukar untuk diterima...