Wednesday, January 28, 2009

Jale-jale

Best juga cuti-cuti nih, kali ni aku cuti 4 hari, kalau ada budak Cina kat sekolah aku boleh dapat cuti seminggu, tapi kat Tegelam ni semua budak-budak Iban, jadi kami cuti sampai hari Selasa je. Selepas aku duk kat serian rumah Nisa' semalaman, hari Sabtu adik aku Milin pulak datang ambik aku kat Serian nih, dia cakap nak bawa aku jalan-jalan ngan Ina (adik ipar) dan kawan Ina, Ha. Aku ape lagi, ikut je la.

Sampai kat Kuching, aku ikut jalan-jalan sekejap, lepas tu aku ikut Ha gi duduk umah sepupu dia yang duduk kat Satok. Sebaik je aku jumpa sepupu Ha ni, Kak Ida, rupa-rupanya kak ida ni senior aku masa aku sekolah kat Pulai Chondong dulu, waaa gumbiranya aku dapat kenal-kenal ngan kak ida nih. Jadi aku ngan Ha ikut kak ida melepak kat umah dia. Milin ngan Ina pulak duk kat hotel di sini. Housemate kak ida, zu pulak orang Pahang, pon kenal juga, sebab dia satu kelas kat UM ngan Azizah, classmate aku kat sekolah dulu... Best la semuanya kira ada kait mengait antara satu sama lain la. Kak ida ngan zu ni ustazah jqaf, dorang dah 5 tahun duk mengaja kat Kuching nih. Dorang ni seronok je mengajar kat sini.

Malam tu, kami berenam gi makan kat Satok nih, Ha pulak belanja kami makan nasi kerabu ngan nasi dagang... Aku yang dah lama tak makan nasi kerabu ada budu pulak tu, makan dengan beselera, walaupun tak setanding ngan nasi kerabu kat Mache... Si Nisa' plak marah pulak kat aku sebab alang-alang dah duk kat Sarawak ni bukan nak makan masakan Sarawak, gi makan juga masakan Kelantan! Hehehe, nak buat macam mana, aku dah terasa sangat nak makan masakan klate nih, biar le orang Saraawak yang masak pun, asal dapat makan. Tapi betul juga cakap Nisa' nih, takpe banyak lagi masa aku kat sini, nanti aku rasa la semua masakan kat Sarawak nih.

Hari Ahad pulak, kak ida membawa kami jalan-jalan ke Serikin pulak, pagi-pagi kami dah keluar, sebab kalau keluar lewat nanti ramai sangat orang, takpun panas sangat, tak bes la jalan-jalan. Kat sini memang orang selalu je ramai, barang-barang kat sini murah le juga, terutama pakaian dan tikar-tikar Sarawak nih. Milin ngan Ina ni memborong sakan, maklum la duk berumah tangga ni kena la lengkap sikit, aku ni takpe la, cukup je ape yang ada. Tapi yang bestnye aku ambik je barang2 yg aku rasa perlu, aku suruh je milin yg bayar... kwang2, kakak yang bijak!!

Tapi yang aku tak sangka-sangka sangat boleh pulak aku terjumpa ngan classmate aku masa sekolah dulu, hampir berbelas tahun aku tak jumpa, alih-alih bulih pulak jumpa kat sini... macam tak percaya pulak. Ilham ni rupanya dah duk kat Samarahan ni dlm 3, 4 tahun la. Lepas tu pulak, suami dia pulak lagi la aku tak sangka, rupa-rupanya guru besar ore kelate kat sekolah seberang sekolah aku tu, Lubuk Punggur tu rupa2nya suami Ilham ni je... selama ni dekat je aku ngan Ilham nih. Tu la ustaz ngan Ilham terus je ajak aku gi jalan umah die tiap-tiap minggu pon takpe... huhuhu terharu sungguh aku, dahle dapat jumpa saing lama... Jadi, sejak hari tu, aku memang rasa gembira la, memang ramai rupanya saing2 lama aku kat sini, cuma jumpa ngan tak jumpa je lagi. Jadi selepas nih, hari minggu aku tak sunyi dah le, sbb aku dah ada tempat dah nak tuju. Semua bahagian kat Sarawak nih, boleh dikatakan semuanya ada kawan-kaawan aku, nanti senang le aku nak pergi melepak nanti...


Aku, milin, Ina ngan Ha duk melepak sambil berkelah kat taman di Serian nih, selepas ambik aku. Ina masak bihun goreng, sandwich, keropok, dadih ngan buah. Rasa seronok dapat jumpa ngan Milin nih, rasa macam duk kat mache jah. Milin duk eksen ngan kereta baru dia, hampes. Takpe, lepas ni aku nak eksen ngan bot laju aku plak, hahhaha, senang aku nk seberang sungai kat Tegelam nanti, baru le ganas!

post signatureBest juga jalan2 masa cuti nih, lagi plak dapat jumpa ngan kawan-kawan lama. Saing2 yang baru kenal pon semua ok, mudah kkiro semo, macam kak ida ngan zu tu, aku baru je kenal sehari dah macam saing lama plak. Apepun, pagi nih aku dah duk kat Tegelam dah ni, minggu ni aku tak keluar kut, nak kemas rumah ngan Lis, nak menukang bilik aku tu, buat almari baju ke, katil ke, aku kan belajar kemahiran hidup, senang je nak buat, baru le ganah!.

Tuesday, January 27, 2009

Indah dan Nyaman

Indah dan menyamankan sugguh air terjun Ranchan kat Serian nih, sapa2 yg pergi kat sini pasti akan berpuas hati la...

Sambungan cerita keluar dari Tenggelam, kan aku dah cerita yg kami semua kena mengharungi lumpur separas lutut sebagaimana cerita aku kat bawah tu... Bila sampai je kat umah Nisa', selepas berehat, lebih kurang jam 3 petang, aku, Nisa', Lis ngan Uya meneruskan agenda kami hari tu dengan menuju ke air terjun Ranchan yang hanya mengambil masa 4 minit sahaja dari rumah Nisa'. Sampai kat sana, kami sungguh gembira la, Nisa' bawa kami jalan2 menghidup udara nyaman dan melihat keindahan hutan dan air terjun terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam air...

Waa, aku memang teruja betul melihat keindahan air terjun nih, setelah 3 minggu aku dikelilingi oleh air sungai yang berwarna kekuningan di Simunjan, kali ni aku dibawa melihat air terjun yang jernih dan begitu sejuk sekali...

Kami juga merasa sangat bertuah pada petang ini kerana tidak ramai pengunjung yang datang ke sini, jadi apa lagi kami bermain air sepuas-puasnya dari jam 3 petang sampai ke 5.30 petang... best sangat... korang tengok la sendiri betapa indah dan nyaman sekali air terjun ni...

Sebelum tu, agenda kami untuk ke air terjun pada petang jumaat tu, hampir-hampir berkecai, apabila hujan turun dengan tiba-tiba... Saat itu aku merasa kecewa juga, sbb aku betul2 sudah teruja untuk mandi air terjun nih, lebih2 lagi kaki aku dah terasa betul2 gatal akibat berjalan dalam lumpur kat tegelam... Namun, aku bersyukur sangat, sebab hujan berhenti jua akhirnya, dan tanpa berlengah-lengah kami terus memecut ke air terjun Ranchan nih...

Saat-saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua, bila Nisa' membawa kami ke kolam air terjun yang paling best... menurut Nisa', kebiasaannya kolam ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung, tetapi pada petang tersebut, langsung takde pengunjung, jadi kami berempat bermaharajalela la kat kolam nih... seronok sungguh! Yang best nye, bila kita masukkan je kaki ke dalam air nih, ikan-ikan yang berwarna kehitam-hitaman nih, terus menghurung kaki-kaki kami nih untuk memakan sel-sel mati, percuma je, tak perlu bayar... Selepas setengah jam bermain ngan ikan-ikan nih, kami apa lagi terus le menerjunkan diri ke dalam air yag sungguh mendinginkan betul... aku mula-mula ok lagi, tapi lama-lama tak tahan wei, rasa macam duk kat dalam peti ais, badan dah terketar-ketar... yang kebal si Nisa' ngan Lis, kalis betul... si Uya awal2 lagi dah naik, tak tahan sejuk. Dalam pukul 5 lebih kami semua bersiap untuk pulang, bila tengok semakin ramai pulak pengunjung datang... jadi kami mengambil kesempatan untuk pulang la, tapi Nisa' ngan Lis tu macam tak mau balik pulak, seronok sangat duk dalam air tu... wish tak tahan aku...


post signatureMemang tak merugikan langsung aku pergi ke Serian nih, yg pasti air terjun Ranchan memang best. Lain kali aku pasti datang lagi kat sini. Kami pon dah merancang nak buat hari keluarga Tegelam kat sini nanti, lagi pun kat sini semua kemudahan ada... sememangnya duduk kat sini mendamaikan sungguh, aku betul2 seronok!!

Monday, January 26, 2009

Keluar dari Tegelam


Ni hari Jumaat lepas, masa nak keluar dari Tegelam ke seberang sungai... nak keluar dari sini pun mencabar sungguh... tak payah pergi spa ke mana ke, kalo nak berendam dlm lumpur nih mari je kt Tegelam nih... semua percuma, tak payah byr sen pon. Masa nak naik perahu nih, air pulak sedang surut, jadi kami terpaksa berjalan dalam lumpur separas lutut sebelum sampai ke perahu tu... Jadi moralnye kalau dari Tegelam nih, nak keluar je tak payah pakai baju lawa2 pakai je baju yg kat dlm bakul yg masih belum dicuci tu, jimat sikit... Tengok la kami ni, mcm pakai stokin pulak... nasib le... dlm keadaan mcm ni pon masih sempat bergumbira, terpaksa le nk menyenangkan hati, tp bes, pengalaman ni, kalau duk kt mache ni mana nak jumpe...

Tiba kat seberang, lagi sekali kami terpaksa berjalan atas lumpur juga, lagi mencabar kami terpaksa panjat tebing sungai ni untuk sampai ke atas, kena panjat 2,3 buah perahu dulu bau panjat tebing. Masa ni la kami tolong menolong antara satu sama lain, yg kecik menolong yg besar, yg yg rasa die kuat menolong yg lemah, nasib baik aku ni duk dalam kategori kuat dan ganazzz... Bila dah sampai kat atas tu, semua pakat cari lopak air nak basuh kaki je, pakaian aku habis bersalut lumpur sampai ke tudung, aaah lantak le, asal selamat... Ni pertama kali aku sampai ke seberang nih, kat sini dipanggil Lubuk Punggur... Nisa', kakak, gb ngan Lincoln letak kereta dan motor masing-masing kat sini la, senang nak pulang setiap hujung minggu. Dorang terpaksa bina garaj sendiri kat sini. Aku, uya, lis ngan shirley tumpang kereta nisa' sbb kitorang nk g melepak umah nisa' kat serian nanti.

Yang sadis plak, buka je garaj kereta Nisa' nih, tgk tayar kereta dia dh kempis... terpaksalah menukar tayar kereta dulu. Nasib baik Nisa' dah memang pakar dgn situasi nih, si Lincoln pun ada, dia a jd penolong Nisa' tu... Dah selesai semua, baru la kami betolak keluar dari Lubuk Punggur nih... Jalan dari sini nak keluar ke jalan utama dalam 30 minit juga la, jalan pulak separuh siap, masih bertanah putih lagi, jadi bak kata Nisa' tak payah le bawa kereta elok2, bawa je kereta lama2, takpon bawa lori je, baru sedap nak merempit!

Bila sampai ke jalan besar, baru la rasa lega sikit, kami singgah kat pasar pagi, minum air nyior, tebu sambil tunggu mak Shirley dr Kuching mai ambik, duk le ,melepak sini dulu. Murah2 je sayur-sayuran kat sini, aku tengok Nisa' memborong banyak betul sayur. Kawasan ni ramai melayu Islam, jadi nampak le sikit suasana melayu Islam kat sini, biasa nampak Iban je... Kerepek2 pun banyak jg, aku borong juga bawa gi umah Nisa' nanti, nak beli buah2, takde la plak, beli je la ape yg ada. Malu betul kami kat makcik2, pakcik2 kat sini, semua tengok je kepelikan kami ni, rupa2 nya dorang tertanya-tanya kenapa pakaian kami bersalut ngan lumpur2 nih, terutama aku le, patut la... Dah nak buat macam mana, terpaksala kami bercerita yg kami ni dari Tegelam... jadi biasa memang mcm ni la, mujur le dorang faham...

Bila mak Shirley datang je, kami meneruskan perjalanan kami ke Serian pulak... dalam sejam kami sampai kat umah Nisa'. Serian ni kawasan dia berbukit bukau, bergunung ganang sikit, jadi sentiasa menerima hujan kat sini... Siaran televisyen pun sukar nak dapat, sbb terhalang oleh gunung2 ni la, jadi ramai le yg pakai astro, kalau tak dapat siaran tv1, tv2 ngan tv3 je la. Ok lagi siaran tv kat Tegelam nun, maklumlah kat tepi sungai, mana nak ada gunung ganang ni, lagi pun kat simunjan ada pemancar tv kat situ, jd kalau tak pakai astro pon siaran tv biasa ok je. Duk umah Nisa', kami dijamu makan nasi tgh hari, kaki aku pulak dah gatal2 sebab berendam dalam lumpur td, tapi takpe... kejap lagi kami nak pergi ke air terjun Ranchan, nak membersih diri kat sana... waaa tak sabar la pulak...


post signatureNi salah satu pengalaman pertama aku berjalan dalam lumpur yang tebal nih... emmm bes gak, mai sini a kalau nak cuba rasa...

Wednesday, January 21, 2009

Sedap nye!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Lama tak mendengar lafaz salam nih, biasa masuk kelas bagi salam jawab salam..., sekarang good morning, good afternoon, selamat pagi... disusuli dengan kata perangsang "I Love Mathematics!" takpe...

Ni ape hal sedap nih, takde keje ke mu piz!! Kwang... kwang... aku saje je nak menggumbirakan hati aku dan memenuhi masa terluang aku nih, hari ni aku bercerita pasal udang galah pulak. Tengok le gambar2 di bawah ini, wah sedap tul masakan udang galah masak merah tegelam yg dimasak oleh housemate aku nisa' dari serian... Sedap betul!! Satu kilo nisa' masak utk makan kami bertiga je... Hehe, aku semua sedap... tapi dah memang sedap nak buat mcm mana...

Ha tgk a sendiri berselera betul aku makan... makan nasi sepinggan je, tp lauk penuh pinggan... kan kalo aku tak makan membazir pulak kan... Nisa' balik tgh hari td terus dia masak, aku pulak tukang tengok je, mcm biasa masak nasi... kira ok la tu!

Itu dia udang2 galah yg telah siap disiang oleh nisa' ngan lis, aku lagi sekali jd tukang tgk... hehehe... tgk le kepakaran nisa' memasak nih, lis pon terer gak... lain kali nisa' jgn malu2 nk masak lagi ye, aku tukang support blh a... nisa' ngan lis memang bes!

Ini pulak udang2 galah yg masih belum disiang... tengok tu, galah dia besar2, segar2 pulak tu, semua ni ditangkap dlm sungai tegelam nih. Satu kg dalam RM 13, kat semenanjung korang tau sendiri lah berapa. Kalau nak tau, udang2 galah ni besar mcm nih hanya terdapat pada kawasan sungai tertentu sahaja, nak tau sungai yg mcm mana?? Biasa sungai2 kat Sarawak ni semua udang2 nye bsr2 belaka, KERANA... bila ada je si croc, si udang ni pon ada bersama... hohoho, ni cerita betul ye bukan memain...

post signatureItu la die keje piz... cerita udang pon boleh masuk dlm blog... kwang.. kwang... biasa a, bila hati aku gumbira, aku pon senang juga, nak buat keje pon semangat juga... tapi hari ni ada perasaan malas yg amat sangat, keje aku x siap...aku dah mula malas dh ni, baru 3 minggu... takleh jadi gini, sbb tu aku duk melalut koksir2 je ni... No hal la, ape pon make tetap kene make!!

Tuesday, January 20, 2009

Sore itu...

Waktu sore...

Ha, ni la dia gambaran waktu sore di Tegelam ni... menyamankan sugguh... tak payah pergi jauh2, turun tangga umah aku je dah nampak sungai nih...

Ni lampu kt dlm rumah dah menyala ni, maksudnya dh nak malam dah ni... aku je masih duk berjalan kat luar lagi, boleh plak pegi kt jeti tepi umah aku tu, sbb si uya panggil aku suh gi tangkap gambar waktu senja...

Murid2 pon bagus2 dan rajin2 jg... dorang le yg selalu membasuh kelas, ye la dah banjir, lumpur pon banyak la, jd hr ni dorang bersemangat la membasuh kelas, kaki lima kelas, tmpt pejalan kaki yg mcm titi nih, ngan bilik perpustakaan, banyak sangat lumpur. Tu cg Lincoln ngan cg Syah duk bemain ngan budak2 nih, sblm tu budak2 ni ajak aku bermain kejar2, hehe nak jg aku join, tp biarle dulu, esk2 blh lg... Ha tu tgk ikan tu, besar dalam 2 kg lbh, abe iban ni jual dlm RM65, murah ke tak? ah x kisah le, yg pasti stok lauk untk mingg ni ada... td pon boss dtg jual udang, kami ambil je, esk housemate aku, nisa' dh menawarkan diri nk masak udang ni, aku tesengih je... masak le ape2 pon janji dpt make! Lupa, td makan tgh hr, roomate aku lis masak sambal bilis ngan ikan singgang... sedap, tp kalo ada budu make ngan ike singge nilagi la nyakut!

Ada perubahan tak? Adala tu sikit2... ni tugas aku ngan Al untuk mencantikkan papan kenyataan, aku tukang tampal selotep ngan gunting mengguting je... tengok tu rajin betul cikgu2 ni bekerja, nisa', al, uya, lis dan shirley... sampai ke malam tu... aku awal2 dh kelik, cg malas biasa a...

Hari ini minggu 3K - kebersihan, keceriaan dan kecantikan... semua guru, murid2 diwajibkan ke sekolah untuk membersih dan mencantikkan sekolah. Ni suasana bilik guru sebelum diceriakan... walaupun sekolah kami amat2 berbeza berganda2 dr sekolah kat semenanjung nun... tapi 3K ni perlu diwujudkan di sekolah.

Beginilah keadaan sekolah di hulu sungai... bangunan dapur untuk memasak makanan RMT murid2 sekolah dan juga tandas yg sederhana... walaupun begitu siaran astro, internet, line telefon semua ok, elektrik pula menggunakan generator yg mampu menjana kuasa elektrik 24 jam sehari berbanding sebelum ini hanya 12 jam sehari sahaja itupun di kawasan sekolah, di sekitar rumah panjang masih 12 jam sehari.

Petang di sekolah... padang sekolah pun sudah lengang, kalau tak ade je budak-budak dan orang kampung yg datang main. Tapi bilik guru pula yg masih cerah... guru2 kt sini kebanyakannya semuanya rajin2 belaka, kecuali cikgu piz!


Perhimpunan mingguan hari Isnin, walaupun bilangan murid hanya 19 orang dengan bilangan guru 12 orang, tapi suasana persekolahan tetap seperti biasa. Loceng sekolah secara manual masih lagi digunakan.


post signatureNi merupakan minggu ketiga aku di Tegelam, Simunjan nih... kira sedikit sebanyak aku dah dpt menerima ketentuan aku yang dihantar ke sini... bila tengok wajah anak2 kecil ini yang nampak bersungguh untuk menimba ilmu ni, bertambahla semangat kami para guru baru di sini... kat sekolah aku ni seramai 6 org guru yg baru dipostingkan ke sini, cg lama hanya 3 org shj, guru bsr pon baru juga... yg semenanjung ada 4 org (slangor, pahang, ganu, klate), sabah sorang dan 7org lg srwk. Betul ke mu ni piz??

Saturday, January 17, 2009

Sehari di atas sungai...


Indahnya alam ciptaan tuhan... pergh sempat nyanyi lagi aku kt ats perahu nih... ni suasana senja, pict ni aku ambik masa duk kt tgh2 sungai nih... gamba yg kelam tu, sewaktu hujan... lencun kami kt ats perahu nih, sib baik ada payung... yg pasti pengalaman sehari aku di atas sungai ni amat bermakna...


Tilam baru dan stok makanan aku dan lis untuk sebulan, cukup ke nih?? kalo x cukup ngail udang pon blh, ikan keli boss pon bes gak. Itu je makanan kami, ala kadar je, ni pon dh dikira ok dah... nun tgk kt palestin nun, ape la yg dorang blh makan... jahanam israel laknatullah!


Dah siap memborong, dalam pukul 5 ptg, air sungai pasang... kami semua dah bersedia di jeti sungai sambil menunggu perahu kami untuk pulang ke Tegelam...Tgk tu, perahu mcm ni boleh memuatkan 7 penumpang, 2 pemandu, 3 buah tilam, dan barang2 kami... aku ingat dah tak muat dah brg2 nih... hebat tul perahu nih... rupa2nya peti ais, mesin basuh, perabot semua blh dimuat dlm perahu nih.. jgn tak caya plak...
Kat tgh2 sg ni sempat lagi berposing, siap berpayung lagi, sb hujan lebat...

Seronok... dpt gi jalan umah cikgu Syah, kt kg melayu di Simunjan... rasa gembira sgt sbb dh lama duk kt kwsn iban ni, biasa tgk rumah pjg, perahu ngan sungai je... hari ni dpt tgk jalan, kereta, motor, rumah org melayu dan semestinya dijamu nasi dgn lauk yg simple tp seronok, siap ada goreng pisang ngan kuih terang bulan (apam balik) lagi... Tengok tu banyak tak barang2 yg kami borong tu, siap beli tilam tu...

Perahu milik Boss yg kami naiki utk ke Pekan Simunjan, dari Tegelam ke pekan mengambil masa lbh kurang sejam, kalau melawan arus pula mengambil masa 2 jam

Tongkang yg membawa minyak generator



post signature waaa semakin berani aku yea... hr ni naik perahu... lps2 ni terjun sungai la plak! hehe.. yg pasti aku sungguh seronok hari ni... rupa2nya kt Simunjan ni ada perkampungan Kelantan, ramairakyat Kelantan bermastautin di sini, siap ada Surau Darul Naim tu... nanti2 kalo ada masa aku nk melawat le org2 kg aku nih, blh budu sebotol takpe dah!

Friday, January 16, 2009

Tegelam ke Tenggelam ??

Melawat rumah panjang bersama semua guru... Tp kamek dh serik nk g... xsir g doh!!

Murid-murid berpakaian biasa stp pagi untuk membersih kelas... Suasana bilik guru dan bilik di rumah guru
Seminggu banjir, stp hari murid-murid membersih kelas, blog bangunan terputus hubungan setiap kali banjir. Guru-guru terpaksa meredah air banjir untuk ke kelas...

Keadaan banjir di belakang rumah guru dan di hadapan sekolah

Bila banjir berlaku, sampan pun boleh berlabuh di depan rumah. Ada yg mengambil kesempatan menyelam air banjir... pulang dari membeli belah, naik perahu... Unik sungguh!

Benak atau Tsunami kecil atau ombak besar di kawasan sungai... salah satu fenomena alam yg terdapat di sungai Sarawak

Tak berani main banjir nnti ada croc main sama...

Suasana banjir

Suasana sekolah, padang sekolah, rumah panjang dan tebing sungai dari tingkap bilik

Suasana persekitaran sekolah dan rumah guru

Tuesday, January 13, 2009

Dari Mache Ke Simunjan













post signature