Sunday, December 7, 2008




post signatureJom bersedia nk gi semelih esok nih... Binatang yg suka berkorban ialah Lembu dan kambing! Syabas :D

Selamat Tinggal PC

Setelah tiga minggu aku dan rakan-rakan seangkatan menyertai kursus KISM ni, akhirnya hari ni merupakan hari penamat segalanya. Aku bersama seramai 273 pelajar KPLI telah menduduki peperiksaan akhir KISSM sebagai penutup kursus KPLI ini. Alhamdulillah, secara rasminya hari ini, tamatlah sudah tempoh setahun kami sebagai pelajar KPLI ambilan Januari 2008.


Selamat tinggal Pengkalan Chepa, selamat tinggal Padang Tembak, dan Selamat Tinggal IPKB, banyak kenangan yang aku himpunkan selama hampir setahun aku begelar pelajar di IPKB ini. Akhirnya niat aku selama ini untuk merasai suasana pembelajaran di sebuah maktab atau institut ini berjaya juga aku realisasikan.... Syukur Alhamdulillah.


Selamat tinggal juga aku ucapkan kepada teman-teman seperjuangan, banyak perkara yang aku pasti takkan lupakan, dari hari pertama aku menjejakkan kaki masuk ke IPKB dan melangkah keluar dari IPKB ini. Semoga setiap langkah dan niat kami untuk menuntut ilmu di sini diberkati dan dapat diaplikasikan bersama bakal anak didik kami nanti...

Terima kasih kami ucapkan kepada semua, kepada semua pensyarah, kakitangan IPKB, pakcik2 dan makcik2 yang sering mambantu dan melayan karenah yang pelbagai ini... Jua kenangan selama hampir dua bulan menjadi tetamu istimewa asrama maktab ini takkan kami lupakan sampai bila-bila... Betapa banyak sungguh dugaan dan ujian yang terpaksa kami tempuhi selama menjadi pelajar di sini...


post signatureGuano piz, mu puas hati doh ko, tempoh setahun tamat doh ni... Ho la aku bahagio sangat2 la ni, tapi aku tak tau la nok kata gumbira sangat ko sedih sangat... ape pun aku bersyukur di atas nikmat pemberianNya... Buat semua, Tahniah ye...



Monday, December 1, 2008

Majlis Perpisahan



Bergambar kenangan dengan rakan-rakan dari opsyen Matematik bersama Puan Siti dan Puan Suwaibal


Selepas tamat je kusus KISSM untuk hari ni, kami sepakat untuk mengadakan suatu Majlis Perpisahan yang serba sederhana bagi pelajar KPLI-Matematik, Januari 2008. Suasana gembira terpancar di wajah masing-masing walaupun jauh di sudut hati terdapat juga rasa gementar menunggu keputusan penempatan sekolah untuk awal tahun depan. Apa pun, lupakan sementara hal tersebut, yang pasti setelah hampir setahun kami bersama kami merasakan kesepakatan dan ukhwah kita bersama semakin utuh.

Kata-kata nasihat dan dorongan dari Puan Siti sebagai tutor, dan Puan Suwaibal sebagai pensyarah Matematik memberi semangat dan kekuatan kepada kami untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa besar dan mampu mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara, walau di mana kami ditempatkan.

Kepada semua sahabat seperjuangan Chief Arif, Din, Pok, Ustaz, Helmi, Fadli, Shahril, Miji, Maria, Tie, Nurul, Wani, Baby, Raihan, Siti, Kak Ayu, Tusi, Ilya, Dian, Yuzi, Sue, Yan dan Kak Je teruskan perjuangan kita, hayati sokmo lagu "Guru Malaysia"...

post signatureTinggal beberapa hari lagi aku berada di bumi IPKB nih, tak sabar pula aku nak habiskan kursus KISSM ni, letih juga rasanya... Apapun semoga tugasan dan peperiksaan KISSM pada hari Sabtu ini akan tamat dengan sebaik-baiknya. Aku nak lulus je...