Friday, May 29, 2009

Cerita Sebelum Bercuti

Sudah beberapa malam aku tak lena tidur ni, bukan ape, dalam kepala aku ni duk fikir nak kelik ke Mache jah... hehe. Malam ni pun sama juga, dah le kemas barang-barang kat atas rumah ni tak siap lagi, boring la, jadi aku duk main macam ni la. Pulak tu tadi LB ajak aku main teka-teki loghat Kelate kat Facebook, aku pulak jadi sifu nih, ala kacang jah, natijahnya, lb berjaya memenangi kesemua kuiz tu! Hahaha... Tapi ada juga le jawapan yang aku tersasul dan loghat yang aku tak pernah guna. Menurut lb aku kena balik mache pastu makan banyak-banyak budu tu, sebab nampak macam dah nak hilang dah pengayaan bahasa klate aku nih!!

Jadi, daripada aku duk memain kut lain tu (aku baru dapat game baru la... haha), baik aku mengetuk keyboard ni, ada juga faedahnya. Oleh kerana esok aku dah nak meninggalkan bumi Tegelam ni selama dua minggu (cuti sekolah le), jadi aku nak bercerita la mengenai minggu-minggu akhir di Tegelam nih. Banyak aku nak cerita, tapi malas la, aku cerita sikit-sikit dah le.

Minggu Peperiksaan Penggal Pertama


Biasala bila dah masuk pertengahan tahun ni, dan sebelum bercuti dua minggu, murid-murid sekolah kena menduduki peperiksaan penggal pertama dahulu. Haaa padan muka budak-budak ni, duk sibuk nak bercuti, nak sambut Gawai je, ni jawab dulu pereksa ni betul-betul baru boleh nak bercuti. Tapi sebelum budak-budak ni pereksa, aku la yang pening kepala. Ye a, semua soalan Matemati
k dari darjah 3 hingga darjah 6 aku yang kena sediakan... waaa penat juga a, nak kena cari soalan, pilih soalan, reka soalan, buat soalan dwibahasa, buat skema jawapan bahkan semua kerja -kerja mencetak soalan dan sebagainya semua aku kena buat (ai tak puas hati nampak!)... huhu. Walaubagaimanapun, keputusan keseluruhan bagi subjek Matematik kali nih dah bertambah baik, kecuali darjah 6, hanya 4 orang lulus daripada 6 orang murid. Darjah 3, 4 dan 5 semua lulus. Tak disangka Joranica ngan Ameliya yang sering bermasalah pun boleh lulus. Emm sampai hari ni aku masih tak bagi apa-apa pun hukuman kat budak berdua nih, susah a. Sebaliknya, aku gi belanja budak-budak ni aiskrim pulak, tapi untuk yang lulus je la, nak bagi semangat dan penghargaan untuk budak-budak nih. Sib baik budak 19 orang, kalau beratus-ratus orang satu sekolah, waa teruk juga aku ni (oi kene ikhlas wei!!) ...


Sambutan Hari Guru


Selepas budak-budak ni habis pereksa, sekolah kami mengadakan satu majlis sambutan Hari Guru secara sederhana sahaja, bersesuaianlah dengan keadaan sekolah kami ni. Tapi meriah juga walaupun bilangan pelajar dan guru hampir sama. Sebahagian orang kampung turut datang memeriahkan sambutan ini. Jam 5.30 pagi lagi, si Puteri dah mengetuk pintu rumah... oo rupanya aku ngan Lis ditugaskan untuk menggoreng ayam untuk jamuan nanti... ye la, takkan nak suruh makcik-makcik Iban yang memasak untuk kami ni... Seronok pagi nih, semua guru dan murid-murid nampak ceria je. Waaa senuanya nampak jangok-jangok belaka, aku macam biasa a, ganah!!

Tugas aku hari ni, jadi jurukamera bersama Josh. Adoila macam-macam gelagat guru-guru yang sempat kami rakam. GB aku pun nampak bersemangat betul hari ni, dengan berkot, bertali leher dan berkemeja warna oren tuu... bagus-bagus!! Antara aktiviti-aktiviti yang kami lakukan hari ini ialah bacaan ikrar hari Guru, "mensumbangkan" suara dengan menyanyikan 4 buah lagu, lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang, Masihkah Kau Ingat dan "I Have a Dream". Kesemua lagu ni merupakan lagu pilihan dari GB kami... Selepas tu persembahan sajak dan sketsa oleh murid-murid. Dah penat dengar lagu tu, cikgu-cikgu, murid-murid dan orang kampung berpoco-poco pulak. Lepas tu aktiviti permainan yang agak menarik ialah permainan rebut-rebut kerusi untuk dewan undangan tegelam! Hahaha... Aku? Hehe... aku kan terer bab mengelat nih... sebab tu aku jadi jurukamera, jadi itu je la kerja aku hari nih. Hihihi... Dan aktiviti terakhir kami pada hari ni ialah makan-makan... yang ni aku tak mengelat, kalau mengelat yang ni lapar le...


Ha ni ape pulak gambar beras ni?? Ini la dia beras bukit atau pun padi huma tu. Wangi bau beras ni, macam kita letak daun pandan pulak (waaa lapar le pulak!). Kalau kita masak pun wangi bau nasi tu. Beras bukit ni sebenarnya dihadiahkan oleh murid-murid kat sini sempena hari guru nih. Diorang ni kalau bagi beras kat kita ni maksudnya dorang betul-betul menghargai dan sebagai ucapan terima kasih kat cikgu-cikgu ni. Ye la, kehidupan masyarakat kat sini memang macam ni. Tapi yang aku tabik kat orang kampung ni bab gotong royong, tolong menolong memang bagus la, lagi-lagi nak sambut hari Gawai ni, lagi la.

Duk bergembira menyambut hari guru ni, tetiba je Amelya (gambar) datang jumpa ngan aku dan semua guru-guru lain, nak bersalaman... ooo rupa-rupanya Amelya ni nak bertukar sekolah lain la pulak. Adusla... maknanya sekarang ni daripada 19 orang dah tinggal 18 orang je la murid kat sekolah ni. Tahun depan pulak, bila budak darjah 6 ni yang seramai 6 orang ni keluar, yang bertambah untuk darjah 1 ialah seorang sahaja... Huhu, hampir menyamai bilangan guru di sekolah ni la... Tapi takpe, bagus tu... boleh guna konsep mentor la, seorang guru-seorang murid. Ok la tu..., tapi jangan pulak nak mengajar menyanyi, tu dah tersalah konsep tuuuu... Semoga adik Amelya dapat terus belajar di sekolah baru dengan gembira lebih-lebih lagi dapat tinggal bersama ibu, ayah dan adik-beradik yang lain...


Hari Jumaat, 29 Mei 2009

Hahaha... hari yang aku duk tunggu-tunggu selama hampir3 bulan ni... yea... nanti siang nanti, habis sekolah, aku dan seme cikgu-cikgu kat sini akan keluar dari tegelam ni, balik kampung le, ape lagi... Dengan kuasa veto yang ada pada aku, aku telah memaksa adik aku yang kat Betong nun datang mengambil aku kat jalan besar kat luar nun. Dari Tegelam kami naik perahu bos. Lepas tu aku naik kereta ngan Nisa sampai ke jalan besar nun, adik aku nanti tunggu kat situ la. Pastu kami sama-sama la pergi ke Kuching nanti. Yela aku bukan sesaja paksa adik aku la, kebetulan dia pun nak kelik bercuti juga, jadi takde hal la. Nanti aku nak singgah kat suatu tempat, ada la aku nak buat sesuatu...hehe...


post signatureItulah dia cerita-ceriti aku sebelum aku balik bercuti. Waaa memang tak sabar le, banyak benda aku nak buat cuti nih, yang utama aku nak cari budu raja dulu, dah lama sangat tak makan... Ok semua, selamat bercuti kepada semua yang bercuti, yang tak bercuti tu jangan sedih-sedih la ye... :)

Tuesday, May 26, 2009

Contoh Karangan Calon UPSR

Sebelum kita mengomen apa-apa... jom kita baca dahulu karangan bahasa Melayu seorang murid UPSR ini yang diambil daripada blog ni...

Kemalangan yang mengerikan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris:

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Apa perasaan anda membaca sebuah karangan bahasa Melayu ini? Tidak pernah saya terfikir budak yang berusia 12 tahun, yang menduduki UPSR dapat mengarang sebuah karangan yang sungguh jauh jangkauan dari pemikiran kita. Betapa pemikiran kanak-kanak ini melepasi tahap pemikiran yang sepatutnya ada pada kanak-kanak yang sebaya. Apakah punca yang menjadi sebab kepada penghasilan karangan ini? Cuba kita fikirkan...

Walaupun saya juga pernah menempuh alam kanak-kanak, meminati cerita kartun, animasi Ultraman, Gaban, Suria Perkasa Hitam, Sailormoon, Dragon Ball dan pelbagai cerita anime yang lain, namun tak pernah pula saya terfikir untuk mengarang sebuah karangan ala pemikiran kartun begini. Mungkin pemikiran budak-budak sekarang lebih terkehadapan daripada pemikiran kita pada zaman sebelumnya, walaupun cerita anime yang dipaparkan dari dahulu hingga kini ada yang masih sama dan ada juga yang lain, tapi konsep cerita anime ini adalah sama. Contohnya, watak penyelamat dunia dari raksasa, makhluk asing dan sebagainya tetap sama.

Mujur juga saya tidak mengajar subjek bahasa Melayu, agaknya mungkin saya juga akan mengalami tekanan dan mungkin juga akan menampakkan ciri-ciri tertekan, sebagaimana yang berlaku kepada kawan saya yang mengajar subjek bahasa Melayu, setiap kali kawan saya ini menanda kertas ujian dan buku latihan, pasti dia akan tersenyum dan ketawa keseorangan dan adakalanya akan menggeleng kepala tidak henti-henti dan ada ketikanya akan menunjukkan reaksi muka yang pelik... Susah juga hendak saya ceritakan.

Begitulah yang berlaku pada anak-anak, murid-murid dan pelajar kita pada hari ini. Pelbagai perkara pelik dan perkara yang tak sepatutnya wujud dalam diri mereka yang baru berada di bangku sekolah ini. Ibubapa dan gurulah yang perlu memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak ini... Betapa tugas seorang guru di sekolah bukan hanya mengajar dengan mencurah ilmu dan menghabiskan sukatan pelajaran, namun guru juga perlu mendidik mereka mengikiut acuan yang sebetulnya. Begitu juga ibubapa tidak sepatutnya menyerahkan tugas mengajar dan mendidik anak-anak ini kepada guru semata-mata.

post signature Tak tahu nak katalah, semakin hari pelbagai ragam murid-murid yang perlu guru-guru menanganinya. Kalau murid-murid ini berjaya, pastinya ibubapa akan merasa amat bangga sekali... tapi sebaliknya apabila murid-murid ini gagal, yang pasti guru yang akan dipersalahkan...

Saturday, May 16, 2009

Hari Ini Hari Guru



Bangun pagi-pagi hari ni, pelik pulak aku tengok roomate aku, lis duk bersiap... oo rupenya nak keluar ke Sungai Apin, kat Simunjan nun, nak join bagi sokongan kat team bola tegelam rupanya... takpe la, sila-sila, aku lebih suka melepak kat bilik aku kat tegelam nih daripada mengikut dorang ni pergi sana... Aku ingat nak sambung tidur semula, sebab semalam, aku tak pasti aku lena pukul berapa, sampaikan laptop aku pagi tadi baru aku tutup. Ooo baru aku ingat, semalam aku duk fikir, duk cari idea nak dimasukkan dalam entri aku pasal hari guru nih, tapi memang semalam aku tak dapat langsung idea, jadi aku duk merempit je la ...


Haha... ye betul... hari ini Hari Guru rupanya... ye, buat kali pertamanya, aku menyambut hari guru secara rasmi sebagai seorang guru... Jika sebelum ni aku menyambut hari guru sebagai seorang murid, seorang pelajar, seorang anak guru, seorang guru ganti, seorang guru pelatih... jadi hari ini secara rasminya aku menyambut hari guru yang pertama ini sebagai seorang yang betul-betul guru di sebuah rumah guru jauh nun di pedalaman Simunjan, Sarawak...

Dengan semangat hari guru nih, jam 7 pagi, aku terus bangun, mengemas bilik ngan rumah aku lebih kurang, lepas tu membasuh baju yang menimbun... lepastu baru aku menjamah sarapan pagi dengan segelas air milo dan biskut kering, cukupla. Nampaknya takde masakan special ke sempena hari guru nih? Haha... udang ada, telor ada, ikan bilis ada dan sardin pun ada... apa aku nak masak untuk tengah hari ni ye... aaaa aku bantai je la masak ape, asal kenyang dah le. Kalau duk kat luar nun boleh le aku ajak kawan-kawan aku meraikan hari ini kat mana-mana... Aaaah no hal la, aku sambut kat Tegelam ni pun ok ape...

Selesai aku bersarapan, baru aku teringat telefon aku yang entah duduk kat mana tak tau. Pagi tadi aku duk berkemas, lupa pulak aku letak kat mana... Cari punya cari, rupanya duk bawah bantal aku nih, hampes, duk diam je handset nih, bukan nak menyahut, hampeh! Wow, penuh dengan mesej-mesej ngan miscal le... sape plak reramai nih... pelik nih... Bila aku tengok... huhu sedih rasanya, rupa-rupanya inbox aku dipenuhi dengan ucapan selamat hari guru... sob...sob... semua ucapan tu daripada adik beradik aku ngan kawan-kawan aku, dan anak-anak murid aku kat gua musang nun... ingat dorang kat aku yang duk kat hulu sungai ni ye...

Ni antara sms Hari Guru yang aku dapat...

"Dulu DIA pegang rotan, kau kata DIA garang... Bila DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas... Bila DIA marah-marah, kau kata DIA melampau... KINI... KAU adalah DIA! SELAMAT HARI GURU CIKGU!!!"
~ Miji ipkb~

"Ingatkan campak, rupanya jerawat batu. Ngajar bagai nak rak, bebudak buat tak tahu. Rasa macam nak sepak, takut kena serbu. Mai sini nak habaq, "SELAMAT HARI GURU!"
~Asrul uum~

"Banyak dapat BUNGA? *Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PEN? *Tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? *Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat SMS? *Tanda guru sentiasa di ingatan! *SELAMAT HARI GURU*
~Teacher Soba, Tangkak~

"Please. Allow me to park in your INBOX today. I just wanna greet you HAPPY TEARCHERS DAY 2009! All the best!"
~Miss Nisa, tegelam~

"Sama-sama kita usaha ceria dan gemilangkan dunia pendidikan. Rindu tapi tak dapat bertemu, InsyaAllah rahmat, kasih sayang dan keredhaan ILLAHI milik kita. Bahagia sokmo. Wassalam..."
~kak pah, ipkb~

"GURU... Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina... Berbahagialah menjadi GURU... Selamat Hari Guru Semoga sukses dan dilindungi Allah SWT"
~helmi, hana ipkb~

"No greeting card to send... No sweets to give... No cute graphics to forward... Just A LOVING HEART saying "HAPPY TEACHER'S DAY 2009"'
~kak ida, kuching~

"Guru...
Moga Amal membentuk kesabaranmu, Moga Iman perisai kemuliaanmu, Moga Taqwa menjadi benteng peribadimu, Semoga syahid menjadi milikmu... Selamat Hari Guru..."
~Ina & milin, semarang~

"Guru ibarat matahari yang terus memancarkan sinarnya, tanpa jemu dan bimbang. Berbahagialah guru yang ikhlas berbakti mengharap redha Ilahi... SELAMAT HARI GURU!"
~kak ayu, ipkb~

"Mak cakap CIKGU macam MEGI, makanan rutin time susah...
Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan... Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada... Tapi Saya cakap CIKGU macam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga! SELAMAT HARI GURU!"
~ha, semarang~

"Adakala dicaci, adakala kita dimusuhi, adakala kita dimarahi,
adakala kita tidak dihargai...
Tapi kita tetap tersenyum pilu, kita tetap mara melangkah,
kita tetap sabar dan tekun, kita tetap jitu dan ikhlas...
SELAMAT HARI GURU!"
~ilya, ipkb~

"Bad TEACHER complains, Good TEACHER explains, Better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, Great TEACHER inspires...
HAPPY TEACHER'S DAY..."
~yan, ipkb~

"Jadilah GURU yang hadirnya dinanti dan perginya dirindui kerana mencari GURU yang sentiasa jujur ibarat mencari sebutir permata di sebalik timbunan kaca...
SELAMAT HARI GURU..."
~zura, ipkb~

"Kalau nak kaya jangan jadi GURU. Kalau nak glamour jangan jadi GURU.
kalau nak banyak kerja jadilah GURU. Kalau nak kena marah dengan mak bapak budak, jadilah GURU! SELAMAT HARI GURU walaupun tak berapa selamat jadi guru... hehehe..."
~kak wa, kb~

"A teacher is an artist who paints not on canvas but on children's souls giving the them a colourful and wonderful world. May Allah bless you.
Happy Teacher's Day!"
~zu, kuching~

"Eidul muallimah mubarak 'alaik... kullua'aam wa anti bikhoir..."
~lini, smess~

Huhu... terharu pulak aku membacanya... ini adalah sebahagian kata-kata dari sms sahabat-sahabatku dari seluruh Malaysia nih... Terima kasih kerana masih mengingati cikgu piz di pedalaman hulu sungai nih... kata-kata dan ucapan kalian memberi semangat kepadaku untuk terus menabur bakti di samping anak-anak kecil di Tegelam ini... InsyaAllah...

Ape pun,aku nak ucap TAHNIAH kepada semua guru... besar tanggungjawab anda itu wahai guru, bukan sekadar guru, malah lebih dari tu... jadi ikhlaskan lah dirimu untuk menjadi guru yang sebetul-betul guru...

Buat semua guru di Malaysia... buat abahku cikgu Wea, kakakku ustazah syifah, abang iparku ustaz yoman, abangku ustaz hafiz, kakak iparku ustazah wawa, adikku cikgu milin, adik iparku ustazah ina, adik-adikku cikgu kimin, teacher soba, ustaz munsif dan ustaz syihan... Selamat Hari Guru... teruskan mendidik anak bangsa menjadi seorang anak, murid, pelajar, pekerja, rakyat dan yang utama menjadi seorang hamba yang tidak lupa asal usul dan tugas sebagai seorang insan jua seorang khalifah di muka bumi ini...

post signatureTerima kasih buat semua yang menitip ucapan selamat hari guru buatku... terima kasih sahabat-sahabat ipkb, sintok, pd dan smess dan tak lupa juga sahabat-sahabat blogger kak lb, kak memot, nyle, bee, ut, limbang, man, atok kc, nur raudhah, berg, cgpj, hansz, nur, eriyza, mus, ajoi, anast dan lain-lain terima kasih... Terima kasih guru-guruku...

Sunday, May 10, 2009

Coretan Rasa Seorang Anak

Bulan Mei ni banyak hari-hari istimewa yang disambut oleh masyarakat di seluruh dunia... antaranya ialah setiap 10 Mei disambut Hari Ibu, 16 Mei Hari Guru dan 20 Mei Hari Jururawat. Walaupun sambutan hari-hari tersebut bukan menjadi amalan dalam agama Islam, tetapi sebagai tanda ingatan dan sedikit penghargaan kepada mereka semua...

Bersempena Hari Ibu ni, aku pun ingin mencoret sedikit luahan hati aku sebagai seorang anak yang mempunyai seorang ibu yang sudah berusia 59 tahun ni, isteri kepada seorang suami yang berusia 60 tahun dan juga seorang ibu kepada 12 orang anak-anak yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang hanya mampu difahami olehnya sendiri...

Dicoretan ini ingin aku melakar cerita mengenai kisah "Mok" dan "Mi" ...


Ini adalah wajah-wajah tiga orang ibu yang wujud dalam hidup kami ini... Dua orang daripadanya adalah nenek aku dan seorang lagi semestinya mi aku yang sedang membelai adik aku yang paling bongsu itu... Namun, kedua-dua nenek kesayangan ku ini telah selamat kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu... Aku sebagai seorang cucu amat merindui kehadiran seorang nenek yang sebegitu dekat dengan kami adik beradik ini... Aku memanggil kedua-dua nenek aku ini dengan panggilan "Mok". Kedua-dua nenek aku ini amat menyayangi dan memanjai kami adik beradik. Nenek di sebelah Abah aku tinggal di kampung dekat dengan pantai, mempunyai tujuh orang anak, manakala nenek di sebelah mi aku tinggal berhampiran dengan rumah aku kat Mache nih dan mempunyai empat orang anak. Setiap kali cuti sekolah mesti abah aku membawa kami pulang ke kampung nenek... seronok sungguh aku pada waktu itu.

Satu keistimewaan nenek aku yang masih aku ingat sampai kini ialah ingatannya yang amat kuat itu... Bayangkan nenek aku yang tua itu dan mempunyai berpuluh-puluh orang cucu dan cicit ini dapat mengingati semua peel dan tahap pelajaran cucu-cucunya ini... Setiap kali aku berjumpa ngan nenek aku ini, pastinya dia akan sering bertanya dan berkata... "ni tahun ni piz (bukan nama manja) dah semester duo doh ke, lepah ni ado 4 semester lagi la nok abih, maksudnyo tinggal lagi 2 tahun la nok abis belaja dok??". Ha bayangkan, bukan aku sorang dia menghitung begitu, dengan semua cucu-cucu dia pun dia ingat macam tu... namun tatkala aku tamat belajar dan sedang menunggu keputusan peperiksaan terakhir diploma aku, nenek aku ni sudah kembali ke rahmatullah, meninggal dunia di rumah aku ini... Akhirnya cita-cita seorang ibu ini untuk meninggal dunia di rumah anak lelaki tungalnya ini tercapai jua... tiada kata, tiada esakan kedengaran di waktu arwah nenekku menghembus nafas terakhir di ribaan abah ku, dengan masih berpakaian telekung solat, tatkala selesai memberi salam terakhir di waktu subuh yang dingin itu... yang kedengaran hanyalah lafaz kata "lailahaillallah muhammadurrasulullah..." berulang-ulang kali... Manakala aku hanya mampu berdiri di sisi tanpa kata, hanya di sudut kecil hatiku hanya mampu melafazkan "innalillahiwainnailaihirojiuun..." ...

Mengingati peristiwa pemergian nenek ku ini, mengundang juraian air mata di pipiku... dua minggu sebelum nenekku menghembuskan nafasnya yang terakhir, sering nenekku meminta kami cucu-cucunya yang ramai ini bergilir-gilir mengurut kaki dan belakang tubuhnya yang kurus bertulang itu... mungkin mahu bermanja dengan anak cucunya buat kali terakhir... aku masih ingat, tatkala nenekku memanggil-manggil namaku, aku melangkah dengan rasa terpaksa kerana pada masa itu aku tengah ralit bermain "games" di komputer, namun aku tetap patuh memicit kaki dan belakang nenekku itu, dengan rasa tidak ikhlas sepenuhnya... Nenek aku ni, suka sangat bercerita mengenai kisah abah dan makcik-makcik aku di waktu kecil, sering memberi nasihat dengan suaranya yang agak perlahan itu... selalu menasihati aku supaya menjadi anak yang menurut kata mi ngan abah aku, jangan degil, keras kepala, jadi anak yang baik, selalu tolong mi aku kat dapur, kemas rumah, tengok adik-adik aku dan tidak lupa belajar dan mengaji quran rajin-rajin, nanti kalo "mak" dah tak ada, boleh la aku selalu menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran untuknya kelak... Ini lah antara pesanan terakhir nenekku ini... Dan kini aku tidak lagi berpeluang untuk mengurut kaki dan belakang nenek-nenek aku ini, yang aku mampu dan terdaya aku lakukan hanyalah menyedekahkan ayat-ayat suci al-quran dan doa semoga roh kedua-dua arwah nenek aku ini dirahmatiNya dan tergolong di dalam golongan orang yang beriman...


"Mi" panggilan manja aku dan adik beradik aku kepada ibu atau emak yang melahirkan kami ini... Orang kata, setiap kali seorang ibu itu melahirkan seorang anak maka terputus beberapa urat penting di dalam tubuh badan si ibu ini... bagaimana pulak dengan mi aku ni yang bersalin sebanyak 11 kali untuk mengeluarkan 12 orang anak dari rahimnya itu... MasyaAllah, besar sungguh pengorbanan seorang ibu ini, sanggup mengorbankan nyawanya semata-mata untuk melihat anak-anaknya ini turut sama menikmati keindahan alam di luar sana... Tapi bagaimanakah pula kami sebagai anak ini menghargai segala pengorbanan seorang ibu ini... mampukah kami membalas segala jasa, kasih sayangnya yang tak terungkap ini... persoalan yang sering aku terfikir semenjak aku mula menginjak dewasa, dan mula memahami segala pengorbanan mi untuk semua anak-anaknya ini...

Mengingati perangai aku sejak dari kecil dan sehingga dewasa ini, rasanya terlalu banyak kesalahan dan perbuatan aku yang mungkin mengecil hati mi aku nih... Aku ni dah la sedikit kasar, keras kepala, sering memberontak, yela budak-budak macam aku ni memang macam ni la... Tapi bila aku sambung belajar, belajar duduk di asrama, duduk berjauhan dari mi aku barulah aku terasa, selama ini begitu banyak kesalahan yang aku lakukan sehingga melukakan hati mi aku nih. Antara kesalahan yang aku terasa begitu bersalah sehingga ke hari ini ialah aku berkeras hati untuk menyambung pelajaran di kolej selepas SPM dan menukar bidang pengajian aku dari aliran agama kepada aliran sains, padahal harapan mi aku untuk melihat aku menyambung pelajaran ku di dalam bidang keagamaan di bumi Mesir... tetapi disebabkan sikap keras kepala aku ni, mi aku akhirnya rela mengikut kata aku nih... akibatnya, aku sorang sahaja yang tahu..., dan selepas itu, aku terus bertekad di hati aku ini untuk mengikut sahaja apa sahaja kata-kata dan pendapat mi aku... dan syukur Alhamdulillah, hari ini aku mampu juga merealisasikan impian mi aku untuk melihat aku dan adik beradik aku yang lain menjadi seorang guru walaupun impian mi aku untuk melihat aku menjadi seorang ustz tidak tercapai...

Betapa kata-kata seorang ibu itu adalah satu doa kepada anak-anaknya... Kita sebagai seorang anak ni hendaklah selalu mendengar dan menurut kata seorang ibu itu... Mengapa perkara sebegini begitu payah untuk dilaksanakan oleh seorang anak ini... Sungguh aku tidak menyukai perumpamaan yang menyatakan "seorang ibu dapat menjaga 10 orang anak, tetapi adakah 10 orang anak mampu menjaga seorang ibu??"... semoga aku dan adik beradikkku tidak tergolong di dalam 10 orang atau 12 orang ini... Betapa jasa dan pengorbanan seorang ibu itu memang tidak mampu terbalas oleh anak-anaknya, namun kita sebagai seorang anak hendaklah berusaha untuk membahagiakan seorang ibu itu dengan nenurut kata dan jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa kita ini...





post signatureSemoga mi dapat mengampunkan segala salah silap ore dan adik beradik hok lain selama ini... dan harapan kami adik beradik ni semoga mi berasa bahagia dengan kehidupan kita sekarang ini walaupun kami tidak selalu berada di rumah... walaupun sehingga kini kami masih lagi menyusahkan mi nga abah... walaupun sehingga kini kami masih lagi tidak mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mi yang tidak ternilai ini... Semoga hadiah kami yang tidak seberapa itu mampu memberi sedikit kebahagiaan buat mi nga abah... dan moga-moga kita semua senantiasa berada di bawah limpahan rahmat Ilahi... amin ya robbal'alamiinn...

Tahniah juga buat semua yang bergelar ibu... buat kakak aku, kakak ipar aku, sahabat-sahabat aku, juga buat kak memot dan kak lb... "SELAMAT HARI IBU...".



Friday, May 8, 2009

Pagi Jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu kepada hari-hari yang lain, ini menurut kalendar Islam la, kalo nak ikut yang masihi tu memang tak la... Jadi kita sebagai mukmin, sebagai orang Islam ni digalakkan melakukan amal kebaikan sepanjang masa terutamanya di hari Jumaat ni... (rindunya hari jumaat ku di klate...)...

Awal pagi tadi, kebiasaan pukul 7.10 pagi aku ke sekolah, buat apa yang patut, lepas tu kalau takde kelas, aku balik sekejap untuk mengambil sarapan pagi sambil membaca berita-berita terbaru kat internet ni... Dalam duk ralit membaca cerita pasal politik Perak nih, aku masuk la blog Cina Islam ni, duk asyik baca cerita ngan tengok gambar-gambar pasal perak ni, tetiba aku terbaca email ni kat blog ni:

08 Mei 2009

Di Celah-Celah Kesibukan Kilang: Demi Anak (Warga kilang)

Adam Yew
(Email diterbit tanpa edit)

Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.

Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana. Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?

Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.


Shukri tanya nak minta tolong apa?

Hamba Allah tu kata:

"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

Baca seterusnya di sini...

(Lagi kisah WargaKilang)

Huhuhu, sedih tak terkata aku membaca kisah-kisah begini... di dalam suasana pemerintahan kerajaan Malaysia nih, yang dah merdeka selama 52 tahun ni, masih ada lagi individu, keluarga dan masyarakat yang hidup sedemikian... sungguh kecewa dan rasa sedih yang amat melihat kesusahan dan kesulitan keluarga Roshidi ni... Hanya kerana susu untuk anak yang tidak mampu dibelinya, maka seorang bapa sanggup meroboh perasaan malu, segan dan sebagainya untuk memohon ihsan daripada orang lain... Allahuakbar...

Melihat dan menghayati kisah saudara Rosyidi ini teringat pula kisah zaman aku belajar di sebuah kolej di pd hampir 10 tahun yang lalu, kisah seorang ibu yang tidak mampu untuk membelikan susu yang sihat untuk anaknya... Kisahnya begini...



Abang Mi merupakan seorang anak lelaki sulong yang mempunyai tubuh badan yang agak kecil dan rendah... mempunyai seorang ibu, nenek dan beberapa orang adik. Abang Mi bekerja sebagai "office boy", manakala ibu dan neneknya bekerja sebagai pekerja am rendah di kolej aku ni. Ke tiga-tiga mereka ini amat ramah dan disenangi oleh semua pelajar dan staf kolej ni... Kami selalu bercerita, berkongsi makan, minum dan sebagainya, dan menganggap mereka bertiga sebagai abang, ibu dan nenek kami. Jadi selalu la abang Mi bercerita kepada kami yang keluarganya agak miskin, manakala semenjak kecil dia tak pernah minum susu yang berkhasiat dan sesuai untuk bayi, sebaliknya ibunya hanya mampu memberikan susu pekat manis di dalam tin tu. Dari abang Mi kecil, memang hanya susu pekat manis itu la yang dibancuh oleh ibu abang Mi untuk diberi minum kepadanya... disebabkan abang Mi tidak mendapat susu dan makanan yang berkhasiat mungkin menyebabkan tumbesaran badannya tidak sesihat orang lain yang normal... Walaupun hidup di dalam keadaan kemiskinan, kekurangan... abang Mi dan keluarganya tidak pernah menyalahkan takdir, sebaliknya mereka tetap berusaha untuk merubah kehidupan mereka sedaya yang mampu... Dan selepas hampir 10 tahun kami tidak bersua, aku mendengar khabar dari kawan aku, menyatakan kehidupan abang Mi sekeluarga sekarang ini amat bahagia sekali... Walau pun abang Mi hanya bekerja sebagai seorang "office boy" tetapi jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya telah tercatat di luh mahfuz... bila mana abang Mi ditakdirkan bertemu jodoh dengan bekas pensyarah aku yang juga mengajar di sana, dan kini telah dikurniakan cahaya mata yang comel...

TAHNIAH buat abang mi dan miss nani, semoga sentiasa dirahmati dan kekal hingga akhirnya...
Waaa rindu sungguh dengan kawan-kawan, makcik, pakcik dan guru-guru kami di sana...

Ape pun... kita kena ingat:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya..."

post signatureBegitulah kisah suka duka di dalam kita menjadi seorang kembara di bumi Allah ini... Ingat, dunia ini hanya sementara sahaja... akhirat jua yang kekal abadi... Jadi janganlah kita lokek untuk sama-sama membantu insan lain yang lebih memerlukan, mungkin hari ini kita senang... esok lusa... tiada siapa yang tahu... Wallahua'lam...

Monday, May 4, 2009

Macam-macam

Sempena cuti 1 Mei pada hari Jumaat lepas, aku yang duduk kat pedalaman hulu sungai Simunjan ni pun turut keluar mencari suasana baru setelah sebulan aku tak keluar dari Tegelam ni. Ni pun sebab aku ada temujanji dan beberapa hal penting yang perlu diuruskan dengan segera kat bandaraya Kuching tu, kalau tak memang aku malas nak keluar, penat la. Aku juga turut memaksa adik aku yang berada kat Betong, Sarawak ni supaya keluar ke Kuching juga, sebab aku banyak rancangan yang perlu dilaksanakan dengan bantuan adik aku ni. Tetapi, bermula dari tengah hari Khamis tu, bermacam-macam peristiwa dan cabaran yang berlaku sepanjang perjalanan dan selama aku duk melepak kat Kuching tu...

Kereta "lap"

Selepas naik perahu lebih kurang 6 minit, dengan cuaca yang panas dan tetiba hujan kemudian kembali panas, kami keluar dari Tegelam ni. Sampai ke seberang sungai, aku menumpang kereta kakak bersama-sama Uya, Puteri dan Shirley untuk terus keluar ke Kuching. Manakala, Nisa seorang diri memecut laju ke Serian, Josh pulak menaiki motorsikal terus ke Simunjan melalui jalan darat. Sampai kat tengah jalan, tetiba kami terbau macam benda terbakar, takkan main mercun plak, ape a. Tidak lama selepas itu, tetiba kereta "lap" (lekat) ke dalam tanah yang lembut tu, dan langsung tak bpleh bergerak... Manakala bau terbakar pula semakin kuat dan kelihatan asap-asap putih berkepul-kepul keluar dari enjin di bahagian depan!! Alamak, takkan kereta nak meletup kut... Selepas tu kakak matikan enjin dan membiarkan kereta sehingga enjin sejuk. Bila kami cuba tolak kereta ni, langsung tak bergerak la pulak! Ye la, sebab aku belum makan nasi la, kalau tak memang senang je nak tolak... Tengah kami duk menunggu, melihat keadaan kereta tu, tetiba lalu sebuah anak lori, dengan muatan beberapa orang lelaki, mungkin Indon. Kami ingat mamat indon ni nak le membantu kami ni, tetapi rupanya, hanya melihat dan terus berlalu begitu sahaja... hampes tul! Tak sampai beberapa minit dorang bergerak, tetiba kami tengok lori mamat indon tu pun turut "lap" juga la... Kawan-kawan aku ni semua cakap padam muka, tak mahu tolong kami langsung... balasan... dalam hati aku, lantak dorang le, malas aku nak komen, baik aku diam je, sebab kereta kami pun turut terlekat sama juga ni.


Jalan bertanah, berpasir dan berdebu ni disebabkan hujan yang sudah lama tidak membasahi tanah... ini akan mengakibatkan tanah ni menjadi lembut dan kalau tak kena cara, memang akan menyebabkan tayar kenderaan tenggelam di dalam tanah tersebut. Selepas 10 minit enjin kereta dimatikan, cubaan pertama kakak, gagal untuk menghidupkan enjin kereta... namun usaha tangga kejayaan, akhirnya kakak berjaya juga menghidupkan semula enjin kereta tersebut dan berjaya bergerak melepasi kawasan tanah lembut ini... Alhamdulillah, syukur... Tapi kami semua terpaksa berjalan kaki di atas tanah lembut ini untuk mengurangkan beban kereta tersebut. Manakala lori kecil mamat Indon tersebut terpaksa ditarik oleh lori yang membawa anak-anak batu... Tak disangka juga rupanya motor Josh juga mengalami masalah, apabila bocor di tengah jalan... namun, Josh tetap memaksa motornya bergerak sehingga menemui sebuah kedai runcit kecil milik orang Iban, dan meminta pertolongan di sana... Akhirnya semuanya selamat keluar dari kawasan bertanah lembut ini...

Sampai ke Kuching pula, sekali lagi cabaran yang terpaksa kami lalui, apabila air banjir melimpah ke atas jalan raya, jadi kami terpaksa merempuh air banjir tersebut dan sekali lagi kami berjaya melaluinya. Sampai ke bandaraya Kuching sudah melewati jam 4 petang, kebiasaanya kami akan sampai pada jam 2.30 petang, namun disebabkan pelbagai cabaran di hadapan, menyebabkan kami terlewat daripada biasa. Aku pulak tergopah-gapah untuk pergi memenuhi temujanji aku dan juga menguruskan urusan aku sebelum waktu pejabat tamat. Beberapa kali telefon aku kedengaran, disebabkan masa temujanji aku telah bertangguh beberapa kali daripada pukul 2, 3, dan akhir sekali pukul 4.15, tu pun aku masih terlewat sehingga hampir pukul 5 petang, mujurlah pegawai tersebut memahami keadaan aku yang keluar dari pedalaman ni... Syukur, semua urusan aku selesai lewat jam 6 petang.


Jalan-jalan


Hampir jam 9 malam adik aku, adik ipar ngan kawan aku Ha, selamat sampai... dorang terus mengambil aku dan kami terus pergi menjamu selera, setelah hampir seharian aku tidak sempat menjamah sebutir nasi pun... nak juga aku tunggu adik aku ni sampai... Malang lagi nasib aku, apabila kawan aku Kak Ida yang biasa aku lepak kat rumahnya jika aku keluar ke Kuching pulak keluar ke Tebedu... jadi malam tu terpaksa la aku melepak kat hotel, nasib baik ada lagi bilik kosong sebab biasa kalau cuti macam ni memang semua hotel penuh, kalau tak kena melepak kat masjid la aku ni...


Keesokannya, hari Jumaat, kami jalan-jalan di sekitar bandaraya Kuching, biasanya tempat yang kami tuju ialah kedai-kedai berhampiran "water front" yang menjual pelbagai jenis barangan hasil kraftangan orang Sarawak... macam bakul, tikar, rantai kunci, baju, pelbagai jenis serbuk lada hitam, kek lapis dan sebagainya... kalau nak tau lebih lagi, mai sini la... Lepas tu pergi jalan-jalan kat pasar Satok, saja tengok gelagat orang kat situ... Kemudian jalan-jalan cari makan tu benda wajib la...

Hari Sabtu pulak, aku ajak adik aku pergi jalan-jalan ke Serikin, beli barang-barang sedikit, mi aku pun ada kirim telekung solat, kat sini dekat dengan sempadan Indonesia, jadi barang-barang kat sini dari Indonesia la, murah dan cantik pulak tu. Kalau kat Kelantan tu ala-ala Rantau Panjang ngan Pangkalan Kubur la... Ramai sangat orang hari ni, cuti memang biasa macam ni. Dalam ramai-ramai ni sempat pulak aku jumpa ngan kawan-kawan aku. Miji ngan geng dia dari pedalaman 2 Sri Aman pun ada juga. Memang ramai geng-geng pedalaman ni keluar rupanya, kat Kuching pun jumpa ramai juga. Lawak betul la geng Miji nih, sempat lagi kenakan aku. Banyak kali aku jumpa Miji nih, kat airport pun jumpa, kat sini pun jumpa, tapi tak best la dorang ni, tak nak join konvo hujung bulan ni nanti, sempena cuti sekolah pulak tu, tapi cuti ambik, hampeh je. Takpe ramai lagi dah confirm nak gi, kali ni aku memang nak join konvo nih, sebab konvo kali ni kat negeri kelahiran aku sendiri, senang aku nak suruh satu bas pergi sambut konvo aku nanti kat Kubang Kerian. Kalau dulu, tiga konvo aku sebelum ni, mi ngan abah aku pastu ngan sorang dua adik aku je datang meraikan hari gumbira sebagai seorang yang tamat belajar ni, kali ni semua kena pergi... waa tak sabar pulak rasanya...


Sakit kepala

Pulang ke tempat penginapan dah pukul 2 petang, rancangan kami petang ni nak pergi ke Santubong sekejap, ronda-ronda kat sana pulak. Tapi sampai je kat hotel, adik aku ni dah meraung-raung sakit kepala... sebab tadi kat Serikin, panas sangat, pastu adik aku ni memang tak boleh kena panas yang melampau, mesti sakit kepala, sama la peel dia ngan kembar dia yang duk kat Perak tu. Adusla, kesian pulak aku tengok adik aku ni, ye la, dah lama aku tak tengok dia merintih sakit kepala ni... Mujurla adik ipar aku ada, dia la yang tolong picit kepala adik aku nih. Tapi adik aku ni hampes, nak juga suruh aku nih, ape a, bini ada nak juga menyusahkan aku. Tapi bila aku fikir, kesian juga kat adik aku nih, yela, aku aku telah terbuli adik aku nih lelebih pulak, pergi situ sini, dia ikut je..., ye la, kalau dengan kawan-kawan aku segan sikit, ni dah adik aku, aku suruh je, sib baik adik aku ikut... tu pun aku juga yang kena buli, sebab syarat dia aku kena tanggung segala perbelanjaan sepanjang dia duk kat Kuching ni, hampes tul la budak ni... Tapi aku pelik juga, biasa dia membebel juga kat aku, tapi kali ni dia ikut je... le rupa-rupanya, mi aku cakap dia dah bagi nasihat kat adik aku tu, suh dia layan, ikut je apa permintaan aku ni, sebab kan aku lebih tua dari dia, pastu duk sensorang kat pedalaman, jarang-jarang keluar, jadi mi aku suh adik aku buat baik-baik la ngan aku ni... hehehe. Jadi segala rancangan kami petang ngan malam tu terbatal... sebab sakit kepala adik aku ni tak tahan lagi... lepas makan panadol, letak emmeltz yoko yoko tu baru la tahan sakit kepala tu... macam-macam.


Kembara ke Tegelam


Jam 5.30 pagi hari Ahad, aku terbangun, bila aku dengar bunyi handset aku, laaa rupanya adik aku gerak suh bangun solat subuh, pastu bersiap sebab pagi tu dia terus nak pulang ke Betong. Hampes budak ni, kalau duk sibuk kacau orang nih, maksudnya dia dah sehat la tu, kepala tak sakit la tu... kacau betul la budak nih. Aku tengok Ha pun macam penat lagi, takpela, kan kalau tak ikut, dia tinggalkan aku pulak. Lepas beres semua, kami pergi sarapan pagi, lepastu adik aku kata dia, adik ipar ngan Ha nak balik terus ke Betong. Tapi aku pulak macam mana nak balik ke Tegelam nih? Aku ingat macam biasa nak tumpang kakak, tapi rupa-rupanya kakak nak balik malam nanti... adusla, malasnya aku nak tunggu malam. Bincang punya bincang, adik aku kata senang-senang dia hantar aku ke Tegelam, habis cerita! Waaa aku ape lagi, memang seronok sangat la kalau adik aku ni nak tolong hantar aku ni, tak payah la aku tunggu sampai malam baru nak balik.

Gembira aku... tapi ... aku pulak yang hampes bila telah tersesat jalan, hampir sejam... tu la, biasa aku naik kereta kakak ke nisa ke mesti aku tertidur, jadi aku tak cam sangat la jalan nak menuju ke Tegelam nih... sampai tersesat masuk ke kampung Melayu, sampai ke hujung Asajaya nun, sepatutnya bila dah melepasi UiTM Samarahan tu aku terus belok kanan sedikit, jumpa jalan berpasir ngan sawit, tu baru jalan betul... tapi aku ni suh adik aku pergi jalan kiri la, kanan la... sehingga sampai ke pangkalan feri nun... dasat tul aku ni. Terpaksa tanya kawan-kawan aku, tanya orang kat tepi jalan, baru la jumpa... Pastu, ha di sinila bermula cabaran kembara ke Tegelam nih. Habis le kereta baru adik aku nih, terpaksa berjalan atas jalan berpasir dan bertanah, macam naik kuda rasanya...

Membebel je adik aku ni, sebab dia ingat dekat je, rupa-rupanya makan masa sejam lebih juga la melalui jalan berpasir nih... haha rasakan apa yang aku duk rasa selama ni, mana aci aku sorang je rasa teruk macam ni, nak juga adik aku ni rasa keseronokan aku duk pedalaman nih. Tapi syukurlah, sebab semalam kat sini hujan, jadi tanah yang lembut tu dah jadi sedikit mampat dan tidak berdebu. Jadi kereta adik aku ni selamat dari "lap" macam kereta kakak hari tu. Kira bertuah la adik aku hari ni, lori-lori pun tak ada hari ni, semua cuti barangkali.


Selepas sejam lebih berlalu... akhirnya kami sampai juga ke tebing sungai ni... untuk pergi ke Tegelam nun, aku kena menaik perahu, baru la sampai. Sampai je kat situ, aku terus menelefon Bos (dreba perahu) untuk datang mengambil aku kat seberang nih, nasib baik Bos ada, kalau tak kena tunggu lama pulak kat situ, takpun aku berenang je ke seberang nun... hahaha... Dan syukur juga, masa aku sampai tu, air tengah pasang besar, jadi tak perlulah aku ber"burimak" (meraung lumpur tebal)... Bila Bos sampai, aku ajak adik aku, adik ipar ngan Ha join aku naik perahu ke Tegelam tu, tapi adik aku kata dia tak larat dah, dah mula sakit kepala, nak berehat sekejap. Sebab lepas ni, dia kena keluar menggunakan jalan yang sama selama sejam lebih juga, lepas tu ke Serian, Sri Aman dan barulah sampai ke Betong, tu pun kena naik feri pulak. Emm takpelah, kesian juga aku tengok adik aku tu... Ape pun adik aku kata dia tak sangka rupanya tempat aku sebegitu rupa, sebelum ni dia ingat tak la seteruk macam nih, kira adik aku kata aku ni memang ganah lah! hahaha...

Adik aku sampai ke Betong dengan selamat hampir jam 8 malam... sempat adik aku cakap melalui telefon, dia kata, itu adalah kali terakhir dia nak hantar aku ke Tegelam tu, lepas ni dia tak nak dah, serik dah rasanya! Hampes betul!! Haaa baru tau cerita aku selama ni memang benar bukan tipu... ore royak toksir ccayo!!


post signatureItu la dia cerita-ceriti aku selama tiga hari aku bercuti... emmm macam-macam cerita berlaku kat aku ni ye... ye la, takkan nak cerita yang gumbira sokmo, mesti la ada cerita yang mencabar sikit, barula ganah!